Sunday, August 8, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan




Ramadhan menjelang lagi membawa rahmat dan maghfirah,
Sambutlah ketibaannya dengan penuh tanggungjawab,
Dengan penuh keiklhlasan, jangan sia-siakan...

Minggu lepas merupakan minggu yang agak thrill bagi aku. Sebabnya ada musibah kecil yang membuatkan aku sedar yang aku ni memang seorang manusia. Bukan malaikat. Bukan juga kereta kebal.

Alhamdulillah setelah sekian lama tak eksiden, minggu lepas dapat rasa eksiden lagi sekali. Walaupon tak teruk mana tapi cukup buat aku rasa macam Bruce Willis dalam Diehard 4. Haha.

Disebabkan projek yang aku involve la ni adalah projek design and build, so kira aku kerja bawah contractor lah. Jumaat minggu lepas aku pi lah opis contractor ni nak buat kerja yang tertinggal untuk payment depa. Masa pon dah suntuk, aku pi la sana sebab nak cepat. Short the story, aku terlepas simpang ke opis dia so kena lah u turn balik. Nak u turn tu naik flyover. Bila turun biasa la kita break sikit bagi slow. Kebetulan aku break atas jalan yang ada kesan minyak. Dan waktu tu tayar motor pon botak macam kepala Bruce Willis. Memang tersungkur macam superman la jadinya.

Aku tertiarap dan berputar menghadap arah lawan jalan sambil terseret kira-kira 5 meter. Waktu tu yang aku risau takut ada kereta follow dari belakang. Terus aku tahan guna tangan yang mengakibatkan sedikit burn pada tapak tangan kanan. Memang dah macam Sivaji the boss. Haha. Kesannnya aku injured kat lutut sikit. Terus call contractor cancel appoinment. Balik rumah pi klinik kena cucuk kancing gigi. Lutut yang injured gigi menjadi mangsa. Haha.

Itulah namanya musibah. Aku anggap ini sebagai satu kifarah yang seharusnya menyedarkan aku. Tambah-tambah lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Tak sabaq rasanya nak mula puasa. Pada aku bulan puasa lah bulan yang paling seronok dalam hidup aku sejak aku kecik sampai la aku besar macam ni. Macam-macam kenangan dalam bulan puasa.

Seingat aku, aku start puasa penuh waktu darjah 4. Punya la lambat. Haha. Kalau sebelum darjah 4 memang tak pernah penuh. Ada ponteng bukak puasa dengan kawan ada jugak bukak puasa kat rumah. Aku ingat lagi aku pi beli air kat kedai dengan kawan aku time tengah hari. Lepas tu menyorok kat taman minum takut orang nampak. Kat rumah pon ada waktu petang pi ke dapur bukak peti ais minum air sejuk. Pastu pura-pura puasa sampai waktu berbuka. Haha.

Banyak jugak kenangan puasa time study. Lagi-lagi kat uia dulu. Aku and the geng selalu tak tinggal terawih. Tapi tak nak solat terawih kat masjid uia. Sebab panjang sangat imam baca. Kami pi solat kat luar. Ada satu masjid kami panggil masjid turbo. Sebab pak imam dia baca laju!! Haha. Tu pasai kami solat kat sana. Habis ja lapan rakaat terus balik uia singgah masjid uia. Bukan sambung terawih tapi makan moreh. Haha. Kadang-kadang singgah kedai klasik tempat selalu lepak petang-petang. Waktu bulan puasa dia meniaga malam. Ada menu special bulan puasa iaitu kerang rebus. Haha. Kadang-kadang kalu rajin baru kami pii solat kat masjid uia. Punya la malas.

Banyak sangat kenangan bulan puasa. Gigi aku patah pon waktu bulan puasa lah. Orang dok solat terawih aku main dengan kawan kat belakang. Lepas tu tersembam gigi patah sikit. Macam cawan sumbing. Sampai la ni gigi tu ada lagi. Haha.

Marilah sama-sama kita ambik peluang bulan puasa ini. Untuk buat ibadah sebanyak yang mungkin. Jangan jadi macam aku dulu pi solat kat masjid turbo. La ni taktau la masjid tu masih lagi mengekalkan turbo dia ka dak. Kalau malas cari lah masjid yang ada imam-imam yang baca sedap. Mungkin dari situ kita akan rasa seronok nak solat terawih. Gunakan Ramadhan kali ni dengan sebaik-baiknya. Banyakkan amalan bukan banyakkan makanan. Mungkin ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita, siapa pon tak tahu.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. 

0 comments:

Post a Comment