Saturday, June 26, 2010

Apa perasaan kamu sekiranya Rasulullah s.a.w. hadir di sisi kamu?

video ini diambil dari rancangan لو كان بيننا (sekiranya kita telah..).


lelaki dalam video ini membuat pertanyaan secara rawak di supermarket & bertanya kepada seorang perempuan.


lelaki itu bertanya: " apa perasaan kamu sekiranya Rasulullah s.a.w. hadir di sisi kamu? walaupun seminit?"


perempuan itu berkata: " soalan yg payah", lalu perempuan itu tersentuh hatinya & sebak, lalu berpaling ke arah lain untuk menyembunyikan air matanya..


kemudiannya perempuan itu meluahkan isi hatinya: "sekiranya Rasulullah berada disisi aku walaupun seminit, aku tidak akan fikir apa2 lagi tentang dunia ini"


-terjemahan ringkas-





Note: Video ni aku jumpa dekat FB sorang friends aku. Tulisan kat atas ni pon dia yang tulis. Aku copy paste untuk share kat KaloiMerah.

Selamat Hari Sabtu.

 

Wednesday, June 23, 2010

Pelajar diserang TAUCU

Skudai: Seorang lelaki sedang menyiapkan fail titik kuasa atau lebih dikenali sebagai power point untuk persembahan viva thesisnya. Bobo (bukan nama sebenar) mengakui yang dia mengalami penyakit Takut, Risau dan Cuak (TAUCU) kerana bimbang akan ditembak oleh panel viva yang akan diadakan pada hari esok 24hb Jun bersamaan dengan 12 Rejab.

Mengikut kata lelaki berusia 24 tahun itu, antara sindrom penyakit TAUCU yang dialaminya ialah dia mengidam mahu makan cendol Pak Akob dan juga popia Kuale. Ketika ditanya mengenai apakah yang akan berlaku sekiranya ditembak pada sesi viva esok, dia berkata "Saya akan menggunakan silat pulut yang diajar oleh Mat Karem Kundang yang pernah digunakan oleh beliau sewaktu mengkarate tengkuk ikan paus Mat Saman Kati". Untuk rekod, kini Mat Karem Kundang sedang bertapa di Tasik Biru yang mempunyai banyak ikan toman yang dikelilingi oleh kedai karaoke Ibu Mertuaku.

Ketika ditanya apakah harapan terhadap viva yang akan dilalui, lelaki ini berkata dia berharap agar dia dan rakan-rakan yang lain berjaya menembak balas sesiapa sahaja yang cuba menembak dan seterusnya memenangi peperangan yang dikatakan setanding dengan perang dunia kedua dan perang teluk. Dia juga berharap rakan-rakan lain turut mendoakan kejayaan mereka.

Ketika ini pihak berita difahamkan beliau masih lagi tidak siap fail titik kuasa tersebut tetapi masih mahu bermain Facebook dan menulis blog. "Kita menjangkakan jikalau situasi ini berterusan, kita akan menggunakan peraturan mesyuarat dewan makan untuk merujuk lelaki ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (CATFISH)", kata Kak Intan yang merupakan penjual cucur udang dan nasi lemak di Taman Sri Pulai - BANANA

Saturday, June 5, 2010

Cabut undi lepas istikharah

Ada satu comment kat entry Thesis Episode 2 yang aku rasa tak boleh nak reply kat situ sebab pendek sangat ruang dia. So aku buat satu post baru untuk saudara/saudari Anonymous yang berbunyi: 

slm,saudara.
saje nk tanya..n kongsi cte..
psl solat istikharah..
dulu sy slalu la tnggu mimpi tu dtg..
mmg btul dtg..tp..cm ragu2..mimpi tu 4 real ptunjuk ke..atau emotional je..cz slalu sgt fkir kn blh trbw2 mimpi..
sy pun cte kt kwn..tny pndpt dia..
dia pun cdgkn..katany kakakny yg ajar..
kite koyak2 kertas jd ade 6 parts..
then tulis 1 pilihan tu 3x..
kite pun solat istikharah 3x..
evrytym finished 1x solat..kite cabut 1..tp jgn bukak lg..
dh selesai yg ke 3..ade la 3 papers selected kn..
br bukak..n pilih yg lbh byk kite dpt..
ap pndgn saudara psl cara ni?


