14 Februari datang lagi. Dari kecik sampai ke besar. Dari muda sampai ke tua. Setiap kali 14 Februari orang akan bercakap tentang Valentine's Day. Sana sini, couples sudah merancang untuk menyambutnya. Dah ada hadiah yang nak diberi, dah ada tempat nak berdating bahkan sudah ada hotel yang ditempah. Hari dimana ramai akan mengucapkan I love you. You jump I jump. You die I cari lain. Haha.
Roti bom, surat khabar, takraw
Pagi semalam sesudah suboh aku ke Restoran Gembira. Kalau rakyat sekitar Shah Alam rasanya tahu tentang restoran yang popular dengan roti canai dan nasi lemak. Kali ini aku beli roti bom. Bukan bom C4 atau bomba. Nama restoran ni memang seronok dibaca. Restoran Gembira. Baru baca nama restoran pon dah gembira. Aku cadangkan sapa-sapa tengah bersedih sebab putus cinta, hilang enjin jet atau kapal selam rosak boleh datang restoran ni. Kot-kot la boleh gembira.
Macam biasa, aku beli Sinar Harian. Balik lepas pekena roti bom aku pon baca. Setiap kali aku baca paper untuk first time, aku akan baca secara sekali lalu. Sebab banyak sangat berita. Then aku akan baca time lain pulak baru la lama sikit. Aku bukak Sinar. Duduk bawah kipas. Start baca tajuk. "SPRM tutup 8 kes". Aku skip dulu sebab dah tau. "Zahrain keluar PKR". Oh tau lama dah, skip jugak. "Australia gesa gugur tuduhan liwat Anwar". Berhenti kejap baca. "Bertimbang rasa ketika balik kampung". Bagus tu, aku skip jugak. Ada iklan, "Sabun Tahan Mengantuk". Tudia sapu sabun dekat cornea ka? Memang kompem tak mengantuk la. Sampai la satu tajuk yang menarik, sangat menarik perhatian aku. "Wanita JIM kecam Kempen Tampa Seluar Dalam". Kan aku kata menarik tu!!. Aku pon baca. Ada kempen No Panties sempena Valentine's Day. Ternganga aku baca!! Yang paling best sekali kempen dijalankan dikalangan students IPT.
Malam tadi aku ada pergi dengar forum perdana di Masjid Negeri. Forum ni dibuat setiap 2 kali sebulan kalau tak salah aku. Aku tak pernah pegi sebelom ni. Tapi selalu tengok iklan-iklan dia tampal merata kat masjid sekitar Shah Alam. Pernah sekali aku berhenti solat isya time forum. Waktu tu TG Dr Harun Din tengah berceramah. Aku solat dan aku terus balik sebab ada hal. Kalau ikut iklan, ahli panel terdiri dari Ustaz Othman Hamzah, mantan imam besar Masjid Negeri dan Ustaz Dr Roslan, penceramah popular di tv dengan suara machonya dan moderatornya Dr Hasan Ali, seorang lagend Forum Perdana Ehwal Islam.
Waktu solat isya, imam baca bukan main best. Aku macam kenai suara dia. Sebab suara dia sebijik macam suara ustaz yang aku kenai 15 tahun yang lalu. Sampai lambat, aku duduk saf belakang so tak tau siapa imam. Lepas solat, forum pon start. Dr Hasan Ali takdak rupanya. Imam tadi ganti dia jadi moderator. Sah, dialah ustaz yang aku kenai 15 tahun lalu. Namanya Ustaz Bazli kalau aku tak silap. Bukan Bazli UNIC. Tapi bekas, eh bukan bekas. Bekas dah macam Tupperwear la pulak!! Mantan imam besar masjid kuala selangor. Suaranya yang merdu ketika membaca Quran membuatkan aku masih ingat sampai hari ini. Malah makin merdu compare to 15 years ago. Taranum dia dari Urdu. Macam lagu hindustan pon ada. Aku ingat lagi dia main takraw dulu. Dahsyat btoi siap lipat, gulung, makan. Itu popia. Haha.
Rindu pulak geng takraw di uia dulu. Mat Karem Kundang salah seorang tekong yang terkenal dengan pistolnya. Fader pulak terkenal dengan moitainya. Amin celoq-celoq pulak seorang feeder yang terkenai di pulau jerejak dan komtaq. Kami main untuk seronok. Tiap kali main mesti gelak sampai sudah. Tapi bila ada player takraw uia main sekali, semua jadi senyap. Sebab ternganga tengok dia melibas. Yang kami tau cuma menebas!! Bila nak main lagi geng??
