Thursday, October 7, 2010

Maher Zain or Sup Kambing?

Minggu ni ada konsert Maher Zain kat Uia. Lepas tu kat Shah Alam. Mula-mula aku plan nak pi. Tapi bila tanya kawan dua minggu sebelum konsert tiket pon dah habis. Punya dahsyat mat salleh ni. Tiket habis macam pisang panas. Sup kambing pon ada lagi kalu kedai dah nak tutup! Haha.

Ada isu menarik di sebalik konsert dia ni. Ada orang dok pertikai niat dan tujuan orang pi konsert dia. Di antara pi nak tengok Maher Zain yang hensem sikit aja dari aku or pi untuk menghayati tema selamatkan palestin tu sendiri. Serupa hang tanya orang pi masjid time YB datang la. Pi masjid nak sembahyang ka nak dapat projek?

Baru-baru ni aku didatangi suatu perkara yang sangat menggugat ketahanan jiwa raga dan sanubari aku. Bila mana nikmat dunia sudah mula dirasa, maka syaitan pon mula bermain di jiwa. Yang tu dah macam puisi A Samad Said. Haha. Lupa pulak hari tu aku ada nampak dia kat Masjid Negara. Kebetulan ada valuation. Memang sempoi orang dia. Tak nampak macam sasterawan negara langsung.

Memang agak sukar bila kita dok cuba mempertahankan prinsip dan jatidiri kita kalau orang lain berbeza haluan. Kalau kita saja sorang-sorang berpemikiran macam tu. Tu pasai kena carik kekuatan. Nak salahkan orang lain pon tak buleh sebab kita dah pilih jalan itu. Mau tak mau kena hadapi dengan senyuman. Semua yang terjadi biar terjadi. Hadapi dengan tenang jiwa semua kan baik-baik saja. Ini lagu aku suka.

Berbalik pada isu Maher Zain. Sapa yang dah biasa baca kaloimerah memang tau aku suka tukaq-tukaq topik. Haha. Memang betoi kalau niat nak pi tengok Maher Zain sebab dia hensem boleh menyebabkan mesej yang cuba disampaikan tersangkut dekat LDP. Tak sampai ke destinasi. Serupa macam aku hari tu bawak dokumen nak balik opis sekali hujan. Cepat-cepat singgah masjid, parking moto and tidoq. Haha. Pi masjid nak sembayang ka tidoq?

Walau macam mana pon niat siapa juga yang pi tengok konsert matzen ni, pada aku kredit harus diberi pada dia. Sejak lagu dia popular kat Malaysia, aku nampak ada kebaikannya. Yang paling obvious sekali ialah lagu-lagu dia ni menarik minat para pendengar yang selama ni kurang berminat dengan lagu nasyid. Isu-isu niat ni dah lama timbul sejak zaman aku sekolah lagi. Biasanya pada perempuan sebab depa ni pi nasyid sebab yang menyanyi tu hensem-hensem. Suara tak sedap pon takpa janji hensem and jambu.

Aku tak tau macam mana situasi konsert matzen kat uia. Samaada mesej yang disampaikan dapat dihayati oleh semua audience. Sebelum puasa hari tu ada satu konsert gaza di shah alam anjuran ikim. Aku pi dengan sorang kawan sebab yang ni free!! Haha. Apa yang menariknya aku nampak mesej yang cuba disampaikan agak terkesan pada semua. Baik dari penasyid tu sendiri sehinggalah kepada audience. Sampai ada yang menitiskan air mata time Nowseeheart nyanyi lagu damai yang hilang. Selama ni dengar lagu tu takdak feeling pon tapi hari tu memang agak sayu bila Azahari menyanyi dengan penuh perasaan.

Ramai especially perempuan yang minat lagu For the Rest of Mylife sebab lagu ni dok cerita pasai suami yang cintakan isteri. Aku harap depa juga suka lagu-lagu yang lain macam Palestine Will Be Free, Hold My Hand and lagu-lagu lain yang membawa mesej lebih luas dari isu cinta. Moga matzen dapat menarik ramai lagi orang dengar lagu-lagu nasyid tempatan jugak yang semuanya membawa mesej yang baik. Lagu macam Always Be There banyak bagi aku semangat untuk teruskan mujahadah dengan cabaran hidup.

"Shouldn’t never feel afraid of anything. As long as we follow HIS guidance all the way. Through the short time we have in this life. Soon it all’ll be over. And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine"

Untuk peringkat awal, ketepikan dulu soal niat. Lihat pada kebaikan yang ada, kita boleh tengok ramai yang mula terbuka hati nak dengar nasyid. Ramai lagi artis luar macam Yusuf Islam, Sami Yusuf, Zain Bikha dan Mesut Kurtis. Lagu depa mungkin tak macam matzen, tapi lirik depa semua baguih. Mai dengar satu lagu yang aku suka. Time puasa kat utm selalu aku dengar lagu ni. =)


Saturday, October 2, 2010

Sup Kambing

Dah lama sungguh aku tak membloq. Dan entah berapa lama lagi pulak lepas ni aku pon taktau. Aku start bloq waktu di utm. Walaupon tak lama kat sana, tapi banyak benda baru yang aku belajar kat sana.

Aku ingat lagi hari pertama aku jejakkan kaki ke skudai ialah pada 1/7/2009. Sebelum tu paling jauh aku pernah pi pon Batu Pahat. First day dah pi pekena sup kambing kat JB. Sampai hari ni dok pekena sup kambing. Kalu abis meeting selalu pekena sup kambing dengan Mat Karem Kundang. Baik punya!

Peringkat awal aku di skudai memang agak tak stabil. Dengan tak ada family or member yang aku kenal kat utm, kira aku start dari zero lah. Waktu tu lah dapat kenai ramai member baru.

Waktu sem satu kat utm aku suka betoi layan Nur Kasih. Haha. Tiap hari Jumaat kalau tak sialp aku waktu tu dok tayang kat tv3. Kompem lepas isya aku pi makan kat kedai yang tayang crita ni. Kadang-kadang kalu terlepas aku akan download esoknya jugak. Punya dahsyat penangan Nur Kasih kat aku waktu tu. Haha.

Alhamdulillah minggu lepas aku selamat konvo. Selama setahun aku belajar kat sana, macam-macam pengalaman aku dapat, macam-macam ilmu aku belajar. Terima kasih semua.

Hat ni kira permualaan la. Dah lama tak membloq rasa macam dah tak biasa. Esok-esok tulis lagi kalau ada masa. Errr nama posting kali ni sebenaqnya aku pon taktau nak bagi apa. Disebabkan sup kambing sedap maka aku pon berbesar hati menjadikan ianya tajuk posting kali ni. Haha.

Selamat Hari Raya =D

Sunday, August 8, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan




Ramadhan menjelang lagi membawa rahmat dan maghfirah,
Sambutlah ketibaannya dengan penuh tanggungjawab,
Dengan penuh keiklhlasan, jangan sia-siakan...

Minggu lepas merupakan minggu yang agak thrill bagi aku. Sebabnya ada musibah kecil yang membuatkan aku sedar yang aku ni memang seorang manusia. Bukan malaikat. Bukan juga kereta kebal.

Alhamdulillah setelah sekian lama tak eksiden, minggu lepas dapat rasa eksiden lagi sekali. Walaupon tak teruk mana tapi cukup buat aku rasa macam Bruce Willis dalam Diehard 4. Haha.

Disebabkan projek yang aku involve la ni adalah projek design and build, so kira aku kerja bawah contractor lah. Jumaat minggu lepas aku pi lah opis contractor ni nak buat kerja yang tertinggal untuk payment depa. Masa pon dah suntuk, aku pi la sana sebab nak cepat. Short the story, aku terlepas simpang ke opis dia so kena lah u turn balik. Nak u turn tu naik flyover. Bila turun biasa la kita break sikit bagi slow. Kebetulan aku break atas jalan yang ada kesan minyak. Dan waktu tu tayar motor pon botak macam kepala Bruce Willis. Memang tersungkur macam superman la jadinya.

Aku tertiarap dan berputar menghadap arah lawan jalan sambil terseret kira-kira 5 meter. Waktu tu yang aku risau takut ada kereta follow dari belakang. Terus aku tahan guna tangan yang mengakibatkan sedikit burn pada tapak tangan kanan. Memang dah macam Sivaji the boss. Haha. Kesannnya aku injured kat lutut sikit. Terus call contractor cancel appoinment. Balik rumah pi klinik kena cucuk kancing gigi. Lutut yang injured gigi menjadi mangsa. Haha.

