Wahyun memang pakar khat sekolah aku waktu tu. Aku ingat dari form 1 lagi dia memang terer khat. Mana-mana kelas waktu ada pertandingan keceriaan kelas conform employ dia sebagai artist, calligrapher. Market aku waktu tu setakat kelas sendiri ja. Haha. Tapi ada beberapa kali menang pertandingan banner. Kalau hangpa tak caya tanya budak kelas aku dulu. Pertandingan di UIA waktu tu dimenangi oleh Wahyun, Fahmi (baru aku ingat nama dia) no 2 dan aku dapat tempat ke3. Sebab kami bertiga ja yang masuk!! Haha. Seronok aku dapat naik pentas Main Auditorium buat pertama kali dan terakhir aku rasa. Sebab time degree mana naik pentas tu lagi dah. Bersyukur aku orang lain tak masuk. Itulah satu-satunya kemenangan aku dalam arena khat!! Haha. Seronok.
Waktu matric sampai ke degree ada la courses yang dapat tulis jawi sikit-sikit. Mostly jawab English. Bila nak support dengan ayat Quran or Hadith baru guna jawi. Makin lama makin tak digunakan sampai la la ni dah lama aku tak menulis jawi. Kalau posting ni boleh tulis jawi boleh aku try. Ada sapa-sapa tau? Tapi confirm ambik masa seminggu nak buat satu posting!! Lepas ni dan seterusnya aku tak rasa yang aku akan kembali menulis jawi setiap hari macam mana waktu aku sekolah dulu. Tapi aku yakin sampai bila-bila pon aku masih menulis jawi dengan betul. Aku teringat 1st time aku melihat bapa aku tulis jawi masa aku masuk asrama form 1. Dia tulis nama aku kat barang-barang aku. Takut hilang katanya. Habis baldi, cadar, baju semua dia tulis nama. Yang paling aku teruja sebab itulah pertama kali aku tengok dia tulis jawi dan tulisannya cantek daripada tulisan aku. Walaupon bapa aku tidak memerlukan jawi dalam pekerjaannya seharian.
Sebenarnya aku bukan nak menulis pasal jawi. Bahkan jauh sekali mengenai jawa. Hari ini aku melihat beberapa peristiwa yang sedikit sebanyak menuntut emosi aku untuk bertindak balas. Antaranya keputusan mahkamah persekutuan yang mengishtiharkan Dato Seri Dr Zambry sebagai menteri besar Perak. Tapi ada satu lagi peristiwa yang jauh lebih menangkap perhatian aku. Satu panggilan dari kakak aku, sewaktu aku sedang makan cucur udang dan teh tarek di gerai kembar Kak Intan di Taman Sri Pulai. Panggilan yang mengingatkan aku kembali tentang sesuatu...
Sebelum aku lupa, hari ini seorang classmate aku buat kali terakhir belajar bersama-sama kami sebelum mendaftarkan diri untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Aku ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan semoga menjadi penjaga amanah yang baik kepada agama, masyarakat dan negara. Ramai orang hari ini memandang kerjaya PTD sebagai suatu profesyen yang serba unggul. Gaji besar, elaun banyak dan kemudahan serba-serbi. Sebab itu antara jawatan di sektor awam yang paling banyak dipohon ialah PTD. Kalau tanya siapa yang pernah isi borang JPA sudah tentu PTD merupakan salah satu daripada pilihan malah ramai yang meletakkannya sebagai pilihan pertama. Berebut orang nak jadi PTD. Tapi tempat terhad so tak ramai yang dapat.
Hari ini banyak isu. Walaupon ada yang tak berapa jelas tapi aku turut terkesan dengannya. Jadi aku pon tak berapa pasti sebenarnya apa yang aku nak focus dalam posting kali ini. Haha. Tadi jugak aku jumpa dengan classmate aku semester lepas, berasal dari Nigeria. Kami ada berbual-bual tentang beberapa perkara. Tahukah anda dia ada isteri seramai 4 orang?? Tidak tahu?? Sebab tu aku nak bagitau hangpa. Haha. Ini la focus posting kali ini. Berkenaan dengan poligami. Adakah anda setuju dengan poligami? Siapa tak setuju sila bangun dan yang setuju sila teruskan bacaan. Tapi yang tak setuju boleh baca sambil berdiri, if you really following my instruction. Haha.