Berbalik pada forum tadi, bertemakan tentang Islam sebagai way of life. Lebih kurang begitulah. Bagi aku menarik forum malam tadi. Tapi aku nak share beberapa perkara ja. Satgi panjang sangat hangpa boring pulak baca. Dr Roslan ada menyebut tentang kempen No Panties yang aku baca sebelum itu. Mengikut Dr Roslan, ada maklumat mengatakan kempen ini ditaja oleh orang-orang yang beragama Islam!! Aku ada google pasai kempen ni. Ramai yang promote dan ramai yang against.
Malu itu sebahagian daripada iman
Masih aku ingat topic Al-Haya' dalam kitab kuning yang aku baca time sekolah rendah. Malah aku masih ingat lagi phrase "Alhaya u minal iman, wal imanu fil jannah". Malu itu sebahagian daripada iman dan iman itu tempatnya di syurga.
Abdullah bin Yusuf menuturkan kepada kami. Dia berkata; Malik bin Anas mengabarkan kepada kami dari Ibnu Syihab dari Salim bin Abdullah dari ayahnya bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melewati salah seorang lelaki dari kaum Anshar sedang menasehati saudaranya karena rasa malu yang ada pada orang itu, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Biarkanlah dia, sesungguhnya rasa malu itu adalah bagian dari iman.” (HR. Bukhari dalam Kitab al-Iman, bab al-Haya’ minal iman)
Aku merasakan penganjur kempen No Panties ini tidak memikirkan soal malu. Yalah, mungkin padanya ada banyak lagi perkara lebih teruk terjadi hari ini. Tapi semuanya berpunca dari terhakisnya sifat malu. Menyambut Valentine's Day sahaja sudah cukup jauh bersimpang dengan ajaran Islam. Ditambah lagi dengan kempen seumpama ini. Aku percaya hangpa tau sedikit sebanyak pasai asal usul Valentine's Day. For some info, boleh baca di bloq Fader dia ada article pasai Valentine's Day.
My brothers and sisters in Islam. This is not the way we show our love. Valentine's Day bukan cara kita. Bukan cara Islam mengajar penganutnya meluahkan rasa cinta pada orang yang kita sayang dengan cara ini. Malah cinta tanpa ikatan nikah itu pon sudah cukup menyimpang, kalau tidak selari dengan tuntutan syariah. Orang-orang yang menyokong, mempromosikan kempem ini kata inilah cara untuk menunjukkan cinta kepada pasangan. Di mana rasa malu kita semua? Takkan nak iklan kat paper hang pakai seluar dalam Levi's? Ya, memang ilmu aku tak setinggi Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi. Akhlaq aku tak setanding dengan TG Nik Abdul Aziz. Tapi atas pengetahuan aku yang terlalu sedikit ini, aku tidak setuju dengan kempen seumpama ini.
Dalam paper hari ini ada berita tentang bayi ditemui dalam tong sampah, dengan keadaan rentung separuh badan dan kaki terputus. Uri dan tali pusatnya masih ada!! Cuba tanya budak sekolah apa punca perkara yang sudah menjadi kelaziman di negara ini berlaku. Aku yakin budak sekolah pon sudah pandai menjawab, tak lain dan tak bukan sebabnya zina. Mana datang zina? Dari hubungan yang tidak halal, tidak dijaga pergaulannya, tidak diikut batasan-batasan yang telah digariskan oleh syarak.
Masih belum terlambat
Kepada sahabat-sahabat yang sedang bercouple, aku cadangkan jika tidak ada intention untuk bernikah, elok putuskan sahaja hubungan itu. Sebab apa? Sebab kita hanya bercouple untuk seronok. Seronok dapat ucapan I love you. Tidak perlu fikir soal tanggungjawab, tidak perlu fikir soal masa depan. Tahukah anda lelaki itu akan disoal tentang isyterinya dan anak-anaknya. Bersediakah kita? Apa yang kita, aku, ada untuk memimpin? Sejujurnya aku berasa sangat faqir dalam soal agama. Aku belum rasa layak untuk semua ini. Mana-mana aku pi semua dok tanya "Dah ada calon belom". Aku reply dengan jawapan biasa, "Belum lagi" sambil tersenyum malu-malu. Haha. Bukan tidak ada yang mahu menolong. Bukan tidak ada yang offer mahu mencari. Dah ramai. Dari mak aku, kawan-kawan, ustaz sekolah, uztaz university malah kontraktor pon offer nak tolong cari. Yang dioffer pulak bagus-bagus. Dari student sampai anak imam besar masjid ******. Tak boleh cakap nanti hangpa buat spekulasi lagi. Haha. Baik-baik semuanya. Tapi aku tak sahut offer itu. Kalau dalam Law of Contract mesti ada offer and acceptance. So dalam kes ini tidak ada contract sebab hanya ada offer tapi tiada acceptance. Masuk law sikit boleh ya. Hehe. Ilmu tak banyak. Tapi aku suka kongsi.
