Dalam hari rabu yg lepas aku ada singgah di Masjid Sultan Iskandar (MSI) untuk bersolat Isya. Mula2 nak ke libry yang terletak di sebelah MSI tapi sebab aku dah sampai dekat waktu isya so aku pon pi la lepak sat kat MSI. Waktu tu ada kuliyah dari Ustaz Ismail Mustari, Timb Pengarah Pusat Islam UTM kalau tak silap. Dapat la aku tengok penggunaan LCD Projector yang baru dipasang minggu lepas. Besaq cukup kalu nak buat canopy kenduri kahwin pon aku rasa ada lebih buat lapik meja. Di akhir kuliyah Ustaz Ismail kata MSI akan jemput Ustaz Zahazan mai bagi ceramah.
Aku teringat 1st time aku kenai Ustaz Zahazan ni waktu dia jadi fellow kat matric UIA dulu. Ada satu malam tu dia mai dengan beberapa staff college aku rasa, buat spot-check kat Abu Bakar College (ABC). So malam tu bilik aku 205 ka aku pon dah lupa, menjadi salah satu bilik yang dipot-check oleh Ustaz Zahazan. Time tu baru 1st year kalau tak silap. Start pada situ kalu aku nampak dia bagi ceramah kat tv aku teringat balik cerita ni.
So malam tadi Ustaz Zahazan telah datang ke Masjid Sultan Iskandar UTM. Aku pon dah lama tak tengok dia aku join la sekali. Tajuk ceramahnya Hidup Indah Bersama Islam. Satu style yang aku suka kat dia ni kalau bagi ceramah dia punya tone tu rilek ja. Tak tinggi but not too slow. Tapi dia cakap laju kadang-kadang terlepas apa yang dia cakap. Aku ingat kalau kat rumah keluar ja muka dia adik aku sibuk kata muka dia macam muka aku. Bila aku tengok lain bebeno tang mane yang same entah. Tapi yang pasti dia punya ilmu dan kefahaman yang cukup baik dan tinggi tak sama macam aku yang tunggang tebalik ni. Rukun nikah pon aku tak hapai lagi sebab aku belom kahwin lagi. Haha tapi kursus kahwin dah pi woo. Murah RM45 sapa takmau pi. Baru-baru ni ada UTM buat kursus kawen RM150 kalau tak silap. Mahai cukup tak tau la kalau time makan dia panggil hotel punya caterer takpala.
Berbalik pada ceramah Ustaz Zahazan ni bagi aku menarik bila dia kupas tentang sirah para sahabat, khalifah2 islam dan ada cerita2 tentang keadaan semasa. Bagi aku cerita2 ni membuatkan satu-satu ceramah tu jadi sedikit ringan dan tak terlalu berdasarkan teori sahaja. Antaranya dia bercerita tentang Saydina Umar Al-Khattab. Aku baru tau rupa-rupanya Saydina Umar ni kepalanya botak licin dan badannya besar dan tegap sehingga kalau dia naik kuda kaki dia mencecah ke tanah. Tudia punya tinggi cukup. Dia cerita lagi Saydina Umar ni bila bercakap seperti petir, bila berjalan tidak ada siapa yang boleh mengejar dan bila dia pukul mampuihla hang. Haha memang hebat btoi Khalifah Islam Ke2 ini. Semua ni Ustaz Zahazan cerita berdasarkan sumber2 yang aku pon tak ingat. Hangpa nak tau kena cari lebih lanjut naa.
Di akhir ceramahnya, Ustaz Zahazan cerita pasai satu isu yang mungkin kita semua sedar ataupun tidak. Isu berkenaan dengan tv. Dia kata yang dia ni selalu dah bersama dengan media dan aku pon pasti hangpa semua selalu nampak muka dia kat tv dan dengar kat radio ikim. Kalau bukak ikim pagi2 sblom subuh dengar la dia becakap. Dulu time ramadhan aku selalu la bukak sebab nak tunggu azan subuh. La ni aku dengar azan pon dalam mimpi. Haha itulah nikmat bulan ramadhan senang betoi rasa nak beribadah. Ustaz Zahazan ni kata masalah dengan tv ni banyak sangat rancangan yang tak baguih dan aku pon setuju walaupon aku pon selalu tengok tv. Wayang pon aku pi tengok. Memang aku rasa salah satu sebab utama kita leka dan lalai disebabkan hiburan yang melampau. Sama-sama kita usaha ke arah kebaikan. Ustaz Zahazan kata kalau iman kita lemah sangat at least kita menyokong, menghormati dan mendampingi orang-orang salih walaupon kita dengan orang lain dua kali lima saja.