Itulah namanya musibah. Aku anggap ini sebagai satu kifarah yang seharusnya menyedarkan aku. Tambah-tambah lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Tak sabaq rasanya nak mula puasa. Pada aku bulan puasa lah bulan yang paling seronok dalam hidup aku sejak aku kecik sampai la aku besar macam ni. Macam-macam kenangan dalam bulan puasa.

Seingat aku, aku start puasa penuh waktu darjah 4. Punya la lambat. Haha. Kalau sebelum darjah 4 memang tak pernah penuh. Ada ponteng bukak puasa dengan kawan ada jugak bukak puasa kat rumah. Aku ingat lagi aku pi beli air kat kedai dengan kawan aku time tengah hari. Lepas tu menyorok kat taman minum takut orang nampak. Kat rumah pon ada waktu petang pi ke dapur bukak peti ais minum air sejuk. Pastu pura-pura puasa sampai waktu berbuka. Haha.

Banyak jugak kenangan puasa time study. Lagi-lagi kat uia dulu. Aku and the geng selalu tak tinggal terawih. Tapi tak nak solat terawih kat masjid uia. Sebab panjang sangat imam baca. Kami pi solat kat luar. Ada satu masjid kami panggil masjid turbo. Sebab pak imam dia baca laju!! Haha. Tu pasai kami solat kat sana. Habis ja lapan rakaat terus balik uia singgah masjid uia. Bukan sambung terawih tapi makan moreh. Haha. Kadang-kadang singgah kedai klasik tempat selalu lepak petang-petang. Waktu bulan puasa dia meniaga malam. Ada menu special bulan puasa iaitu kerang rebus. Haha. Kadang-kadang kalu rajin baru kami pii solat kat masjid uia. Punya la malas.

Banyak sangat kenangan bulan puasa. Gigi aku patah pon waktu bulan puasa lah. Orang dok solat terawih aku main dengan kawan kat belakang. Lepas tu tersembam gigi patah sikit. Macam cawan sumbing. Sampai la ni gigi tu ada lagi. Haha.

Marilah sama-sama kita ambik peluang bulan puasa ini. Untuk buat ibadah sebanyak yang mungkin. Jangan jadi macam aku dulu pi solat kat masjid turbo. La ni taktau la masjid tu masih lagi mengekalkan turbo dia ka dak. Kalau malas cari lah masjid yang ada imam-imam yang baca sedap. Mungkin dari situ kita akan rasa seronok nak solat terawih. Gunakan Ramadhan kali ni dengan sebaik-baiknya. Banyakkan amalan bukan banyakkan makanan. Mungkin ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita, siapa pon tak tahu.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. 

Monday, July 26, 2010

Kerja Kerja Kerja

Rasa macam dah malas nak berbloq. Maybe sebab la ni dah kerja..plus dok rumah. Dah tak sama macam dok hostel..ada ja masa nak menaip.

Alhamdulillah aku dapat kerja. Dah seminggu kerja kat company kecik aja..tapi banyak benda aku belajar. Sebabnya banyak benda dah lupa..haha.. Sebab kerja la ni guna ilmu-ilmu time degree dulu. So memang dah lama la tinggal.

Bila banyak benda dah lupa, banyak kerja yang aku tak tau macam mana nak start. Oleh yang demikian banyak la yang aku tanya sebab aku tak reti buat. Disebabkan banyak sangat tanya, kena la tembak dulu dengan orang-orang yang sememangnya sudah tahu buat kerja. Tang tu yang aku tak berapa nak tahan. Haha.

Bukan apa. Memang aku accept yang aku ni tak tau banyak perkara. Tapi aku ni bukan jenis malu bertanya. Bila aku tak tau aku akan tanya. Walaupon soalan-soalan yang dianggap remeh dan bodoh.

Sejak aku praktikal lagi aku dok perati dalam alam kerjaya ni ada satu perangai yang aku tak suka. Perangai yang mana bila orang tu tak tau, kita biar dia carik sendiri. Ramai yang memegang prinsip "Kau punya kerja kau settle la sendiri". Ya memang betoi yang kita masing-masing dibayar gaji oleh bos so kena la buat kerja masing-masing. Tapi tak rugi kalau kita share apa yang kita tau pada orang yang tak tau.

Kelmarin aku dengar kat radio depa dok sembang pasai Sheikh Yusuf Al-Qardawi yang tak pernah lokek ilmu dia sepanjang dia hidup. Dia sentiasa share dengan semua orang keliling dia. Dalam dok cerita pasai Sheikh Yusuf Al-Qardawi ni, ustaz tu sebut pasai satu pepatah arab yang maksud dia lebih kurang macam ni.

Ilmu itu ada 3 jengkal. Siapa yang dapat jengkal pertama, hidung dia akan tinggi. Maknanya dia akan rasa berlagak dan sombong. Siapa yang dapat jengkal kedua, dia akan berasa tawaduk dan rendah diri. Tetapi tiada siapa yang akan dapat jengkal yang ketiga.

Pepatah ni sangatlah benar bila kita tengok diri kita sendiri. Bilamana kita tau sesuatu yang baru kita akan rasa excited. Disebabkan excited tu kita rasa semangat and nak cerita pada orang lain. Bila datang orang yang tak tau kita mula rasa kita lebih pada dia. Kat situ yang boleh datangkan rasa tinggi diri atau takabbur.

Tapi bila kita explore lagi apa yang kita tau, kita akan dapati yang sangat banyak lagi benda yang kita tak tau. Kita jugak akan kagum pada orang-orang yang reka or cipta knowledge tersebut. Maka kita akan rasa rendah diri sebab kita tau yang ramai lagi orang-orang yang lebih tinggi ilmunya dari kita. Malah kita jugak sedar yang yang paling berlimu tu hanya Allah yang disebabkan Dialah manusia dapat ilham untuk buat kapal terbang mahupon masak char kuew tiaw sungai dua (telur ayam dibasuh). Haha.

Dari hari pertama aku kerja aku bertanya dengan semua orang. Malah trainee pon aku belajaq dengan depa. Sampai nak potostat pon aku tanya orang. Dari benda kecik sampai la benda besaq. Memang aku tak malu nak bertanya. Sejak aku belajar time degree aku tak pernah malu nak bertanya. Satu lagi perkara aku tak pernah takut kalau-kalau kena marah or maki sebab aku tanya soalan. Dah berapa kali kena aku buat tak tau aja. Pada aku lebih teruk kalau kita tak tau tapi kita takut nak bertanya. Bodoh sombong kata orang Jepun.

Baru seminggu aku kerja macam-macam aku dapat tengok. Yang paling obvious bila aku tengok budaya kerja yang meletakkan kerja sebagai tuhan. Bukan sembah kerja macam sembah berhala. Maksud aku dilupakan kewajipan kita pada Allah sebab dok tumpu sangat kat kerja. Perkara ni yang sangat menggelisahkan aku at the moment. Aku takut kalau aku jugak akan jadi macam tu. Hari-hari aku cuba tanamkan kat diri aku sendiri yang rezeki itu semuanya datang dari Dia. Bukan bos kita.

Sunggoh kali ini aku terasa tercabar dek kerana aku dikelilingi orang-orang yang kurang perihatin pada taggungjawab asas seorang muslim. Specifically dalam bab solat. Mungkin ini lah ujian pertama aku bergelar pekerja makan gaji. Dilemma antara mengejar dateline dengan menjaga waktu solat. Nampak macam mudah, tapi aku percaya ramai yang berasa sukar macam aku. Aku rasa cukup lemah. Moga aku diberi kekuatan untuk teruskan hidup di dunia yang tak lama ni. 

Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Thursday, July 1, 2010

Rahmat Ujian by Mestica




Dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu
tak siapa pinta ujian bertamu
 
Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
insan memandang
mempunyai pelbagai tafsiran
 
Segala takdir,terimalah dengan
hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
 
Harus ada rasa bersyukur
disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
 
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatnya
 
Allah rindu,mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah
menghadapi segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu

Thesis Episode 3: Season Finale

Allah I wanna Thank You,
I wanna Thank You for everything that You've done...

Alhamdulillah lebih kurang pukul 10 pagi tadi aku selamat menghantar thesis yang selama ini menghantui mimpi-mimpiku. Sungguh horror buat thesis ni. Sampai mimpi-mimpi. Boleh kata tiap hari dalam week terakhir nak hantar thesis tu aku dok mimpi thesis ja. Bagi la mimpi yang syok sket. Ni semua kerana thesis.

Alhamdulillah...

