Wednesday, February 24, 2010

Malu bertanya sesat jalan

Alhamdulillah. Hari ini dapat berbincang sama rakan-rakan sekelas buat assignment yang aku sendiri tak paham langsung sebelum aku datang discussion pagi tadi. Tengok soalan dia pon dah meluat. Haha. Apa lagi nak buat. Sebab ada guna banyak rumus. Macam add math time sekolah dulu.

Kalau dulu time degree ada satu subjek kegemaran Pak Yob. Sebab aku kata dia suka sebab dia ambik 2 kali. Haha. Tu pasai dia suka. Lagi-lagi dengan lecturer bernama Pak Abu. Pak Abu pulak suka dengan Pak Yob. Tiap kali kelas pasti dia akan tanya. "Brother K. How are you today?" Haha. Ini subject gila. Sebab orang-orang pandai math ni gila. Sebab depa hebat sangat boleh pikiaq punya hebat. Dengan rumus panjang-panjang pon depa hapai. Sunggoh hebat otak depa ni aku punya susah nak pikir depa buat pejam mata ja. Itulah nikmat yang Allah berikan pada manusia. Sampai lahirlah ilmuan-ilmuan Islam macam Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Khindi dan banyak lagi.

Alamak fikiran aku terganggu seketika. Sebab aku nampak satu orang...

Berbalik kepada subjek kegemaran Pak Yob tadi. Aku ingat lagi punya susah nak kira nak design beam and "Kolam". Itu sebutan Pak Abu. Yang betulnya Column. Hebatnya Pak Abu hanya studentnya saja yang tahu. Biasa dulu kami dok tiru ja orang lain punya. Kawan-kawan hat yang pandai math semua jadi bahan copy paste. Haha. Macam Haron dan Mosa. Tudia dua2 nama nabi. Sebab tu depa hebat!!



Aku ingat lagi ada sekali tu Pak Abu bagi quiz mengejut. So kami ramai2 pakat duduk sebaris. Mosa dok hujung kiri. Ada la dalam lebih kurang 7 orang sebaris. Aku hujung kanan sekali. Tiap kali Mosa siap satu soalan, jawapan dia akan dipassing pada orang sebelah. Orang terakhir yang paling lambat dapat jawapan tu dah tentu aku. Haha. Naseb baik sempat hantar.

Ada sekali tu time final exam. Kami dok bekumpul ramai-ramai macam biasa untuk group study malam sebelum exam. Bincang soalan Pak Abu sampai pagi. Lepas tu pi pekena sarapan kat Teknik Diayo. Tempat faberet kami time degree dulu. Kalau hari studio, masuk studio sejam ja. Dengar lecturer cakap sikit lepas tu dapat drawing. Bincang-bincang sikit macam mana nak measure tapi tak buat pon. Terus keluar naik moto ramai-ramai pi Teknik Diayo. Haha. Dengan semua dok pakai smart siap tie sebab Professional Day. Measurement tu macam biasa esok nak hantar baru sebok copy orang lain punya. Haha.

La ni aku jumpa lagi subjek lebih kurang macam Pak Abu punya. Ada calculation. Ada rumus panjang berjela. Aku lambat sikit tang ni. Sebab tu dulu time sekolah aku hanya lulus Add Math time Spm ja!! Haha. Exam biasa dapat telur. Iaitu kosong (0) panggilan cikgu add math aku dulu.

Tapi macam mana susah pon apa-apa subjek aku suka bertanya. Bila aku tak paham aku akan tanya. Bila aku tak tau aku akan tanya. Walaupon soalan yang aku tanya tu adalah soalan basic yang orang dok panggil soalan bodoh. Tak pernah aku rasa malu dengan pertanyaan aku. Pengalaman aku dok tanya soalan-soalan bodoh ni dah banyak.