UZ (Ustaz Zahazan..panjang sangat nak tulis tak larat aku aih..haha) kata la ni kalau nak bukak satu channel tv islam susah sebab modal dia besar at least 200 juta. Channel yang ada sekarang ni kalau depa buat siaran ceramah ka kuliyah ka satgi time iklan dok tayang macam-macam. So UZ and the geng publishla satu megazine dengan harapan satu hari nanti megazine ini menjadi perintis untuk buat satu channel tv islam. Megazine itulah yang baru di pasaran skarang ni bernama SOLUSI. Dulu aku tak penah nak beli SOLUSI ni sebab belum terbuka hati nak beli agaknya. Tapi aku ada selak-selak jugak la kalau singgah kat kedai buku. Ni satu lagi minat baru aku iaitu baca buku. Dulu punya penyegan nak baca buku hahaha tapi la ni ada la minat sikit-sikit. Takpa la pelan-pelan kayuh kata orang. Nanti aku ingat nak buat book review sket pasai buku-buku yang aku dah baca. So malam tadi aku pon buat pertama kalinya beli SOLUSI ni dengan harga RM9 woo. Dahla time tu aku tak makan lagi aku dah dok bayang kalu RM9 ni banyak aku boleh makan ni. Haha takpala ni makanan rohani kata warden aku kat sekolah dulu. Nama dia Cikgu Shamsudin. Dia akan bagi santapan rohani tiap-tiap subuh weekend. Tapi kami semua time tu tidoq ja la time dia bersyarah. hahaha best betoi la kenangan time kat maahad dulu. Nanti aku cerita sikit pasai kenangan kat maahad dulu naa.
So posting ke2 aku ni (tudia baru 2 hari buat bloq dah 2 post..haha) sajala awai-awai ni memang semangat la. Aku nak sampaikan promotion UZ supaya kita sumbangkan sedikit duit kita ni beli majalah SOLUSI ni. Memang banyak dah buku-buku and megazine islam macam ni tapi kita ni beli tak? Haha dulu aku pon tak beli. Tapi kali ni aku beli sebab aku rasa kalau la ni tak mula bila lagi? Nnti aku cerita pasai Not Too Late yang aku dapat dari buku Tuesdays With Morrie. Baguih gak buku ni. Banyak sangat pengajaran. Uish semua aku nak tulis banyak la pulak..haha
Kepada rakan-rakan seangkatan denganku yang sudah bekerja gaji 1.5k tu 2k tu apa la salahnya keluarkan RM9 setiap bulan beli megazine ni. Ataupon cari apa-apa buku yang boleh kita dapat manfaatnya dunia dan akhirat. Kalau dok tangguh..bila lagi?? InsyaAllah sama-sama kita usaha ke arah kebaikan. Aku masih memegang kata-kata Imam Syafei (kalau salah tolong betulkan) yang berbunyi:
"Apabila kamu membuat sesuatu kesalahan cepat2lah berbuat kebaikan. Semoga kebaikan itu akan menutup segala kesalahan yang kamu lakukan"
Aku sama sekali tak rasa layak untuk menegur mahupun mengajar kamu semua tapi ini just usaha untuk melatih diri aku sendiri ke arah kebaikan. At least, mari kita buat usaha-usaha yang kita harap suatu hari nanti kita tinggalkan semua kesalahan yang sentiasa kita ulang hari ke hari. InsyaAllah.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوّ تُحِبُّ الْعَفُوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahuma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa ‘afu ‘anni
O Allah You are the Most Forgiving; You love to forgive so forgive us.
4 comments:
bo, bacaan berat ke tak majalah SOLUSI tu? maksud aku ala-ala balaghah ke, pasal kehidupan harian?
mmm tak berat bagi aku..bayak pasal kehidupan seharian..hukum-hakam, ade sirah macam2 lagi la..try la beli satu dulu..tiap bulan keluar satu episod..skang ni dah ep16.
hehehe...aku baru je bli kat carefour wangsa maju,episod 16 nye...mmg best...!!
haa..bagus2..promote kat housemate ko plak bed..benda baik elok dikongsi
Post a Comment