Aku masih ingat macam mana susahnya buat thesis ni. Walaupon thesis aku ni tak la setanding dengan thesis-thesis by research punya. Dengan duration hanya 2 bulan, memang time constraint yang cukop membuatkan selera makan aku menurun 18000 kali ganda...!! Aku rasa berat aku turun la masa dok buat thesis ni. Haha. Mana taknya, dok buat thesis rasa nak pi makan tu pikiaq dulu. Kena kira berapa time consume sekali keluar pi makan. Takut masa nak buat thesis tak cukup..!! Haha. Boleh kata 2 minggu terakhir nak hantar thesis aku makan sehari sekali aja. Kalau setahun macam ni kompem aku kuruih daripada Puluit (member aku yang paling kurus, aku rasa la). Haha

Buat theis jugak menyebabkab aku terlepas game-game world cup. Tak berani nak tengok. Sebab kerja tak siap-siap. Takut nanti menyesal tak siap thesis sebab pi tengok world cup. Haha. Biasa tiap-tiap pagi baru aku cari update score ka video klip ka kalu ada. Tu pon sat ja. Bangkit tidoq buat thesis, tidoq pon mimpi thesis, makan pon dok pikiaq thesis. Sampai tengah solat pon dok pikiaq lagi apa nak tulis dalam chapter 4..!! Memang tak khusyuk betoi aku sembahyang.

Aku mula-mula plan nak buat thesis kat rumah. Sambil-sambil buat thesis boleh la carik kerja ka. Kot-kot la ada interview senang la nak pi. Tapi pengalaman aku memang dari sekolah menengah lagi. Kalu bawak kerja balik rumah, maknanya kerja tu takkan siap..!! Haha. Dan sekali lagi aku mengalaminya. Sampai kena buat kat library Uitm. Tu pon liat sungguh nak buat. Dalam masa sebulan kat rumah aku hanya siap Chapter 2 ja.

 Dengan classmates dan lecturers CCM 09/10. En Jamal dok barisan depan kanan sekali. Baju biru kopiah putih.

Waktu mula-mula lepas research proposal, thesis aku nampak cantek aja. Nampak macam tak ada masalah and confirm boleh buat dengan sukses sekali. Tapi lepas aku buat Chapter 2, aku perasan yang topic aku ni dah ada senior yang buat. Dengan masa tinggal lagi sebulan waktu tu, aku rasa memang tak sempat nak buat. Waktu tu dah mula rasa nak drop subject. Terus aku pi UTM jumpa dengan supervisor, En Jamal @ En Jem, nak bincang pasal benda ni.


Lepas bincang-bincang, dia terus tukar aku objective. Tukar objective maknanya tajuk pon tukar. Maknanya macam kena start dari awal balik. Tinggai sebulan lagi, memang tak sempat la aku kata time tu..!!

Aku tanya dia kalu tak siap jadi apa. Dia kata kalu tak siap extend la apa lagi. Haha soalan yang bernas. Aku pon cakap kat dia yang aku rasa tak sempat nak siap on time. Tapi dia kata ada sebulan lagi, "Boleh buat punya". Time tu memang aku tak percaya langsung apa dia cakap. Mana mungkin lagi dalam masa sebulan nak buat 3 chapter. 1 chapter boleh la aku buat sebulan. Haha.

Tapi En Jamal tetap kata aku boleh siapkan. Aku pon pasrah and ikut ja la apa dia kata. "Abang Jem, I follow..pin pin pon pon jage-jage.." Haha.

Alhamdulillah dengan pertolongan En Jamal, aku pelan-pelang buat sampaila siap and berjaya hantar on time 21/6 dan terus dengan viva pada hari khamis. Viva ni lagi satu jenis binatang yang tak berkaki yang membuatkan aku cuak tahap Ultraman Cosmos. Anak buah aku suka betoi tengok Ultraman Cosmos ni. Kalu keluaq cerita ni kat TV, tengah menangis pon boleh berenti. Melopong depan TV tengok Utraman Cosmos. Bila dah habis, terus buat gaya Ultraman Cosmos. Benda yang dia dok teriak tadi pon dah lupa. Punya dahsyat pengaruh Ultraman Cosmos ni.

 Ini dia Ultraman Cosmos kegemaran anak buah aku, Faisal.

Ini Faisal yang cuba minum air kelapa setelah bertukar menjadi Power Rangers

Sehari sebelum viva memang rasa tak senang ja. Sampai membuatkan aku keluarkan satu entry sebab dah terlalu cuak. Haha. Sbelum present aku rasa yang slide aku nampak macam ok. So aku pon dengan selamba dan pasrahnya present. Tapi time aku present tu aku mula nampak En Azam and En Jamal muka dah berkerut. Nampak sangat aku punya presentation sudah mau gagal. Bila dah rasa macam tu aku pon teruskan aja sambil tersengih-sengih. Buat-buat ok. Haha.

Habis ja aku cakap thank you, En Azam keluarkan bazooka dengan M16 dia. Kompem aku mati macam ni aku kata. Yang aku ada silat pulut aja..!! Haha. Memang soalan dio mencongkam dado den. Den dah pasrah jo time tu. Lepas present memang raso tak buleh la. Raso macam tak lopeh punyo. Dah mulo bayang keno extend lagi satu sem. Tapi buleh gelak2 lagi sambil tunggu result. Padahal hati den dah nak molotup ajo. Elok namo den keno panggil, Dr Rosli pon kato, "Imran...ok lepas" Yahooo punyo seronok time tu. Raso nak menjerit ado, nak nanges pon ado. Tapi tahan mano buleh, bak kata Arnod Susahnak Eja, "tak macho la". Haha.

 Member-member yang present dalam VIVA 09/10

Aku nak ucapkan terima kaseh tak terhingga pada En Jamal yang support and guide aku buat thesis ni. Kalau tak kerana dia yakinkan aku yang aku boleh buat, mungkin aku takkan siap on time. Seorang lecturer yang pada aku sangat humble and sentiasa senyum dan ramah dengan semua orang. Sangat-sangat banyak membantu aku sepanjang aku study di UTM ni. Terima Kaseh En. Jamaluddin Yaakob.

Dan yang paling aku berterima kaseh, pada kedua parents aku, Tuan Haji Mohd Yusop dan Puan Hajjah Badariah Abdul Hamid and semua family members. Terima kaseh atas segala-galanya sejak dari aku kecik sampai masuk sekolah, masuk UIA, masuk UTM dan untuk masa-masa akan datang. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.  

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku sejak kecil.

Terima kaseh juga buat semua kawan-kawan yang sentiasa bagi aku support selama ni. Banyak kali aku rasa susah belajar master ni. Tapi ramai kawan-kawan bagi moral support. Bagi semangat untuk teruskan sejak mula aku belajar di UTM sampai la aku selesai buat thesis ni. Moga Allah permudahkan segala urusan kalian.

Terima Kaseh semua...

Alhamdulillah. Memang aku berasa sangat-sangat bersyukur. Atas segala yang telah Allah permudahkan pada aku sepanjang buat thesis ni. Thesis aku ni walaupon tak seberapa tapi cukup buat aku rasa yang Allah benar-benar mendengar rintihan hambanya setiap masa. Allah jualah yang boleh mengeluarkan aku dari setiap kesusahan yang aku lalui. Tapi sering aku leka dan alpa bila aku dalam kesenangan. Sering aku lalai bila aku dalam keselesaan. Bila dah tersepit baru nak carik, baru nak mintak tolong. Itulah aku, manusia yang sering kali leka. Hari ini syukur, esok lusa dah lupa... 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوّ تُحِبُّ الْعَفُوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahuma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa ‘afu ‘anni
O Allah You are the Most Forgiving; You love to forgive so forgive us.

Saturday, June 26, 2010

Apa perasaan kamu sekiranya Rasulullah s.a.w. hadir di sisi kamu?

video ini diambil dari rancangan لو كان بيننا (sekiranya kita telah..).


lelaki dalam video ini membuat pertanyaan secara rawak di supermarket & bertanya kepada seorang perempuan.


lelaki itu bertanya: " apa perasaan kamu sekiranya Rasulullah s.a.w. hadir di sisi kamu? walaupun seminit?"


perempuan itu berkata: " soalan yg payah", lalu perempuan itu tersentuh hatinya & sebak, lalu berpaling ke arah lain untuk menyembunyikan air matanya..


kemudiannya perempuan itu meluahkan isi hatinya: "sekiranya Rasulullah berada disisi aku walaupun seminit, aku tidak akan fikir apa2 lagi tentang dunia ini"


-terjemahan ringkas-





Note: Video ni aku jumpa dekat FB sorang friends aku. Tulisan kat atas ni pon dia yang tulis. Aku copy paste untuk share kat KaloiMerah.

Selamat Hari Sabtu.

