Aku suka pada perubahan. Perubahan yang boleh menaikkan semangat. Untuk terus hidup. Untuk terus mencari kegembiraan. Untuk terus mencari kebaikan. Untuk terus menggembirakan orang di sekeliling. Sebab itu malam tadi aku cuba mengubah sedikit layout kaloimerah. Dan mencari satu description baru untuk diletak pada blog header.
Tuhan menciptakan kita untuk memberi
Mungkin sahabat-sahabat sekalian biasa menbaca, mendengar mahupon melihat phrase yang lebih kurang sama dengan yang aku gunakan. Contohnya Saifulislam.com yang menggunakan tagline Erti Hidup Pada Memberi. Dan banyak lagi yang membawa maksud atau mesej yang hampir sama iaitu memberi lebih baik dari menerima. Jadi untuk ketika ini kaloimerah akan menggunakan tagline ini.
Satu petang, aku minum bersama seorang rakan. Sedang kami berbual sambil mengeteh, lalu seorang muda berkaca mata dan berambut kerinting. Sambil bergelak ketawa bersama kawan-kawannya, duduk di meja berhampiran untuk mengeteh seperti kami. Perbualan kami terhenti seketika sambil memandang tingkah laku mereka.
"Kau nampak budak tu?", kawanku mencelah.
"Budak mana? Budak pembancuh kopi ka?", soalan dijawab dengan soalan.
"Yang tu la. Yang pakai spek rambut kerinting tu", kali ini bukan soalan.
"Oh yang tu. Kenapa? Minat ka?", soalan cepucemas.
"Hang gila ka. Aku lelaki lah", keterangan defense daripada orang kena tuduh.
"Haha mana tau hang minat spek dia. Aku bukan kata hang minat dia", aku precisekan semula tuduhan.
"Aku tak suka dia. Sombong!!", tudia tiba-tiba dia bernada agak marah.
"Kenapa? Apa dia buat?", aku cuba menjawab dengan soalan lagi.
"Sombong la. Hari tu aku ada tolong dia. Tapi sikit pon tak ucap terima kasih. Lepas tu kalau jumpa aku bukan nak tegur ke, sembang ke. Buat tak tahu je. Macam tak pernah kenal", amboi marah sungguh nampak.
"Ala mana tau dia memang jenis tak bercakap sangat", aku cuba mem-V-Coolkan keadaan.
"Tak, dia memang sombong", ok nampaknya kena pasang York 3 Horse power. Panas..!!
Sabaq naa...
Sudah menjadi adat resam orang melayu. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Bila kita ditolong, kita ucapkan terima kaseh. Atas jasa baik, penat lelah dan masa yang dia berikan pada kita untuk menyelesaikan masaalah kita. Sanggup dia berhenti bawa motor tepi jalan bila tengok kita terbabas dek kerana leka menyanyi ketika memandu. Aku pernah kena. Haha. Sorry Mat Karem Kundang kerana pernah mencalarkan WMK kesayanganmu suatu ketika dahulu. Terima kaseh sebab dia tolong punch kad ketika kita sedang memakai baju di rumah. Aku tau yang ni hangpa selalu buat kan? Haha. Dan terima kaseh kerana siapkan assignment group tapi dia yang paling buat kerja yang lain tengok.
Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan ada menyebutkan bahawa apabila kita sering mengharapkan orang lain berterima kaseh terhadap pertolongan yang kita beri, hasilnya kita akan marah, sedih, mungkin tersinggung apabila sang penerima tidak mahu mengucapkan terima kaseh. Ya memang betol dan aku setuju sekali dengan Al-Qarni. Pengalaman lalu memang membuktikan yang aku turut terkesan bilamana orang yang kita bantu tidak mahu mengucap terima kaseh. Tapi menggapa kita terlalu risau. Mengapa terlalu memikirkan tentang orang tidak berterima kaseh?
Bayangkan bilamana kita melihat orang lain tidak memperdulikan usaha kita menolongnya, begitu kita marah, geram dan tension dibuatnya. Nah sahabat-sahabat sekalian. Kalau kita mengharapkan terima kaseh atas setiap kebaikan yang kita lakukan, boleh saket jiwa!! Sebab ramai manusia yang tidak reti berterima kaseh. Boleh juga bergaduh, bertumbuk dan bermusuh hanya kerana satu ucapan, terima kaseh.
Tak perlu risau tak perlu resah. Kerana itu semua hanya menambah penyakit ego, cemburu dan sakit hati. Mengapa hati kita perlu berdarah selepas kita menolong orang? Bukankah itu satu kerugian bagi kita. Sepatotnya semakin kita suka menolong, semakin bahagia dan ceria kita jadi. Biarlah orang itu tidak mengucap terima kaseh. Biarkan orang itu tidak mahu menegur kita walaupon selepas segala kebaikan yang kita lakukan padanya. Tidak rugi sedikit pon jika kita bersabar. Mengapa perlu membuang kecerian kita hanya kerana orang lain tidak membalasnya?
“Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi Dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur” (7:10)
Allah yang maha pemberi pon tidak mendapat balasan terima kaseh daripada hambanya. Sedikitpon tidak kurang nikmat daripadaNya kepada kita walaupon kita, aku, sering lupa untuk berterima kaseh padaNya. Tetapi kita hanya kerana tidak mendapat balasan terima kaseh, terus menutup pintu hati untuk menolongnya lagi. Lalu kita jadi sombong, ego dan suka mencerca orang lain yang tidak mahu berterima kaseh pada kita. Hilanglah kecerian, hilanglah suka, hilanglah juga ketenangan dalam diri sendiri.
Siapa yang tidak mahu kahwen?
Semalam, aku ada post status di Facebook yang berbunyi, "Sedang mencari caterer untuk kenduri kahwen tahun ini". Satu status yang sudah cukup membuatkan aku dihujani dengan pertanyaan. "Kau nak kahwen ke?" Sampai aku memandu pon ada yang mesej tanya aku nak kahwen ka. Ya memang aku nak kahwen. Siapa yang tidak mahu kahwen?
Tapi bukan hari ini. Bukan bulan ini dan mungkin juga bukan tahun ini. Status itu dimaksudkan kepada abang aku yang akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Terus, semalam aku disuruh menalepon caterer nak tanya harga, menu dan sebagainya. Haha. Tapi ini juga persiapan untuk giliran seterusnya. Siapa lagi akulah!! Mungkin tahun ini, mungkin tahun depan, mungkin 10 tahun depan. Itulah jodoh, sudah tertulis di luh mahfuz. Qada dan qadar. Meyakininya sahaja tidak cukup tanpa usaha!!
Sorry pada rakan-rakan yang terpaksa bersusah payah mesej aku bertanya tentang soal kahwen. Haha. Tak sangka satu status sudah cukup membuatkan sedikit havoc!! InsyaAllah bila tiba masanya semua kita, samada yang berstatus single mahupon its complicated, open relationship lah macam-macam, akan berkahwen. Cuma usaha dan persiapan itu harus ada. Terutama bagi rakan-rakan selelakiku, kerana kita akan menjadi pemimpin. Aku mendoakan agar urusan perkahwinan abangku ini, dipermudahkan dan diberi pertolongan. Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki untuk dia dan bakal isterinya.
Amin Ya Rob.
What i read this morning
7 years ago
8 comments:
bo, flood gate dh t'bukak..makin ramai kwn2 yg dh btunang & kawen..isnyaAllah smpi mase kita pulak..jodoh Allah tentukan..jgn riso, jgn kelam kabut..kawen bkn krn rupa segak atau lawa, bkn sbb ada awek dua-tiga, tp kawen sbb jodoh..hrp2 kwn2 master dh dpt calon isteri! (bo, fader & amiaq)..hehehe..amin..
hahaha... x sangka kau ada blog upenyer.
jodoh tu ketentuan Allah..klu ade nnt adelah..
heheh tp nak smpaikan pesanan, org yg sms mase kau drive tu soh bgtau, die cume nak tanye trus yg lebih baik dr buat spekulasi sendiri....
mood: amin ya rob...aku tunggu mike kahwen dulu
nuaq: baru je buat...saje la...asyik buat assignment je..hahaha
shiha: sms ketika memandu bahaya..!!
lani x yah pikir jodoh..pikir camna nak majukan diri..pastu jodoh mailah..hahah!! kepada bobo, jodoh hg akan tiba..hehehe!!
amen: amin ya rob..tapi aku rasa hg mnikah dulu kot..jangan lupa kenduri kena ada char kuew tiaw dan mee udang..haha
ceyt.gua x balik plak thn ni.apsal sume yg atas ak nk kawen time ak x free??
yong kawen time ak nk exam mid year form 5 dlu.
nyah kawen time esoknye ak ade paper sejarah spm.
amar kawen time ak nk final sem 4.
kne plak sem 5 nti xley carry paper.
mmg x balik r ak.
ko kalo nk kawen pikir2 jgk ak kt cni.haha.
ko bley kawen any year but bln 7,8,9 sahaja.
haha.time ak cuti
itu la sape suruh blaja jauh-jauh. Jangan ko kahwen kat sane dulu dah la. ok nanti aku kahwen bulan 9. Tahun bile taktau lagi. haha
Post a Comment