Saturday, June 5, 2010

Cabut undi lepas istikharah

Ada satu comment kat entry Thesis Episode 2 yang aku rasa tak boleh nak reply kat situ sebab pendek sangat ruang dia. So aku buat satu post baru untuk saudara/saudari Anonymous yang berbunyi: 

slm,saudara.
saje nk tanya..n kongsi cte..
psl solat istikharah..
dulu sy slalu la tnggu mimpi tu dtg..
mmg btul dtg..tp..cm ragu2..mimpi tu 4 real ptunjuk ke..atau emotional je..cz slalu sgt fkir kn blh trbw2 mimpi..
sy pun cte kt kwn..tny pndpt dia..
dia pun cdgkn..katany kakakny yg ajar..
kite koyak2 kertas jd ade 6 parts..
then tulis 1 pilihan tu 3x..
kite pun solat istikharah 3x..
evrytym finished 1x solat..kite cabut 1..tp jgn bukak lg..
dh selesai yg ke 3..ade la 3 papers selected kn..
br bukak..n pilih yg lbh byk kite dpt..
ap pndgn saudara psl cara ni?


Pertama sekali kepada Anonymous, saya bukanlah orang yang arif untuk menjawab soalan sebegini sebab saya sendiri belajar. Jadi lepas ni eloklah saudara/saudari cari para ilmuan yang semestinya lebih arif dan pakar. Sekadar nak reply dan berkongsi, saya boleh share apa yang saya dah baca.

Soalan ni sama macam soalan yang diajukan pada Ustaz Azhar Idrus di website dia. (Sila klik SINI). Cuma beza yang itu kertas letak bawah tikar sejadah. Di situ jelas Ustaz Azhar kata cara tersebut bukanlah cara yang diajar oleh Nabi SAW. Sebelum ni memang saya pernah dengar cara sebegini dan saya sendiri tak yakin cara macam ni adalah yang terbaik dan boleh digunapakai.

Sila lihat juga video klip dari Dr Maza dalam soalan istikharah di bawah ini. Walaupon dua orang ilmuwan ini mungkin berbeza school of thought tapi dalam soal istikharah kedua-duanya menyatakan cara Nabi SAW adalah cara yang sebenar yang ada hadith sohih.




Kalau tanya pandangan peribadi saya, saya sarankan saudara/saudari tidak ikut cara tersebut. Kalau boleh tanya kawan saudara/saudari tersebut kalau dia ada nas atau basis untuk menyokong cara tersebut mungkin kita boleh lebih jelas tentang perkara ni. Berkenaan dengan mimpi jugak dah dihurai oleh Ustaz Hasrizal macam mana yang saya paste dalam entry Thesis Episode 2.

Teringat dulu saya ada sembang dengan sorang kawan. Dia kata selalu dia fikir bila dia dapat satu perkara sebelum dia buat perkara tersebut maknanya dia akan dapat perkara yang dia hajat. Contohnya macam ni:

"Kalau lepas ni Torres score, mesti aku dapat kahwen dengan awek tadi"

Macam tu la lebih kurang. Maknanya pertama sekali dia berniat nak kahwen dengan awek tadi. Lepas tu dia mengharap petanda untuk dia yakinkan bahawa dia akan kahwen dengan awek tersebut. Lalu dia beranggapan sedemikian mungkin dengan anggapan bahawa itu merupakan satu doa dan jugak petunjuk. Cara ini pada saya tak kurang beza dengan cara kawan saudara/saudari sebab persamaannya ialah buat andaian terlebih dahulu, "kalau aku dapat yang ini, maknanya aku boleh teruskan".

Berhentilah mencari mimpi, berhentilah mencari petanda. Ini saranan Ustaz Hasrizal dalam entry beliau (klik SINI) dan pada saya memang itu yang terbaik. Sebab itu pentingnya istisyarah. Mula-mula kita bertanya, berbincang tentang perkara yang kita nak buat, timbang-baik buruk setiap pilihan, cuba dapatkan pendapat orang yang berpengalaman tentang setiap akibat tiap-tiap pilihan. Kita yakinkan hati dahulu dengan istisyarah. Jadi kita akan lebih yakin lepas istikharah.

Dan pada saya dalam hal meminta petunjuk Allah ni kita kena sabar. Yakin sahaja tak cukup. Ada orang yakin tapi dia tak sabar, terus dia cari cara-cara yang boleh bagi jawapan yang pantas macam cara kawan saudara/saudari tu dalam setengah jam dah boleh selesai 3 kali solat istikharah dan proses pengundian. Saya takut disebabkan kita tak sabar, syaitan mudah ganggu keyakinan kita, lalu bilamana kesan negatif yang kita dapat disebabkan pilihan kita, kita mula menyalahkan takdir. Bezanya, kalau kita sudah yakin, bila datang musibah dek pilihan kita, kita tak rasa menyesal. Sebab kita dah letak 100% pada Allah. Sebab itu dalam doa istikharah berbunyi:

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya

Ada perkataan "kesudahan urusanku" dalam doa tersebut. Ini yang kita kata kita letakkan 100% pada takdir sebab kita taktau kesan jangka masa panjang pilihan kita tersebut. Ini sama macam yang dijelaskan oleh Dr Maza dalam video klip di atas. Dalam apa jua urusan kita letakkanlah pada takdir, usaha itu kita buat tapi percaya dan yakin pada Allah itu penting supaya kita tidak mudah sedih, pilu atau gelisah bilamana pilihan kita mendatangkan kesan yang kita tak suka. Bila ditimpa musibah, anggaplah itu kifarah darinya. InsyaAllah hati kita lebih tenang. 

2 comments:

Anonymous said...

syukran saudara.
jazakallah.
insyaAllah jwpn saudara dpt beri mnfaat pd sy n smua.

kaloimerah said...

terima kaseh..same2 kita kongsi dan amalkan

Post a Comment