 

Wednesday, June 23, 2010

Pelajar diserang TAUCU

Skudai: Seorang lelaki sedang menyiapkan fail titik kuasa atau lebih dikenali sebagai power point untuk persembahan viva thesisnya. Bobo (bukan nama sebenar) mengakui yang dia mengalami penyakit Takut, Risau dan Cuak (TAUCU) kerana bimbang akan ditembak oleh panel viva yang akan diadakan pada hari esok 24hb Jun bersamaan dengan 12 Rejab.

Mengikut kata lelaki berusia 24 tahun itu, antara sindrom penyakit TAUCU yang dialaminya ialah dia mengidam mahu makan cendol Pak Akob dan juga popia Kuale. Ketika ditanya mengenai apakah yang akan berlaku sekiranya ditembak pada sesi viva esok, dia berkata "Saya akan menggunakan silat pulut yang diajar oleh Mat Karem Kundang yang pernah digunakan oleh beliau sewaktu mengkarate tengkuk ikan paus Mat Saman Kati". Untuk rekod, kini Mat Karem Kundang sedang bertapa di Tasik Biru yang mempunyai banyak ikan toman yang dikelilingi oleh kedai karaoke Ibu Mertuaku.

Ketika ditanya apakah harapan terhadap viva yang akan dilalui, lelaki ini berkata dia berharap agar dia dan rakan-rakan yang lain berjaya menembak balas sesiapa sahaja yang cuba menembak dan seterusnya memenangi peperangan yang dikatakan setanding dengan perang dunia kedua dan perang teluk. Dia juga berharap rakan-rakan lain turut mendoakan kejayaan mereka.

Ketika ini pihak berita difahamkan beliau masih lagi tidak siap fail titik kuasa tersebut tetapi masih mahu bermain Facebook dan menulis blog. "Kita menjangkakan jikalau situasi ini berterusan, kita akan menggunakan peraturan mesyuarat dewan makan untuk merujuk lelaki ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (CATFISH)", kata Kak Intan yang merupakan penjual cucur udang dan nasi lemak di Taman Sri Pulai - BANANA

Saturday, June 5, 2010

Cabut undi lepas istikharah

Ada satu comment kat entry Thesis Episode 2 yang aku rasa tak boleh nak reply kat situ sebab pendek sangat ruang dia. So aku buat satu post baru untuk saudara/saudari Anonymous yang berbunyi: 

slm,saudara.
saje nk tanya..n kongsi cte..
psl solat istikharah..
dulu sy slalu la tnggu mimpi tu dtg..
mmg btul dtg..tp..cm ragu2..mimpi tu 4 real ptunjuk ke..atau emotional je..cz slalu sgt fkir kn blh trbw2 mimpi..
sy pun cte kt kwn..tny pndpt dia..
dia pun cdgkn..katany kakakny yg ajar..
kite koyak2 kertas jd ade 6 parts..
then tulis 1 pilihan tu 3x..
kite pun solat istikharah 3x..
evrytym finished 1x solat..kite cabut 1..tp jgn bukak lg..
dh selesai yg ke 3..ade la 3 papers selected kn..
br bukak..n pilih yg lbh byk kite dpt..
ap pndgn saudara psl cara ni?


Pertama sekali kepada Anonymous, saya bukanlah orang yang arif untuk menjawab soalan sebegini sebab saya sendiri belajar. Jadi lepas ni eloklah saudara/saudari cari para ilmuan yang semestinya lebih arif dan pakar. Sekadar nak reply dan berkongsi, saya boleh share apa yang saya dah baca.

Soalan ni sama macam soalan yang diajukan pada Ustaz Azhar Idrus di website dia. (Sila klik SINI). Cuma beza yang itu kertas letak bawah tikar sejadah. Di situ jelas Ustaz Azhar kata cara tersebut bukanlah cara yang diajar oleh Nabi SAW. Sebelum ni memang saya pernah dengar cara sebegini dan saya sendiri tak yakin cara macam ni adalah yang terbaik dan boleh digunapakai.

Sila lihat juga video klip dari Dr Maza dalam soalan istikharah di bawah ini. Walaupon dua orang ilmuwan ini mungkin berbeza school of thought tapi dalam soal istikharah kedua-duanya menyatakan cara Nabi SAW adalah cara yang sebenar yang ada hadith sohih.




Kalau tanya pandangan peribadi saya, saya sarankan saudara/saudari tidak ikut cara tersebut. Kalau boleh tanya kawan saudara/saudari tersebut kalau dia ada nas atau basis untuk menyokong cara tersebut mungkin kita boleh lebih jelas tentang perkara ni. Berkenaan dengan mimpi jugak dah dihurai oleh Ustaz Hasrizal macam mana yang saya paste dalam entry Thesis Episode 2.

Teringat dulu saya ada sembang dengan sorang kawan. Dia kata selalu dia fikir bila dia dapat satu perkara sebelum dia buat perkara tersebut maknanya dia akan dapat perkara yang dia hajat. Contohnya macam ni:

"Kalau lepas ni Torres score, mesti aku dapat kahwen dengan awek tadi"

Macam tu la lebih kurang. Maknanya pertama sekali dia berniat nak kahwen dengan awek tadi. Lepas tu dia mengharap petanda untuk dia yakinkan bahawa dia akan kahwen dengan awek tersebut. Lalu dia beranggapan sedemikian mungkin dengan anggapan bahawa itu merupakan satu doa dan jugak petunjuk. Cara ini pada saya tak kurang beza dengan cara kawan saudara/saudari sebab persamaannya ialah buat andaian terlebih dahulu, "kalau aku dapat yang ini, maknanya aku boleh teruskan".

Berhentilah mencari mimpi, berhentilah mencari petanda. Ini saranan Ustaz Hasrizal dalam entry beliau (klik SINI) dan pada saya memang itu yang terbaik. Sebab itu pentingnya istisyarah. Mula-mula kita bertanya, berbincang tentang perkara yang kita nak buat, timbang-baik buruk setiap pilihan, cuba dapatkan pendapat orang yang berpengalaman tentang setiap akibat tiap-tiap pilihan. Kita yakinkan hati dahulu dengan istisyarah. Jadi kita akan lebih yakin lepas istikharah.

Dan pada saya dalam hal meminta petunjuk Allah ni kita kena sabar. Yakin sahaja tak cukup. Ada orang yakin tapi dia tak sabar, terus dia cari cara-cara yang boleh bagi jawapan yang pantas macam cara kawan saudara/saudari tu dalam setengah jam dah boleh selesai 3 kali solat istikharah dan proses pengundian. Saya takut disebabkan kita tak sabar, syaitan mudah ganggu keyakinan kita, lalu bilamana kesan negatif yang kita dapat disebabkan pilihan kita, kita mula menyalahkan takdir. Bezanya, kalau kita sudah yakin, bila datang musibah dek pilihan kita, kita tak rasa menyesal. Sebab kita dah letak 100% pada Allah. Sebab itu dalam doa istikharah berbunyi:

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya

Ada perkataan "kesudahan urusanku" dalam doa tersebut. Ini yang kita kata kita letakkan 100% pada takdir sebab kita taktau kesan jangka masa panjang pilihan kita tersebut. Ini sama macam yang dijelaskan oleh Dr Maza dalam video klip di atas. Dalam apa jua urusan kita letakkanlah pada takdir, usaha itu kita buat tapi percaya dan yakin pada Allah itu penting supaya kita tidak mudah sedih, pilu atau gelisah bilamana pilihan kita mendatangkan kesan yang kita tak suka. Bila ditimpa musibah, anggaplah itu kifarah darinya. InsyaAllah hati kita lebih tenang. 

Thursday, June 3, 2010

Qunut Nazilah


اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
 
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. 
 
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
 
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِك فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
   
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.


Kaloimerah: Doa di atas diambil dari artikel Ustaz Zaharuddin. Semoga Allah membantu para pejuang Palestin.   

Sunday, May 23, 2010

Selamat Tinggal Carlsberg

Aku mula jadi peminat Liverpool sejak Torres masuk. Sekitar tahun 2007. Walaupon aku tau Liverpool sudah lama tak menang league lebih kurang 19 tahun tapi aku tetap setia menyokong Liverpool. Kalau peminat Manu biasanya jadi fan sebab selalu menang dan tak nafikan Ferguson memang hebat. Kalau peminat arsenal sokong sebab Wenger dan Henry. Chelsea pulak sebab Mourinho.

Tapi satu yang aku tak suka dengan Liverpool sebab dia punya sponsor Carlsberg. Todi yang sinonim dengan kaler hijau. Sapa budak Shah Alam yang tak pernah tengok 4 corong besar dengan tulis Carlsberg tepi federal highway bukan Shah Alam sejati la namanya. Dari dulu tersergam teguh. Aku selalu dok bayang nak bazooka sekali kilang ni baru meletop teruih. Haha.


