Saturday, May 8, 2010

Thesis Episode 2

Ini bukan drama Aliff Firdaus. Ini bukan cerita Adamaya. Ini juga bukan kisah Adnan Sempit the Series. Tapi ini cerita kehidupan aku di 417...

Secangkir Teh Pengubat Letih

Pagi tadi aku jumpa supavaisa bincang pasal thesis. Ini kali kedua aku jumpa dengan dia officially dalam tempoh thesis writing. Alhamdulillah secara keseluruhannya agak baik walaupon ada perkara-perkara yang perlu dibincangkan dengan lebih serius dan telus. Apa yang aku boleh katakan ialah aku sudah mendapat greenlight dari supervaisa aku untuk meneruskan thesis ni for the next crucial 6 weeks ahead. Sunggoh aku belum dapat percaya yang adakah aku mampu nak siapkan thesis ni dalam masa 6 minggu..!!

Pada 27 April yang lalu aku beli satu buku baru. Buku yang aku tak dapat beli pada Bookfair yang lepas sebab aku tak dapat pergi. "Secangkir Teh Pengubat Letih". Sebuah travelog tarbiah karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ini travelog kedua yang aku beli lepas Rindu Bau Pohon Tin. Aku suka baca kisah kehidupan orang lain, cerita orang mengembara, pengalaman hidup. Seronok. Sebab aku pon suka jalan-jalan. Tak kesah jalan-jalan ke mana. Dekat atau jauh bukan persoalan. Kadang-kadang bila aku rasa agak serabut aku akan keluar pi jalan-jalan. Saja pusing-pusing naik moto or kereta tak berehenti pon aku pernah buat. Kalau naik kereta, bukak radio, bukak tingkap, round-round saja-saja pastu balik. Kalau naik moto, nyanyi sorang-sorang sampai accident pon ada. Yang tu Mat Karem Kundang tau. Sebab moto dia aku naik. Haha.



Tapi passion aku terhadap buku agak menurun sejak sebulan dua ni. Jadinya progress membaca aku agak slow. Dah nak tidoq baru nak baca. Memang lah tak sampai satu paragraph aku dah lena. Sampai bila pon tak habis baca macam ni...

Ustaz Hasrizal terkenal sebagai Dr Love sebab banyak karya dan penulisan dia samaada buku mahupon di blog berkisar tentang percintaan, hubungan, dan lain-lain. Tapi bukan semua mengenai cinta. Aku belum berminat nak beli karya-karya cinta dia macam Aku Terima Nikahnya dan yang terbaru Murabbi Cinta. Aku pernah baca Aku Terima Nikahnya tapi tak habis. Yang tu Zamiaq punya sebelum dia menikah. La ni Zamiaq pon dah berbahagia. So mungkin aku kena baca balik la kot buku ni. Takpa la lain kali kalau ada sapa nak hadiahkan kat aku baru aku baca. Haha.

Istikharah dan Istisyarah

Baru-baru ni Ustaz Hasrizal ada buat satu entry bertajuk "Fitnah Petunjuk Istikharah" di bloq dia saifulislam.com. Entry yang pada aku memang menarik sebab aku sendiri biasa dengar tentang masalah istikharah. Atau lebih tepat lagi salah faham tentang istikharah. Memang aku biasa dengar yang bila dah buat istikharah orang dok tunggu mimpi. Bila tak mimpi-mimpi mula jadi khilaf. Padahal istikharah tu pada asasnya nak meleraikan khilaf. Aku sangat setuju dengan artikel ni yang istikharah harus digandingkan dengan istisyarah iaitu meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ
dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya. (3:159)
Waktu aku mula-mula nak buat keputusan untuk sambung belajar di UTM, memang aku sentiasa khilaf. Kadang rasa nak sambung, kadang tak jadi. Tapi aku sentiasa mengamalkan discussion atau istisyarah. Aku sentiasa bercerita dan ambil pendapat orang lain. Daripada kawan-kawan aku sampaila ke lecturer di univeriti lain. Dari sembang petang sambil makan goreng pisang sama teh tarek sampaila ke fair-fair yang aku pergi. Aku selalu bertanya, bercerita dengan orang yang aku rasa boleh membantu aku membuat keputusan yang betul-betul aku yakin yang kesannya aku kena buat thesis pada hari ini. Tak ada istikharah yang aku buat dan tak ada petunjuk dalam mimpi aku. Yang ada hanya solat hajat supaya aku dipermudahkan segala urusan pengajian di sini. Itupon sehari sebelum aku daftar masuk.

Sebab apa tak perlu istikharah? Sebab waktu tu aku dah yakin. Khilaf aku dah hilang. Hasil dari istisyarah yang aku mulakan lebih setahun sebelum aku buat keputusan tersebut. Ini selari dengan saranan dari artikel ni yang mana tidak perlu istikharah pada perkara-perkara yang kita sudah yakin. Dan pada aku keyakinan itu akan lebih mudah dicapai dengan adanya istisyarah.


Tak kesah dalam soal apapon. Baik soal kerja, belajar mahupon cinta. Pada aku lebih baik beristisyarah dulu daripada menyerahkan bulat-bulat pada istikharah. Contohnya kalau dalam soal cari jodoh eloklah bertanya dahulu pada orang-orang yang lebih kenal dan lebih tahu mengenai calon tersebut. Istikharah hanyalah sebagai pergantungan kita pada takdir selepas kita betul-betul yakin dengan keputusan yang kita buat. Dengan itu, kalau tak ada jodoh pon kita dapat terima sebagai ketetapan dari Allah yang terbaik untuk semua.