Pertama sekali kepada Anonymous, saya bukanlah orang yang arif untuk menjawab soalan sebegini sebab saya sendiri belajar. Jadi lepas ni eloklah saudara/saudari cari para ilmuan yang semestinya lebih arif dan pakar. Sekadar nak reply dan berkongsi, saya boleh share apa yang saya dah baca.

Soalan ni sama macam soalan yang diajukan pada Ustaz Azhar Idrus di website dia. (Sila klik SINI). Cuma beza yang itu kertas letak bawah tikar sejadah. Di situ jelas Ustaz Azhar kata cara tersebut bukanlah cara yang diajar oleh Nabi SAW. Sebelum ni memang saya pernah dengar cara sebegini dan saya sendiri tak yakin cara macam ni adalah yang terbaik dan boleh digunapakai.

Sila lihat juga video klip dari Dr Maza dalam soalan istikharah di bawah ini. Walaupon dua orang ilmuwan ini mungkin berbeza school of thought tapi dalam soal istikharah kedua-duanya menyatakan cara Nabi SAW adalah cara yang sebenar yang ada hadith sohih.




Kalau tanya pandangan peribadi saya, saya sarankan saudara/saudari tidak ikut cara tersebut. Kalau boleh tanya kawan saudara/saudari tersebut kalau dia ada nas atau basis untuk menyokong cara tersebut mungkin kita boleh lebih jelas tentang perkara ni. Berkenaan dengan mimpi jugak dah dihurai oleh Ustaz Hasrizal macam mana yang saya paste dalam entry Thesis Episode 2.

Teringat dulu saya ada sembang dengan sorang kawan. Dia kata selalu dia fikir bila dia dapat satu perkara sebelum dia buat perkara tersebut maknanya dia akan dapat perkara yang dia hajat. Contohnya macam ni:

"Kalau lepas ni Torres score, mesti aku dapat kahwen dengan awek tadi"

Macam tu la lebih kurang. Maknanya pertama sekali dia berniat nak kahwen dengan awek tadi. Lepas tu dia mengharap petanda untuk dia yakinkan bahawa dia akan kahwen dengan awek tersebut. Lalu dia beranggapan sedemikian mungkin dengan anggapan bahawa itu merupakan satu doa dan jugak petunjuk. Cara ini pada saya tak kurang beza dengan cara kawan saudara/saudari sebab persamaannya ialah buat andaian terlebih dahulu, "kalau aku dapat yang ini, maknanya aku boleh teruskan".

Berhentilah mencari mimpi, berhentilah mencari petanda. Ini saranan Ustaz Hasrizal dalam entry beliau (klik SINI) dan pada saya memang itu yang terbaik. Sebab itu pentingnya istisyarah. Mula-mula kita bertanya, berbincang tentang perkara yang kita nak buat, timbang-baik buruk setiap pilihan, cuba dapatkan pendapat orang yang berpengalaman tentang setiap akibat tiap-tiap pilihan. Kita yakinkan hati dahulu dengan istisyarah. Jadi kita akan lebih yakin lepas istikharah.

Dan pada saya dalam hal meminta petunjuk Allah ni kita kena sabar. Yakin sahaja tak cukup. Ada orang yakin tapi dia tak sabar, terus dia cari cara-cara yang boleh bagi jawapan yang pantas macam cara kawan saudara/saudari tu dalam setengah jam dah boleh selesai 3 kali solat istikharah dan proses pengundian. Saya takut disebabkan kita tak sabar, syaitan mudah ganggu keyakinan kita, lalu bilamana kesan negatif yang kita dapat disebabkan pilihan kita, kita mula menyalahkan takdir. Bezanya, kalau kita sudah yakin, bila datang musibah dek pilihan kita, kita tak rasa menyesal. Sebab kita dah letak 100% pada Allah. Sebab itu dalam doa istikharah berbunyi:

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya

Ada perkataan "kesudahan urusanku" dalam doa tersebut. Ini yang kita kata kita letakkan 100% pada takdir sebab kita taktau kesan jangka masa panjang pilihan kita tersebut. Ini sama macam yang dijelaskan oleh Dr Maza dalam video klip di atas. Dalam apa jua urusan kita letakkanlah pada takdir, usaha itu kita buat tapi percaya dan yakin pada Allah itu penting supaya kita tidak mudah sedih, pilu atau gelisah bilamana pilihan kita mendatangkan kesan yang kita tak suka. Bila ditimpa musibah, anggaplah itu kifarah darinya. InsyaAllah hati kita lebih tenang.