Tadi Mat Karem Kundang, seorang peminat fanatik Mat Saman Kati bersembang tentang roti canai sepecial. Yang telah kami nikmati beberapa bulan yang lalu. Roti canai kuah banjir bersama 2 biji telur separuh masak. Agak menarik tapi kalau dihidang panas-panas memang terangkat. Kedai tu terletak di Selangor Mansion, Kuala Lumpur. Menghadap Sungai Kelang bertentang dengan rear Bangunan Sultan Abdul Samad.
Bercakap tentang makanan aku teringat cerita tentang Rasulullah S.A.W yang sering lapar. Cerita ini aku baca dari majalah Solusi. Majalah yang aku ceritakan dalam posting yang lalu. Berkata Aisyah r.h.a "Tidak pernah keluarga Rasulullah S.A.W kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Suatu hari Abu Hurairah pernah datang kepada Rasulullah S.A.W ketika dia sedang bersembahyang duduk. Abu Hurairah r.a bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa aku melihatmu sedang bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?" Baginda menjawab, "Aku lapar, wahai Abu Hurairah". Mendengar jawapan tersebut Abu Hurairah menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu. Lantas Rasulullah S.A.W berkata kepadanya, "Wahai Abu Hurairah! Jangan kamu menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia".
Sekadar ini dahulu aku mahu menulis. Walaupon ada beberapa isu yang aku tak huraikan lebih lanjut, mungkin di lain kali. Tadi aku baru chat dengan adikku Mohd Faiz, yang berada di Al-Azhar, Mesir. Dia ajak aku pegi umrah bulan 6 ni. Aku pikir bagus jugak tu. Untung-untung boleh jumpa Ana Althafunnisa. Haha. Syok btol budak ni belajar oversea. Takpa mudah-mudahan dia balik dengan gelaran Doktor. Senang nanti aku saket boleh dapat rawatan free. Haha. Teringin aku nak pergi belajar di negeri orang. Lagi-lagi lepas baca buku Rindu Bau Pohon Tin karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Yang aku beli bersama dengan Mat Karem Kundang di Wangsa Walk. Kejap ja aku baca buku tu sebab aku syok dengan cerita dia belajar di Jordan. Aku berharap suatu hari nanti aku akan belajar di luar negeri. Biar aku buat buku, Rindu Bau Pohon Cactus pulak!! Haha.
Adik aku ada cerita pasal Husmar Israq, rakan semaahadku dulu yang juga belajar di Mesir. Seorang yang berkarisma dan prinsip yang tinggi pada pendapat aku. Dulu dia jadi Presiden Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) di sekolah. Dan benarlah kataku itu bila adik aku kata yang dia menjadi antara pelajar yang paling berpengaruh disana, active. Katanya baru graduate kelmarin. Alhamdulillah, penat lelah belajar 6 tahun setengah Medic tidak sia-sia. Semoga adik aku pon mengikut jejak langkahnya.
Tak rugi kan belajar? Rakan-rakanku di luar sana. Jangan lah berasa terlalu tua dan terlalu letih untuk belajar. Aku suka cerita bab ni. Tapi dah tulis panjang sangat lain kali aku nak cerita mengapa aku sambung belajar. Hari-hari kita perlu belajar. Walaupon dari sebuah akhbar bernilai RM1.20..!!
Selamat belajar semua.
6 comments:
oit.. sedap nyer makanan tuh hahha
karya ko mmg terbaik!!!
huhu..... nice post la bobo....
menarik.... tp aku rasa ptt nye tjk dia....
cacamarba.... ok x? hahahaha....
lain kali aku bce lg ek.....
man: memang sedap. kalah N51. haha. bila karya ko nak kluar ni? asyik ambik karya muse je. haha
nadia: tq. haha tak tpikir plak tajuk tu. sbnanya time aku buat post ni aku menulis ja x benti apa yg ada dalam kpala. mmg tak rancang nak tulis apa sbnarnya. free flow je. haha
SubhanaLlah.. ur story-mory mmg best!! pasni nak baca lagi insyaAllah..
BaarakaLlahufiik!!
Terima kaseh saudari ju. Saja gatai tangan menulis. :)
Post a Comment