Saturday, May 8, 2010

Thesis Episode 2

Ini bukan drama Aliff Firdaus. Ini bukan cerita Adamaya. Ini juga bukan kisah Adnan Sempit the Series. Tapi ini cerita kehidupan aku di 417...

Secangkir Teh Pengubat Letih

Pagi tadi aku jumpa supavaisa bincang pasal thesis. Ini kali kedua aku jumpa dengan dia officially dalam tempoh thesis writing. Alhamdulillah secara keseluruhannya agak baik walaupon ada perkara-perkara yang perlu dibincangkan dengan lebih serius dan telus. Apa yang aku boleh katakan ialah aku sudah mendapat greenlight dari supervaisa aku untuk meneruskan thesis ni for the next crucial 6 weeks ahead. Sunggoh aku belum dapat percaya yang adakah aku mampu nak siapkan thesis ni dalam masa 6 minggu..!!

Pada 27 April yang lalu aku beli satu buku baru. Buku yang aku tak dapat beli pada Bookfair yang lepas sebab aku tak dapat pergi. "Secangkir Teh Pengubat Letih". Sebuah travelog tarbiah karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ini travelog kedua yang aku beli lepas Rindu Bau Pohon Tin. Aku suka baca kisah kehidupan orang lain, cerita orang mengembara, pengalaman hidup. Seronok. Sebab aku pon suka jalan-jalan. Tak kesah jalan-jalan ke mana. Dekat atau jauh bukan persoalan. Kadang-kadang bila aku rasa agak serabut aku akan keluar pi jalan-jalan. Saja pusing-pusing naik moto or kereta tak berehenti pon aku pernah buat. Kalau naik kereta, bukak radio, bukak tingkap, round-round saja-saja pastu balik. Kalau naik moto, nyanyi sorang-sorang sampai accident pon ada. Yang tu Mat Karem Kundang tau. Sebab moto dia aku naik. Haha.



Tapi passion aku terhadap buku agak menurun sejak sebulan dua ni. Jadinya progress membaca aku agak slow. Dah nak tidoq baru nak baca. Memang lah tak sampai satu paragraph aku dah lena. Sampai bila pon tak habis baca macam ni...

Ustaz Hasrizal terkenal sebagai Dr Love sebab banyak karya dan penulisan dia samaada buku mahupon di blog berkisar tentang percintaan, hubungan, dan lain-lain. Tapi bukan semua mengenai cinta. Aku belum berminat nak beli karya-karya cinta dia macam Aku Terima Nikahnya dan yang terbaru Murabbi Cinta. Aku pernah baca Aku Terima Nikahnya tapi tak habis. Yang tu Zamiaq punya sebelum dia menikah. La ni Zamiaq pon dah berbahagia. So mungkin aku kena baca balik la kot buku ni. Takpa la lain kali kalau ada sapa nak hadiahkan kat aku baru aku baca. Haha.

Istikharah dan Istisyarah

Baru-baru ni Ustaz Hasrizal ada buat satu entry bertajuk "Fitnah Petunjuk Istikharah" di bloq dia saifulislam.com. Entry yang pada aku memang menarik sebab aku sendiri biasa dengar tentang masalah istikharah. Atau lebih tepat lagi salah faham tentang istikharah. Memang aku biasa dengar yang bila dah buat istikharah orang dok tunggu mimpi. Bila tak mimpi-mimpi mula jadi khilaf. Padahal istikharah tu pada asasnya nak meleraikan khilaf. Aku sangat setuju dengan artikel ni yang istikharah harus digandingkan dengan istisyarah iaitu meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ
dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya. (3:159)
Waktu aku mula-mula nak buat keputusan untuk sambung belajar di UTM, memang aku sentiasa khilaf. Kadang rasa nak sambung, kadang tak jadi. Tapi aku sentiasa mengamalkan discussion atau istisyarah. Aku sentiasa bercerita dan ambil pendapat orang lain. Daripada kawan-kawan aku sampaila ke lecturer di univeriti lain. Dari sembang petang sambil makan goreng pisang sama teh tarek sampaila ke fair-fair yang aku pergi. Aku selalu bertanya, bercerita dengan orang yang aku rasa boleh membantu aku membuat keputusan yang betul-betul aku yakin yang kesannya aku kena buat thesis pada hari ini. Tak ada istikharah yang aku buat dan tak ada petunjuk dalam mimpi aku. Yang ada hanya solat hajat supaya aku dipermudahkan segala urusan pengajian di sini. Itupon sehari sebelum aku daftar masuk.