Dulu time aku sekolah ada cerita satu hari ni kilang tu buat sambutan hari perayaan islam. Maulidur Rasul atau Maal hijrah taktau la mana satu. Jadi kilang tu jemput sorang ustaz bagi ceramah pada staff kat situ. Tiba hari ceramah ustaz tu dijemput dari rumah dia naik van Carlsberg pi kilang. Sampai-sampai ja ustaz tu pon bagi la ceramah macam biasa. Orang pon dengar syok la ustaz ni ceramah. Sampai la di akhir ceramah tu ustaz tu pon kata "Kerja di kilang Carlsberg ni tak berkat. Haram duit yang dapat". Lepas ja ceramah terus kilang tu tak hantar dia balik dah. Dia kena balik sendiri. Haha.

Walaupon aku sokong Liverpool tapi aku tak pernah beli baju yang ada tulis Carlsberg. Sebab dah terang hukumnya haram. Hangpa tak percaya? Takpa ni aku bagi terang sikit:

Soalan: 
Assalamualaikum ustaz, seorang rakan saya mempunyai baju berlambang carlsberg dan memakainya. ada sahabat2 saya yang mengatakan haram memakainya,bolehkah saya tahu apakah hujah2 jika hukum memakai pakaian itu adalah haram? terima kasih.jazakallah

Jawapan :
Haram memakai atau mengiklankan apa saja syiar2 yang haram disi syarak. Carlsberg adalah jenama arak yg haram dengan ijmak ulamak. Maka apa saja yang haram jadi haram pula kita iklankan sepertimana zina itu haram maka haram kita iklankan perbuatan zina. Judi juga haram maka haram kita pakai baju yang ada logo atau nama syarikat judi kerana itu dikira redha dgn benda yg haram sekalipun dengan alasan hati kita tidak redha cuma pakai utk suka2. Kalau orang pakai baju yg tertulis benda2 yg aib tentang diri kita adakh kita suka? Begitu jugalah Allah swt tidak suka kita memakai suatu yang mengaibkan agama Islam dan umat Islam. Wallahua'lam 

Ini aku ambik dari page Ustaz Azhar Idrus. So kepada semua fans The Reds yang beragama Islam janganla pakai baju Liverpool yang ada Carlsberg ni. Next season pon dah tukar sponsor Standard Chartered dah ambik alih. Aku rasa selama ni tak menang league sebab tak berkat tu. Kita tengok next season macam mana.

Liverpool Home Kit 2010/11

First time aku dengar ceramah Ustaz Azhar ni time kat UIA dulu. Tengok video klip ja. Memang lawok la ustaz ni. Yang paling aku ingat sampai la ni cerita pasal anak sembahyang dengan bapak. Nah aku bagi video klip tu. Kalau hangpa tak gelak aku tak tau la. Layan...



Haaa amacam lawok? Haha. Lawok-lawok juge amal kene la jage. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday, May 8, 2010

Thesis Episode 2

Ini bukan drama Aliff Firdaus. Ini bukan cerita Adamaya. Ini juga bukan kisah Adnan Sempit the Series. Tapi ini cerita kehidupan aku di 417...

Secangkir Teh Pengubat Letih

Pagi tadi aku jumpa supavaisa bincang pasal thesis. Ini kali kedua aku jumpa dengan dia officially dalam tempoh thesis writing. Alhamdulillah secara keseluruhannya agak baik walaupon ada perkara-perkara yang perlu dibincangkan dengan lebih serius dan telus. Apa yang aku boleh katakan ialah aku sudah mendapat greenlight dari supervaisa aku untuk meneruskan thesis ni for the next crucial 6 weeks ahead. Sunggoh aku belum dapat percaya yang adakah aku mampu nak siapkan thesis ni dalam masa 6 minggu..!!

Pada 27 April yang lalu aku beli satu buku baru. Buku yang aku tak dapat beli pada Bookfair yang lepas sebab aku tak dapat pergi. "Secangkir Teh Pengubat Letih". Sebuah travelog tarbiah karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ini travelog kedua yang aku beli lepas Rindu Bau Pohon Tin. Aku suka baca kisah kehidupan orang lain, cerita orang mengembara, pengalaman hidup. Seronok. Sebab aku pon suka jalan-jalan. Tak kesah jalan-jalan ke mana. Dekat atau jauh bukan persoalan. Kadang-kadang bila aku rasa agak serabut aku akan keluar pi jalan-jalan. Saja pusing-pusing naik moto or kereta tak berehenti pon aku pernah buat. Kalau naik kereta, bukak radio, bukak tingkap, round-round saja-saja pastu balik. Kalau naik moto, nyanyi sorang-sorang sampai accident pon ada. Yang tu Mat Karem Kundang tau. Sebab moto dia aku naik. Haha.



Tapi passion aku terhadap buku agak menurun sejak sebulan dua ni. Jadinya progress membaca aku agak slow. Dah nak tidoq baru nak baca. Memang lah tak sampai satu paragraph aku dah lena. Sampai bila pon tak habis baca macam ni...

Ustaz Hasrizal terkenal sebagai Dr Love sebab banyak karya dan penulisan dia samaada buku mahupon di blog berkisar tentang percintaan, hubungan, dan lain-lain. Tapi bukan semua mengenai cinta. Aku belum berminat nak beli karya-karya cinta dia macam Aku Terima Nikahnya dan yang terbaru Murabbi Cinta. Aku pernah baca Aku Terima Nikahnya tapi tak habis. Yang tu Zamiaq punya sebelum dia menikah. La ni Zamiaq pon dah berbahagia. So mungkin aku kena baca balik la kot buku ni. Takpa la lain kali kalau ada sapa nak hadiahkan kat aku baru aku baca. Haha.

Istikharah dan Istisyarah

Baru-baru ni Ustaz Hasrizal ada buat satu entry bertajuk "Fitnah Petunjuk Istikharah" di bloq dia saifulislam.com. Entry yang pada aku memang menarik sebab aku sendiri biasa dengar tentang masalah istikharah. Atau lebih tepat lagi salah faham tentang istikharah. Memang aku biasa dengar yang bila dah buat istikharah orang dok tunggu mimpi. Bila tak mimpi-mimpi mula jadi khilaf. Padahal istikharah tu pada asasnya nak meleraikan khilaf. Aku sangat setuju dengan artikel ni yang istikharah harus digandingkan dengan istisyarah iaitu meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ
dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya. (3:159)
Waktu aku mula-mula nak buat keputusan untuk sambung belajar di UTM, memang aku sentiasa khilaf. Kadang rasa nak sambung, kadang tak jadi. Tapi aku sentiasa mengamalkan discussion atau istisyarah. Aku sentiasa bercerita dan ambil pendapat orang lain. Daripada kawan-kawan aku sampaila ke lecturer di univeriti lain. Dari sembang petang sambil makan goreng pisang sama teh tarek sampaila ke fair-fair yang aku pergi. Aku selalu bertanya, bercerita dengan orang yang aku rasa boleh membantu aku membuat keputusan yang betul-betul aku yakin yang kesannya aku kena buat thesis pada hari ini. Tak ada istikharah yang aku buat dan tak ada petunjuk dalam mimpi aku. Yang ada hanya solat hajat supaya aku dipermudahkan segala urusan pengajian di sini. Itupon sehari sebelum aku daftar masuk.

Sebab apa tak perlu istikharah? Sebab waktu tu aku dah yakin. Khilaf aku dah hilang. Hasil dari istisyarah yang aku mulakan lebih setahun sebelum aku buat keputusan tersebut. Ini selari dengan saranan dari artikel ni yang mana tidak perlu istikharah pada perkara-perkara yang kita sudah yakin. Dan pada aku keyakinan itu akan lebih mudah dicapai dengan adanya istisyarah.


Tak kesah dalam soal apapon. Baik soal kerja, belajar mahupon cinta. Pada aku lebih baik beristisyarah dulu daripada menyerahkan bulat-bulat pada istikharah. Contohnya kalau dalam soal cari jodoh eloklah bertanya dahulu pada orang-orang yang lebih kenal dan lebih tahu mengenai calon tersebut. Istikharah hanyalah sebagai pergantungan kita pada takdir selepas kita betul-betul yakin dengan keputusan yang kita buat. Dengan itu, kalau tak ada jodoh pon kita dapat terima sebagai ketetapan dari Allah yang terbaik untuk semua.