Dulu first class measurement waktu first year degree di UIA daripada lecturer aku yang paling garang ketika itu. Fisrt topic pasai excavation. Waktu tu aku langsung tak tau apa tu excavation. Tak pernah dengar perkataan ni. Dia dok sembang punya sembang sampai nak abis kelas aku punya geram sebab aku tak tau apa tu excavation jadi aku pon tanya dia. "Sis, what is excavate?" Haa tu kan soalan bodoh namanya. Tapi aku tak pernah malu bila nak belajar. Dia pon jawab, "Excavate tu gali lobang lah".

Sama macam pagi ini. Banyak benda aku tak tau tapi aku tak malu nak tanya. Lagi-lagi belajar dengan Abang IT. Abang IT ni power pasai computer. Hangpa kalu rosak computer boleh panggil dia repair. Hangpa sebut ja apa pasai computer semua dia tau. Kalau kita start ja sembang pasai teknologi, Abang IT ni kompem join walau dia dok jauh. Telinga dia sensitif dengan perkataan-perkataan computer ni. Contohnya cuba hangpa sebut perkataan "CPU". Kompem tiba-tiba dia ada kat sebelah. Haha. Itulah nikmat dan kehebatan Allah bagi pada Abang IT dia senang paham bab-bab teknologi termasuk Math. Sampai tadi pon aku kena maki dengan Abang IT sebab aku tak reti buat simple linear regression. Haha. Tapi aku tak pernah kesah dalam bab belajar. Kena maki ka kena perli tu dah biasa bagi aku. Asam garam menuntut ilmu dari orang yang lebih cerdik dari kita memang macam itu.



Tapi satu ja aku tak pernah jemu. Tak pernah aku jemu untuk bertanya. aku ingat lagi ada kawan aku nak beli arang di satu kedai. Kami pergi naik kereta berempat. Beli arang sebab esok tu nak buat BBQ. So kawan aku ni pon pi la turun keta. Mula-mula dia beli jaring nak buat tempat bakar. Lepas tu dia pi kedai sebelah nak carik arang. Yang hebatnya dia tak masuk pon kedai tu. Dia just tengok-tengok, buat analysis diagram sikit terus patah ballik kata pada kami, "Kedai ni tak jual arang". Tudia punya hebat macam superman kot boleh nampak semua barang.

Lalu aku pon cakap kat dia, "Hang dah tanya tokei kedai tu belom?". Dia pon jawab, "Tak ada rasanya". Aku tanya lain dia jawab lain. Kebetulan tokey tu keluar kedai aku terus tanya "Bang, ada juai arang ka?". Tokey terus kata "Ada. Kat dalam. Mai pilih. Mau baru ka mau lama ka? Sapuloh? Dua puloh? Penoooh?". Haha. Yang tu aku menambah ja. Terus aku kata kat kawan aku tu. "Haa tu kan ada. Hang dok terjuntai-juntai usha dari luar ja memang la takdak. Lain kali tanya lah. Apa punya turr". Haha.

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا قَبۡلَكَ إِلَّا رِجَالاً۬ نُّوحِىٓ إِلَيۡہِمۡ‌ۖ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّڪۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. (Al-Anbiya': 7)

Tak perlu malu. Tak perlu segan. Kalau tidak tahu kita bertanya. Bila sudah tahu kita kongsi sama-sama. Ilmu itu semua milik Allah. Mana milik kita? Tidak ada milik kita. Semua yang ada Allah yang punya.

2 comments:

Razmeen Penang said...

Bila hg bukak crita zaman2 uia, kelas mesement, teknik dio...teringat aku zaman uia dari 1st year- 4th year...huhu! jangan malu utk bertanya. "malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang"~~~... kalu nak tanya tanyalah di kaunter pertanyaan..hehe!! Peace NO WAR!

kaloimerah said...

haha razmen..kenangan terindah semua tu..hang bila nak mai KL??..boleh lepak kat klasik lagi..aritu aku tidoq uia ngan kamal and karem..dapat pi teknik diayo..la ni dah makin ramai kedai depa..kalu dulu kita la ramai2 naik moto pi kedai depa..la ni semua dah merata..

Post a Comment