Aku tak mencari? Aku terlalu memilih? Bukan tak mencari, bukan terlalu memilih, bukan sebab tak ada duit belum bekerja. Tapi aku takut. Takut kisah bayi terbakar itu berpunca dari aku. Iman aku lemah. Ilmu aku sikit. Dosa aku banyak. Semakin hari semakin banyak. Aku belum rasa layak untuk memimpin. Siapa aku untuk memimpin wanita-wanita kalau ilmu tidak cukup, akhlaq tidak baik. Sebut "wanita-wanita" sebab kita lelaki ada quota 4. Haha.
Memperbetulkan kesilapan bukan sesuatu yang mudah. Tapi usaha untuk perkara yang lebih baik itu perlu ada. Hari ini kita silap, kita boleh kata, "suatu hari nanti aku nak berubah". Tapi esok kesilapan sama berlaku. Again, and again and again. Sebab? Kita tak pernah cuba usaha untuk berubah. Atau kita asyik menangguh. Bukan tidak tahu, tapi selalu ditangguh. Carilah ilmu-ilmu di mana sahaja. Tak perlu buat master, tak perlu buat phd. Bukak internet cari website2 santai yang tidak berat isi kandungannya, yang berguna macam Saifulislam.com, Zaharuddin.net dan iloveislam.com. Baca, fahami dan usaha untuk amalkan. Banyak lagi blogs, webistes yang dapat beri ilmu pada kita. Sikit-skit, pelan-pelan, tak apa. Tapi jangan langsung tidak ada usaha untuk perbaiki diri. Tidak ada usaha untuk tambah ilmu. Ada Facebook, add ustaz-ustaz dan para alim ada ramai yang guna facebook. Dari status mereka pon kita boleh dapat ilmu. Mudahkan??
What i read this morning
7 years ago
8 comments:
bo, teruskan berdakwah...aku sangat setuju dengan apa yang ko sampaikan di atas...
Aku pun terkejut bila dengar khutbah jumaat 12/2 di masjid kg rawa menyatakan kempen x pakai seluar dalam..aku pun terfikir sampai tahap tu sudah akhlak remaja islam dan aku mula berfikir apa akan terjadi pada anak2 kita 20-30 tahun akan datang? Dalam khutbah jugak menyatakan, tidak sepatutnya mak ayah salahkan pengaruh kawan2 sekiranya terjadi zina kerana ada sesetengah bapak2 yg bacul hanya melihat dan membiarkan anak2 perempuan mereka berpelukan ketika naik motosikal...bila anak2 perempuan hanya memakai singlet dan berseluar katok didalam rumah, ayah wat tak tau aja tanpa menegur atau menasihati. Kalu kita nak ubah satu masyarakat, ubahlah dari umah tangga kita sendiri.."Petikan dari khutbah Jumaat Kg Rawa"
zubed: insyaAllah. Sama-sama kita usahakan.
Razmen: Btoi tu. Semuanya bermula dari keluarga. Tapi la ni ramai makbapak yang sebok kerja tapi lupa luangkan masa di rumah. Depa claim dengan kekayaan depa boleh hantar anak pi sekolah agama. Lepaskan tanggungjawab pada cekgu2 dan ustaz2 tanpa ada usaha sendiri dari keluarga. Semua kena main peranan.
masyaAllah...
apa sudah jadi dengan akhlak belia masa kini...
ini la yang berlaku bila terhakisnya sifat malu dalam diri...
na'uzubillah
Qistina: Sekarang pengaruh negatif lebih mudah dapat dari ilmu-ilmu yang bermanfaat. Sama-sama kita jaga diri.
ermm apa mksd bro?
contohnya?
skarang ni pengaruh -ve ada keliling kita..datang dr tv, movie, muzik, buku, megzine..kalau bjalan pi mana-mana pon ada cabaran..yang paling mudah dari internet..tiada batasan..kena pandai dan berhati2 guna..sbnarnya ilmu pon tak susah nak dapat..kalau kita mencari..dari facebook pon boleh dapat ilmu yang mnafaat..satu lagi pengaruh kuat dr kawan2..kita kena berkawan dgn semua..tapi dalam aktiviti harian kurangkan masa dgn kwn2 yang boleh influence kita ke arah -ve..lebihkan masa dgn kawan2 yg mudah ajak kita buat baik..insyaallah semua akan selamat
syukran bro...
sy cuba untuk berkawan dgn semua...
tapi mendambakan kawan2 seperti kat skoOl naim dulu yang sentiasa menegur sekiranya sy t'silap...
totally different environment...
takut dgn bad influence here...
takut lm2 dah smpai tahap get use dgn bnda2 ni sampai dah xrasa benci kpdnya...
na'uzubillah...
semoga Allah menjauhkan kita dr fitnah2 dunia ini...
Post a Comment