Tawakkal kepada Ilahi, terutama mengenai rezeki

Dalam pada aku buat thesis untuk 6 minggu akan datang ni aku jugak tengah usha mana-mana peluang kerja yang ada. Aku suka bertanya dengan kawan-kawan dan orang-orang yang dah berpengalaman kerja, mana tempat yang terbaik untuk aku start kerja. Dan memang ramai yang suggest untuk aku bermula dengan consultant firm. Tapi satu perkara yang aku tak suka dengan consultant firm adalah kerja yang terlalu banyak sampai kena buat overtime. Even ada kawan-kawan yang berhari minggu di opis. Alasan yang biasa digunanakan untuk terus kerja sedemikian adalah "Kita kan muda lagi, tak ada tanggungan, masa pon banyak, apa ada hal lepak opis sampai subuh". Lagi satu alasan "Time ni la nak cari experience, nanti lama-lama boleh demand".

"Don't obsess about what people think", Randy Pausch.  

Ya memang kita muda lagi. Tapi bukan itu yang aku cari. Matlamat aku bukan pada kerja yang melampau yang kononnya akan memberi experience yang banyak. Juga bukan pada gaji yang banyak tapi masa sibuk dengan kerja. Hidup aku lebih pada itu. Tawakkal aku padaNya bahawa rezeki itu semua Dia yang bagi, aku harap takkan membuatkan aku terlalu taksub pada experience, kerja mahupon duit. Aku yakin selagi mana kita menurut perintahNya selagi itu urusan kita akan selalu dipermudahkan. Semoga kita dijauhkan dari sifat cintakan dunia. InsyaAllah. 

Friday, April 30, 2010

Jalan-jalan ke Kuala Kubu

Entah kenapa ajaibnya penggal pilihanraya 12 ini. Ajaib kerana ramai wakil rakyat telah meninggal. Ajaib kerana ramai katak melompat-lompat. Itulah qada dan qadar. Bila ianya sudah berlaku...

Malam di Kuala Kubu

Minggu lepas aku berkesempatan berjalan-jalan sekitar Kuala Kubu Baru atau nama manjanya KKB. Bersama dengan Tok Janggut dan Mat Karem Kundang. Tok Janggut dah pi awai waktu penamaan calon. Hari khamis aku sampai rumah, jumaat malam aku pi dengan Tok Janggut. Mat Karem Kundang pulak busy kerja dengan bekas calon pilihanraya di salah satu Dun Terengganu. So aku pi berdua malam tu naik kereta Tok Janggut.

Kami bertolak dalam pukul 845 malam dan sampai di Serendah dalam pukul 9. Sepanjang jalan dari Rawang ada beberapa roadblock. Tok Janggut bukak tingkap dan bagi salam ja. Kesian polis malam-malam kena duk tengah jalan. Malam tu kami berhenti di Kg Melayu Rasa dan Stadium KKB. Di Kg Melayu Rasa Tok Guru Nik Aziz berucap. Satu perkara yang menarik ialah ceramah Tok Guru tak macam ceramah politik yang aku biasa dengar. Penuh dengan pengisian agama dan rohani. Sampai doanya di akhir ceramah pon tak ada doa supaya kemenangan diberikan kepada Zaid Ibrahim atau doa-doa berkenaan pilihanraya. Tapi doa-doa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Lepas ceramah Tok Guru kami bertolak ke pekan KKB. Singgah di stadium KKB ada ceramah pemuda pemudi antaranya Nurul Izzah dan Nazree Yunus. Di hujung ceramah mai datang Abang Sam dengan Yusmadi Yusof. Abis ceramah Abang Sam karok dengan vokalis Gamma lagu Kembang Terhalang. Seronok betoi depa dok nyanyi ramai-ramai. Kat tepi pentas orang ramai sebok dok tangkap gambar Nurul Izzah. Sampai ada pakcik tu kata "comei lote" sambil tersengeh-sengeh. Dekat pukul 12 kami pon balik lepas puas jalan-jalan sekitar KKB.

On the way balik kami singga di satu mapley nak mengeteh. Mapley ni nampak macam best sebab fizikalnya yang cantik dan ramai orang. Termasuk Kayveas dan gengnya pon ada waktu tu. Kami pon panggil anney mula-mula mintak dia bersihkan meja. Tunggu punya tunggu sampai sudah tak ada sapa nak ambik order. Aku tengok anney dia tak cukup nak melayan ramai sangat orang. Last-last kami cabut tanpa makan apa-apa dan pi makan kat satu foodcourt lain. Nasib baik kat situ tak ramai orang.  

Marilah mari kita mengundi

Hari Ahad tu kami pi sekali lagi. Kali ni Mat Karem Kundang ada sekali. Kami bertolak lewat dalam pukul 430 petang dari rumah Mat Karem Kundang. Sebabnya Tok Janggut bangun lambat dan Mat Karem Kundang bangun lepas Tok Janggut bangun. Haha sama ja la tu. Tambah pulak tersesat masa nak pi rumah Mat Karem Kundang sebab aku lupa jalan. Haha.

Sampai kami di Bukit Sentosa dalam pukul 5 petang. Walaupon waktu mengundi dah tutup tapi ada la saki baki supporters dari kedua-dua clan. Bila kami lalu ja depan fans BN teruih kena laung bila nampak baju Tok Janggut. Lepas tu kami ke Rasa. Tempat majoriti pengundi Cina. Agak havoc kat situ dengan kehadiran FRU dan ramai polis. Rupa-rupanya bila kami tanya ada berlaku provoke-memprovoke sebelum kami sampai. Cis melepas nak tengok WWE. Mana tau Undertaker dengan Stone Cold buat kemunculan semula kan. Haha. Tapi yang pasti salah satu clan yang terlibat ialah clan berbaju merah. Kalau tengok muka semua aku yakin hangpa pon kata depa ni budak-budak sekolah. Siap balik ramai-ramai naik satu bas kilang warna biru. Haha berapa duit la depa ni dapat. Macam lawatan sambil belajar menyalak pon ada!!

Lepas ke Rasa kami pi solat asar di Masjid Jamek KKB di pekan KKB. Yang aku heran pasai apa polis kena jaga gate utama masjid tak kasi kereta masuk. Orang nak pi masuk masjid kena parking luar. Tapi takpa la janji dia tak halang orang nak solat sudahlah. Kebanyakan yang aku nampak di masjid waktu tu clan dari PKR dan PAS serta geng baju kuning SPR. Tak perasan pulak clan BN. Depa solat on time kot. Tu pasai Kamal boleh menang. Baguih dok ada. Lagipon waktu tu dah pukul 6.

Solat di balai polis

Lepas solat asar kami pi lepak kat satu mapley di pekan KKB. Pekena nasi goreng teloq goyang. Tapi time tu order sampai lambat. Mungkin sebab anney tak cukup kat situ. Orang pulak ramai. Dalam kami dok makan terdengar geng PKR kata Zaid Ibrahim dah lead seribu lebih. Waktu tu dah start kira undi. Sempat jugak kami tengok depan mata Lancer PDRM yang baru. Mai KKB nak kejaq sapa? Malam pon dah makin gelap kami pon pi berjalan carik mana-mana surau or masjid yang ada nak solat maghrib. Kalu nak pi masjid tadi kena patah balik dah jauh. dalam mencari surau terjumpa dengan markas PKR. Depa dok update kiraan undi sambil orang ramai kerumun. Kami pon teruskan perjalanan mencari surau.

Waktu tu terdengar azan dari arah bali polis KKB. So kami pon pi la balai polis tu. Tanya sorang pakcik polis dia pon terus tunjuk arah surau. Baik jugak pakcik polis ni rupanya. Aku ingat dia nak suruh kami pi carik surau lain sebab orang awam tak boleh masuk ka. Lagi-lagi dengan baju Tok Janggut warna biru, putih, merah tu. Aku rasa ni kali kedua aku solat di surau balai polis. Kali pertama kat satu balai polis area KL tak ingat aku kat mana entah.

Lepas solat kami pi lepak kat markas PKR dok tengok depa update kiraan undi. Ada Eli dengan Xavier dok tolong update sekali. Mula-mula kami dengar sorakan tiap kali depa update kat scrin besar tu. Tapi lepas tu keluhan demi keluhan. Sorang-sorang bangkit balik. Kat situ kami terserempak dengan Tukar Tiub dengan gaya sempoinya. Dia kata tweet KJ update BN menang. Lepas tu ada orang melaung "Najib on the way". Sahla BN menang. Ditambah lagi update dari Malaysiakini pon dah kata BN unofficially menang. Tanpa buang masa, kami pon tinggalkan tempat tu dan jalan-jalan ke pekan KKB. Singgah sat kat stadium KKB pekena bihun sup. Kebetulan lepas waktu dok makan bihun sup ada majlis penutup dari Pakatan Rakyat.

