Thursday, October 7, 2010

Maher Zain or Sup Kambing?

Minggu ni ada konsert Maher Zain kat Uia. Lepas tu kat Shah Alam. Mula-mula aku plan nak pi. Tapi bila tanya kawan dua minggu sebelum konsert tiket pon dah habis. Punya dahsyat mat salleh ni. Tiket habis macam pisang panas. Sup kambing pon ada lagi kalu kedai dah nak tutup! Haha.

Ada isu menarik di sebalik konsert dia ni. Ada orang dok pertikai niat dan tujuan orang pi konsert dia. Di antara pi nak tengok Maher Zain yang hensem sikit aja dari aku or pi untuk menghayati tema selamatkan palestin tu sendiri. Serupa hang tanya orang pi masjid time YB datang la. Pi masjid nak sembahyang ka nak dapat projek?

Baru-baru ni aku didatangi suatu perkara yang sangat menggugat ketahanan jiwa raga dan sanubari aku. Bila mana nikmat dunia sudah mula dirasa, maka syaitan pon mula bermain di jiwa. Yang tu dah macam puisi A Samad Said. Haha. Lupa pulak hari tu aku ada nampak dia kat Masjid Negara. Kebetulan ada valuation. Memang sempoi orang dia. Tak nampak macam sasterawan negara langsung.

Memang agak sukar bila kita dok cuba mempertahankan prinsip dan jatidiri kita kalau orang lain berbeza haluan. Kalau kita saja sorang-sorang berpemikiran macam tu. Tu pasai kena carik kekuatan. Nak salahkan orang lain pon tak buleh sebab kita dah pilih jalan itu. Mau tak mau kena hadapi dengan senyuman. Semua yang terjadi biar terjadi. Hadapi dengan tenang jiwa semua kan baik-baik saja. Ini lagu aku suka.

Berbalik pada isu Maher Zain. Sapa yang dah biasa baca kaloimerah memang tau aku suka tukaq-tukaq topik. Haha. Memang betoi kalau niat nak pi tengok Maher Zain sebab dia hensem boleh menyebabkan mesej yang cuba disampaikan tersangkut dekat LDP. Tak sampai ke destinasi. Serupa macam aku hari tu bawak dokumen nak balik opis sekali hujan. Cepat-cepat singgah masjid, parking moto and tidoq. Haha. Pi masjid nak sembayang ka tidoq?

Walau macam mana pon niat siapa juga yang pi tengok konsert matzen ni, pada aku kredit harus diberi pada dia. Sejak lagu dia popular kat Malaysia, aku nampak ada kebaikannya. Yang paling obvious sekali ialah lagu-lagu dia ni menarik minat para pendengar yang selama ni kurang berminat dengan lagu nasyid. Isu-isu niat ni dah lama timbul sejak zaman aku sekolah lagi. Biasanya pada perempuan sebab depa ni pi nasyid sebab yang menyanyi tu hensem-hensem. Suara tak sedap pon takpa janji hensem and jambu.

Aku tak tau macam mana situasi konsert matzen kat uia. Samaada mesej yang disampaikan dapat dihayati oleh semua audience. Sebelum puasa hari tu ada satu konsert gaza di shah alam anjuran ikim. Aku pi dengan sorang kawan sebab yang ni free!! Haha. Apa yang menariknya aku nampak mesej yang cuba disampaikan agak terkesan pada semua. Baik dari penasyid tu sendiri sehinggalah kepada audience. Sampai ada yang menitiskan air mata time Nowseeheart nyanyi lagu damai yang hilang. Selama ni dengar lagu tu takdak feeling pon tapi hari tu memang agak sayu bila Azahari menyanyi dengan penuh perasaan.

Ramai especially perempuan yang minat lagu For the Rest of Mylife sebab lagu ni dok cerita pasai suami yang cintakan isteri. Aku harap depa juga suka lagu-lagu yang lain macam Palestine Will Be Free, Hold My Hand and lagu-lagu lain yang membawa mesej lebih luas dari isu cinta. Moga matzen dapat menarik ramai lagi orang dengar lagu-lagu nasyid tempatan jugak yang semuanya membawa mesej yang baik. Lagu macam Always Be There banyak bagi aku semangat untuk teruskan mujahadah dengan cabaran hidup.

"Shouldn’t never feel afraid of anything. As long as we follow HIS guidance all the way. Through the short time we have in this life. Soon it all’ll be over. And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine"

Untuk peringkat awal, ketepikan dulu soal niat. Lihat pada kebaikan yang ada, kita boleh tengok ramai yang mula terbuka hati nak dengar nasyid. Ramai lagi artis luar macam Yusuf Islam, Sami Yusuf, Zain Bikha dan Mesut Kurtis. Lagu depa mungkin tak macam matzen, tapi lirik depa semua baguih. Mai dengar satu lagu yang aku suka. Time puasa kat utm selalu aku dengar lagu ni. =)


5 comments:

qistina abdullah said...

owh tidak sume perempuan begitu bro.....
apelah sgt pada rupa....
yg bestnya 'feel' dgr lagunya secara live....

kaloimerah said...

betoi tu qis..memang tak semua macam tu..dan mungkin sedikit saja yg macam tu..cuma isu ni timbul sebab benda ni berlaku..sebab tu bagi sy soal niat ni tak perlu timbul..benda baik, semua pon suka..dapat tiket pi yg kat shah alam? Kalu ada lebih sy nak jugak =)

qistina abdullah said...

owh macam tu ye....
ada relevant gak isu ni.....
tak terlintas pulak pasal di benak fikiran sy....
mungkin bleh memberi peringatan agar kita sentiasa betulkan niat.....
tak dapat ape2 info pun pasal tiket tu bro....
lagipun exam dah nk dekat so rsnya ia hanya satu harapan yang sukar untuk mnjadi kenyataan....huhu

fiezarmy said...

salam
first time singgah ni. mesej tu baguih. tapi the way u explain membuatkan saya ter"kernyeh" sorang2. paham kot no...;)

kaloimerah said...

qis: exam lebih mnarik dari maher zain kan?..hehe..all da best!! :)

fiezarmy: wsalam..selamat datang ke kaloimerah! :)

Post a Comment