Sebab apa tak perlu istikharah? Sebab waktu tu aku dah yakin. Khilaf aku dah hilang. Hasil dari istisyarah yang aku mulakan lebih setahun sebelum aku buat keputusan tersebut. Ini selari dengan saranan dari artikel ni yang mana tidak perlu istikharah pada perkara-perkara yang kita sudah yakin. Dan pada aku keyakinan itu akan lebih mudah dicapai dengan adanya istisyarah.


Tak kesah dalam soal apapon. Baik soal kerja, belajar mahupon cinta. Pada aku lebih baik beristisyarah dulu daripada menyerahkan bulat-bulat pada istikharah. Contohnya kalau dalam soal cari jodoh eloklah bertanya dahulu pada orang-orang yang lebih kenal dan lebih tahu mengenai calon tersebut. Istikharah hanyalah sebagai pergantungan kita pada takdir selepas kita betul-betul yakin dengan keputusan yang kita buat. Dengan itu, kalau tak ada jodoh pon kita dapat terima sebagai ketetapan dari Allah yang terbaik untuk semua.


Tawakkal kepada Ilahi, terutama mengenai rezeki

Dalam pada aku buat thesis untuk 6 minggu akan datang ni aku jugak tengah usha mana-mana peluang kerja yang ada. Aku suka bertanya dengan kawan-kawan dan orang-orang yang dah berpengalaman kerja, mana tempat yang terbaik untuk aku start kerja. Dan memang ramai yang suggest untuk aku bermula dengan consultant firm. Tapi satu perkara yang aku tak suka dengan consultant firm adalah kerja yang terlalu banyak sampai kena buat overtime. Even ada kawan-kawan yang berhari minggu di opis. Alasan yang biasa digunanakan untuk terus kerja sedemikian adalah "Kita kan muda lagi, tak ada tanggungan, masa pon banyak, apa ada hal lepak opis sampai subuh". Lagi satu alasan "Time ni la nak cari experience, nanti lama-lama boleh demand".

"Don't obsess about what people think", Randy Pausch.  

Ya memang kita muda lagi. Tapi bukan itu yang aku cari. Matlamat aku bukan pada kerja yang melampau yang kononnya akan memberi experience yang banyak. Juga bukan pada gaji yang banyak tapi masa sibuk dengan kerja. Hidup aku lebih pada itu. Tawakkal aku padaNya bahawa rezeki itu semua Dia yang bagi, aku harap takkan membuatkan aku terlalu taksub pada experience, kerja mahupon duit. Aku yakin selagi mana kita menurut perintahNya selagi itu urusan kita akan selalu dipermudahkan. Semoga kita dijauhkan dari sifat cintakan dunia. InsyaAllah. 

4 comments:

zulfadhli said...

Aku ada bace gak artikel ustaz Hasrizal ni.. menarik.. Pandangan ko pasal kerja mmg aku setuju sngt bo.. Hidup kita bukan just untuk kerja dan duit aje.. lebih drpd tu.. Jom cari kerja yg boleh bg kita masa.. JKR ada mau? haha..

kaloimerah said...

Menarik tu. JKR boleh kita makan kari "kambin" fader. Haha..

Anonymous said...

slm,saudara.
saje nk tanya..n kongsi cte..
psl solat istikharah..
dulu sy slalu la tnggu mimpi tu dtg..
mmg btul dtg..tp..cm ragu2..mimpi tu 4 real ptunjuk ke..atau emotional je..cz slalu sgt fkir kn blh trbw2 mimpi..
sy pun cte kt kwn..tny pndpt dia..
dia pun cdgkn..katany kakakny yg ajar..
kite koyak2 kertas jd ade 6 parts..
then tulis 1 pilihan tu 3x..
kite pun solat istikharah 3x..
evrytym finished 1x solat..kite cabut 1..tp jgn bukak lg..
dh selesai yg ke 3..ade la 3 papers selected kn..
br bukak..n pilih yg lbh byk kite dpt..
ap pndgn saudara psl cara ni?

kaloimerah said...

Sila refer entry Cabut Undi Lepas Istikharah untuk jawapan.

http://kaloimerah.blogspot.com/2010/06/cabut-undi-lepas-istikharah.html

Post a Comment