Berbudi bahasa tak kira parti

Khalid, Zaid, Tian, Fauziah and Lim berucap. Bermula dengan Tan, kami x sempat dengar, Khalid berucap dengan nada agak sedih, Fauziah pula cuba memberi kata-kata semangat. Tapi yang menarik Zaid berucap sambil senyum ja. Sikit pon tak nampak sedih atau gundah gulana dengan kekalahan. Dan penutup bagi pada LKS yang terkenal dengan broken malaynya. Yang ni lagi ceria dari Zaid! Macam menang pon ada aku tengok. Aku selalu gelak kalu dengar dia ni berucap sebab slang dia tu. Haha. Tapi antara kata-kata paling semangat dia, "Dulu Khalid kalah di PRK Ijok, tapi PRU12 Khalid jadi MB, kali ni Zaid kalah PRK, PRU13 Zaid ke Putrajaya!!" dia pon kata "Jadikan Hulu Selangor sebagai Ijok nombor dua!!" semua pakat tepuk tangan dengan laungan semangat.

Sejak dari Zaid berucap dah dengar riuh rendah di luar stadium geng BN celebrate. Dari bunyi hon kereta sampai mercun pon ada. Dah macam malam merdeka aku tengok. Kami pon gerak awal sbelum LKS habis berucap sebab nak tengok celebration kat luar. Sampai luar ja rupa-rupanya geng BN dah beratur panjang kat seberang jalan dok kibarkan bendera dan melaung-laung. Pantang geng PR lalu habis depa maki. Yang paling best depa duk belakang kereta kami. Ada sorang budak dan sorang pakcik pegang bendera BN dok belakang kereta. Tapi Tok Janggut terus ajak kami pi naik kereta buat taktau. Waktu nak reverse tu aku senyum ja kat budak tu dan dia pon senyum kat aku. Macam ni =) Haha. Pakcik tadi siap tolong tengokkan jalan waktu kami nak keluarkan kereta. Aku pon cakap "Terima kaseh Pak Cik" and dia reply "Sama-sama". Baguih yang ni aku suka. Berbudi bahasa tak kira parti!!

Bila kami jalan sikit ke depan, geng-geng muda BN dah dok bebaris tepi jalan. Kami buat taktau ja depa dok melaung. Siap ada yang kata "Jaga kepala, jaga kepala!". Aku pon taktau dia dok suruh kawan dia jaga kepala ka dia duk provoke kami suh jaga kepala. Kepala apa nak jaga pon aku taktau. Haha. Aku pon keluarkan tangan kiri sambil kibarkan bendera. Terus kena laung baik punya daripada depa. Haha. Kami pakat gelak aja. So long KKB..!!

Muslim itu bersaudara

Sepanjang dua kali aku pi jalan ke KKB perkara yang biasa aku tengok samaada di intenet or dari pengalaman aku sendiri sebelum ni ialah gelagat yang tak beradab dan kata-kata kesat, makian, carutan dan yang paling teruk sampai bergaduh. Pada aku mereka ini tidak cukup ilmu sebab terlalu emosi dan tak sabar. Kalau nak sokong janganlah guna kata-kata kesat, aksi-aksi lucah dan keterlaluan. Lebih-lebih lagi depa ni kebanyakkan dari kalangan orang Islam. Kalau mengaku perjuangkan Islam, tindak-tanduk kena lah ikut ajaran Islam. Kalau mengaku pembela rakyat Palestin, hentikan hubungan dengan orang Zionist!!

Bila kita selalu dok baca, tengok dan dengar perkara negative, perlakuan kita akan turut ikut sama. You are what you read, what you listen and what you watch. Kita boleh menulis apa saja, tetapi tindak tanduk kita akan memperlihatkan siapa sebenarnya diri kita. Tak ada siapa antara kita tidak pernah buat dosa. Kita bukan ma'sum. Macam kata kawan aku bila melawak dengan dia "Aku bukan Nabi". Tapi ketidaksempurnaan kita itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus menerus dalam kesilapan dan dosa.

Usaha memperbetulkan kesilapan dan mencari ilmu untuk menjadi lebih baik perlu sentiasa berjalan. Redha dan insaf bila kesusahan dan malang itu datang, sebagai suatu kifarah dosa semalam. Bagi aku tak ada faedah nak bergaduh hanya kerana kita berbeza ideologi politik. Ikatan silaturrahim itu lebih penting dari sibuk mempertahankan ideologi masing-masing sampai ada family yang bermusuh sesama sendiri hanya kerana berbeza parti. Bukankah muslim itu bersaudara? Tak perlu bergaduh dan bermusuhan sesama muslim. In the end, kita semua tetap akan kembali padaNya.    

Aku dan engkau seumpama dua jari ini...

Wednesday, April 21, 2010

Terima Kasih

Mengapa perlu dicerca kesilapan dulu? Mengapa perlu diungkit kesalahan lampau? Manusia berubah. Engkau, aku, dia, mereka, semua sama-sama manusia. Hamba pada Tuhan. Dek kerana terlalu mahu mempertahankan kumpulan sendiri kita mencerca kisah silamnya. Dek kerana mahu melihat dia tersungkur kita suka dia dimalukan. Buka semula cerita lama. Ungkit semua kejahilannya. Hukum dia kerana dia pernah berdosa. Apa kita tak pernah silap?  

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Sepanjang dua minggu lepas aku banyak habiskan masa study dan exam. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik walaupon ada paper yang tak berapa ok. Cuma kali ini lain daripada exam-exam yang pernah aku lalui sebelum ni. Mungkin sebab inilah exam yang terakhir dalam hidup aku. Mungkin jugak sebab study aku ni dah nak habis. Barangkali...

Tapi kali ini aku rasa cukup berbeza. Tak segelisah dulu. Kalau dulu aku banyak hafal nota-nota, point-point untuk aku jawab. Boleh kata setiap exam sejak aku degree dulu sampaila exam sem lepas mesti aku akan buat abbreviation sendiri, contohnya macam "Ali Pergi Kedai Beli Submarine Tapi Bila Balik Submarine Tak Boleh Selam". Setiap huruf depan ada maksud tersendiri. Tapi diolah dalam bahasa yang senang aku nak ingat.


Tapi kali ini langsung tak ada. Aku lebih banyak baca, pahamkan dan cuba hapal sikit-sikit mana yang boleh. Walaupon point-pointnya masih banyak lebih kurang macam subjek-subjek yang aku pernah amik dari dulu. Mostly aku tak hapal sebenarnya. Lepas baca dan pahamkan, aku masuk exam dengan tawakkal padaNya saja. Dan sebab tu jugak lah aku rasa exam kali ni lebih bersahaja daripada exam-exam sebelum ni. Nak kata aku terlalu yakin tak jugak sebab aku sedar yang aku tak hapal banyak point. Dan nak kata aku boleh jawab semua soalan pon tak jugak sebab ada banyak soalan yang aku goreng ja. Sampai hangus!!

Entah kenapa kali ni aku rasa kebergantungan aku pada takdir sangat tinggi. Boleh kata dalam dua minggu lepas aku tenang ja hadapi exam. Kalau itu nikmat yang Allah berikan pada aku Alhamdulillah syukur padaNya. Ada satu perasaan yang mana ada sesuatu yang lebih besar daripada exam yang aku akan alami. Sebab tu jugak focus aku kali ni tak berapa baik compare dengan exam-exam sbelum ni. Aku lebih banyak fikirkan perkara lain.


Semoga hari-hari yang mendatang dihapan aku, pada semua, kita diberi pertolongan olehNya. Aku ucapkan terima kaseh yang tak terhingga pada doa yang telah ditujukan untuk aku. Terutama daripada mak dan abah, adik beradik dan semua kawan-kawan. Semoga kamu semua diberkati dan dipermudahkan semua urusan olehNya. Terima Kasih.   

Tuesday, March 30, 2010

Yasir Bin Mohd Yusop

Tiba-tiba aku teringat kepada seseorang. Seseorang yang dah lama aku tak jumpa. Seseorang yang sudah lama meninggalkan aku. Meninggalkan kedua ibu bapa aku. Meninggalkan kami semua...

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas abang aku selamat bernikah. Lelaki pertama dalam adik-beradik aku berjaya jugak kahwin akhirnya. Satu lagi titik tolak yang akan membuka lebih banyak cerita kahwen lepas ni. Sebab lepas ni ada 5 orang lagi lelaki yang menunggu turn, ataupon tak menunggu, sapa cepat dia kahwen. Dan pada hari ahad majlis kenduri berjalan dengan baik. Alhamdulillah.

بارك الله لكم‏ وبارك عليكم وجمع بينكما في خير
May Allah bless you, surround you with blessings, 
and bring you both together in virtue and prosperity

Pagi ni aku bangkit tidoq, lepas solat subuh, aku dengar lagu-lagu lama. Lagu-lagu yang membuatkan aku teringat zaman aku kanak-kanak dulu. Kira-kira sekitar 17 tahun yang lalu. Waktu tu rumah aku takda radio. Yang ada tv. Pernah sekali ayah aku beli radio. Tapi tak lama lepas tu jahanam. Pomen ramai sangat. Semua gatai nak repair radio. Nak tunjuk skill. Padahal radio tu tak rosak pon. Daripada elok terus tak boleh pakai..!!

Biasanya waktu tu, selain daripada tv, kami hanya dengar lagu bila naik kereta. Sebab kat situ ja yang ada radio. Ayah aku memang peminat nasyid. Aku ingat lagi waktu tu adalah zaman kegemilangan Nadamurni. Boleh kata semua album Nadamurni ayah aku ada. Selain Nadamurni ada The Zikr. Harga kaset waktu tu pon tak mahai. Sekitar lima ringget ja. Selalu aku ikut ayah aku beli kat PKNS shah alam. Satu-satunya shopping mall yang ada di shah alam waktu tu.


Hari-hari naik kereta, kami dengar lagu-lagu Nadamurni, The Zikr dan yang lain aku dah tak berapa ingat. Banyak lagu-lagu depa masih lagi aku ingat. Tajuk mungkin dah tak ingat. Tapi kalau aku terdengar kat mana-mana, pasti aku boleh cam lagu-lagu depa. Lagi-lagi lagu yang ada kenangan. Macam lagu yang aku dengar pagi ni. Yang membuatkan aku teringat pada seorang lagi abang aku. Yang pernah bermain dengan aku waktu kecik dulu. Yang pernah sama-sama dengar lagu-lagu ini dalam kereta. Yasir namanya...

Jarak umur aku dengan Yasir tak jauh. Hanya setahun. Aku darjah satu, Yasir darjah dua. Disebabkan begitu, waktu sekolah aku sama dengan Yasir, tahap satu. Kami sama-sama sekolah agama sesi pagi. Dan sekolah kebangsaan sesi petang. Waktu tu aku yang paling kecik yang bersekolah. Adik aku tadika lagi. Kami pi sekolah naik bas. Sebab sekolah jauh di seksyen 4 berbanding dengan rumah aku di seksyen 19. Walaupon ada sekolah di seksyen 19.

Kasut Sekolah Pertama

Kalau waktu darjah satu, kami 3 beradik jalan kaki pi sekolah. Sebab waktu tu rumah dekat seksyen 4. Aku masih ingat lagi kasut sekolah pertama aku. Ada zip..!! Punya canggih. La ni aku dah tak jumpa kasut sekolah ada zip. Yang adik aku pakai la ni yang berpelekat. Naik darjah dua, abang aku first, dah tak sama sesi. Dia la yang menikah baru ni. So tinggai aku dengan Yasir. Pi sekolah dengan dia. Balik sekolah dengan dia.

Tapi semua tu tak lama. Kira-kira setahun. Yasir kena cancer tulang. Penyakit yang membuatkan seorang budak kecil terhalang untuk bermain. Membuatkan dia berjalan menggunakan tongkat, pada peringkat awal. Tapi Yasir seorang yang ceria. Suka senyum. Setiap kali aku terkenangkan Yasir, semua wajahnya dengan senyuman. Tak ada kenangan dalam ingatan aku wajah sedih dia. Seorang budak kecil, yang suka menolong orang lain. Tak pernah pentingkan diri sendiri. Punya semangat yang tinggi. Walaupun bertongkat tapi tak pernah dia jadikan alasan untuk tidak pergi ke sekolah. Malah dia selalu berkeras mahu ke sekolah, walaupun berkali-kali dipujuk oleh mak aku yang dia lebih elok duduk di rumah.

Beberapa bulan bertongkat, akhirnya Yasir tidak perlu bertongkat lagi. Kerana cancer tulang di pehanya semakin besar. Membuatkan dia tak mampu untuk berjalan. Hanya terbaring di rumah. Kadang-kadang di hospital. Tapi dia tetap Yasir. Selalu senyum. Waktu dia terlantar di hospital, dia tetap nak buat kerja sekolah. Sebab dia sangat suka pi sekolah. Waktu tu dia merupakan top student dalam kelas. Mak yang merupakan cikgu math selalu ajar dia buat kerja sekolah. Di atas katil di hospital. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Pergi Tak Kembali

Sejak Yasir tak boleh berjalan, aku pi sekolah sorang-sorang. Naik bas sendiri. Balik sekolah sendiri. Satu petang, sejurus naik bas sekolah untuk pulang, geng-geng bas sekolah aku waktu tu semua sebut pasal Yasir. Itulah di mana aku menerima berita pemergian Yasir. Sampai ja kat rumah. Tak ada lagi senyuman Yasir. Tak ada lagi kelibat dia yang sangat peramah dengan orang lain. Tak ada lagi budak kecil yang sangat suka tolong orang lain. Yasir sudah terbaring kaku atas katil. Ramai orang sudah mula ziarah petang tu. Yasir meninggalkan kami di pangkuan Mak. Selepas solat asar...pada 7 Januari 1995.


Aku masih ingat lagi waktu tu awal sekolah darjah 3. Yasir darjah 4. Baru beberapa minggu sekolah. tapi Yasir tak dapat pi sekolah. Sebab keadaan dia dah kritikal. Tapi ayah aku beli jugak buku sekolah dia. Sebab Yasir yang nak. Dia tak sabar-sabar nak masuk darjah 4. Walaupun dia tau keadaan tak membenarkan dia ke sekolah, dia sering meminta di bawa ke sekolah. Pada waktu tu kaki dia sangat sensitif. Jangan gerak sikit, pasti dia mengerang kesakitan. Yasir hanya mampu terbaring atas katil. Mak aku selalu cerita sepanjang dia jaga Yasir, bila masuk waktu, Yasir akan solat. Bukan sebab Mak yang suruh, tapi dia sendiri yang nak solat. Dia akan mintak dibawa untuk ambil wudhu walaupun dia tak boleh banyak bergerak.

Lepas Yasir pergi, naik darjah 4, ayah aku tukarkan aku ke sekolah ke seksyen 19. Yasir ada seorang kawan baik. Aku tak ingat nama dia. Tapi aku masih ingat dia datang menziarah jenazah Yasir di rumah. Berbaju melayu, duduk di hadapan jenazah. Sambil menangis dia baca fatihah. Dia pernah cerita Yasir suka tolong kawan-kawan. Pernah sekali dia tak ada duit nak makan waktu rehat, Yasir yang belanja dia. Bukan dia yang minta tapi Yasir yang nak belanja.

Kalau dulu aku ada 2 orang abang. La ni tinggal seorang. Aku pulak jadi abang kepada 6 lagi adik-adik aku. Walaupun kami ramai, kadang-kadang bila terkenangkan Yasir, aku rasa sepi. Barangkali kerana sudah lama aku tak berjumpa Yasir. Aku harap suatu masa nanti aku dapat bertemu lagi dengan Yasir...

Allahummaghfir lahu warhamhu, wa‘aafihi wa’fu ‘anhu… ameen.
 

Thursday, March 25, 2010

Kerikil Jalanan by Azhan Atan


Di bumimu bagaikan tak lagi bernadi,
Hanya jasad dengan nafas terhenti,
Balik runtuhan kotamu,
Namun tak kau sesal hidup di neraka dunia,
Kerna yakinmu pada syurga Ilahi,


Suara rintihan terdengar kepiluan,
Bergetar diselang tangisan kehilangan,
Meratapi insan yang tersayang,
Hilang nyawa di depan mata,

 
Oh alam pun bagai turut merasa,
Penderitaan dan sengsara mereka,
Tersudut di hujung senjata,
Musuh menyerbu dari setiap penjuru,
Bertalu bumimu disimbah peluru,
Mengalir darah ditanahmu,


Bergema laungan perjuanganmu,
Tak gentar walau senjata,
Hanya kerikil jalanan,


Oh alam pun bagai turut merasa,
Penderitaan dan sengsara mereka,
Tersudut di hujung senjata,


Ayuh hulurkan tangan tanda bantuan,
Ringankan bebanan,
Walaupun dunia tak mampu hentikan sengketa,


Tertanyaku mana hilang rasa manusia,
Oh cukupkah hanya memandang...