Tawakkal kepada Ilahi, terutama mengenai rezeki

Dalam pada aku buat thesis untuk 6 minggu akan datang ni aku jugak tengah usha mana-mana peluang kerja yang ada. Aku suka bertanya dengan kawan-kawan dan orang-orang yang dah berpengalaman kerja, mana tempat yang terbaik untuk aku start kerja. Dan memang ramai yang suggest untuk aku bermula dengan consultant firm. Tapi satu perkara yang aku tak suka dengan consultant firm adalah kerja yang terlalu banyak sampai kena buat overtime. Even ada kawan-kawan yang berhari minggu di opis. Alasan yang biasa digunanakan untuk terus kerja sedemikian adalah "Kita kan muda lagi, tak ada tanggungan, masa pon banyak, apa ada hal lepak opis sampai subuh". Lagi satu alasan "Time ni la nak cari experience, nanti lama-lama boleh demand".

"Don't obsess about what people think", Randy Pausch.  

Ya memang kita muda lagi. Tapi bukan itu yang aku cari. Matlamat aku bukan pada kerja yang melampau yang kononnya akan memberi experience yang banyak. Juga bukan pada gaji yang banyak tapi masa sibuk dengan kerja. Hidup aku lebih pada itu. Tawakkal aku padaNya bahawa rezeki itu semua Dia yang bagi, aku harap takkan membuatkan aku terlalu taksub pada experience, kerja mahupon duit. Aku yakin selagi mana kita menurut perintahNya selagi itu urusan kita akan selalu dipermudahkan. Semoga kita dijauhkan dari sifat cintakan dunia. InsyaAllah. 

Friday, April 30, 2010

Jalan-jalan ke Kuala Kubu

Entah kenapa ajaibnya penggal pilihanraya 12 ini. Ajaib kerana ramai wakil rakyat telah meninggal. Ajaib kerana ramai katak melompat-lompat. Itulah qada dan qadar. Bila ianya sudah berlaku...

Malam di Kuala Kubu

Minggu lepas aku berkesempatan berjalan-jalan sekitar Kuala Kubu Baru atau nama manjanya KKB. Bersama dengan Tok Janggut dan Mat Karem Kundang. Tok Janggut dah pi awai waktu penamaan calon. Hari khamis aku sampai rumah, jumaat malam aku pi dengan Tok Janggut. Mat Karem Kundang pulak busy kerja dengan bekas calon pilihanraya di salah satu Dun Terengganu. So aku pi berdua malam tu naik kereta Tok Janggut.

Kami bertolak dalam pukul 845 malam dan sampai di Serendah dalam pukul 9. Sepanjang jalan dari Rawang ada beberapa roadblock. Tok Janggut bukak tingkap dan bagi salam ja. Kesian polis malam-malam kena duk tengah jalan. Malam tu kami berhenti di Kg Melayu Rasa dan Stadium KKB. Di Kg Melayu Rasa Tok Guru Nik Aziz berucap. Satu perkara yang menarik ialah ceramah Tok Guru tak macam ceramah politik yang aku biasa dengar. Penuh dengan pengisian agama dan rohani. Sampai doanya di akhir ceramah pon tak ada doa supaya kemenangan diberikan kepada Zaid Ibrahim atau doa-doa berkenaan pilihanraya. Tapi doa-doa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Lepas ceramah Tok Guru kami bertolak ke pekan KKB. Singgah di stadium KKB ada ceramah pemuda pemudi antaranya Nurul Izzah dan Nazree Yunus. Di hujung ceramah mai datang Abang Sam dengan Yusmadi Yusof. Abis ceramah Abang Sam karok dengan vokalis Gamma lagu Kembang Terhalang. Seronok betoi depa dok nyanyi ramai-ramai. Kat tepi pentas orang ramai sebok dok tangkap gambar Nurul Izzah. Sampai ada pakcik tu kata "comei lote" sambil tersengeh-sengeh. Dekat pukul 12 kami pon balik lepas puas jalan-jalan sekitar KKB.

On the way balik kami singga di satu mapley nak mengeteh. Mapley ni nampak macam best sebab fizikalnya yang cantik dan ramai orang. Termasuk Kayveas dan gengnya pon ada waktu tu. Kami pon panggil anney mula-mula mintak dia bersihkan meja. Tunggu punya tunggu sampai sudah tak ada sapa nak ambik order. Aku tengok anney dia tak cukup nak melayan ramai sangat orang. Last-last kami cabut tanpa makan apa-apa dan pi makan kat satu foodcourt lain. Nasib baik kat situ tak ramai orang.  

Marilah mari kita mengundi

Hari Ahad tu kami pi sekali lagi. Kali ni Mat Karem Kundang ada sekali. Kami bertolak lewat dalam pukul 430 petang dari rumah Mat Karem Kundang. Sebabnya Tok Janggut bangun lambat dan Mat Karem Kundang bangun lepas Tok Janggut bangun. Haha sama ja la tu. Tambah pulak tersesat masa nak pi rumah Mat Karem Kundang sebab aku lupa jalan. Haha.

Sampai kami di Bukit Sentosa dalam pukul 5 petang. Walaupon waktu mengundi dah tutup tapi ada la saki baki supporters dari kedua-dua clan. Bila kami lalu ja depan fans BN teruih kena laung bila nampak baju Tok Janggut. Lepas tu kami ke Rasa. Tempat majoriti pengundi Cina. Agak havoc kat situ dengan kehadiran FRU dan ramai polis. Rupa-rupanya bila kami tanya ada berlaku provoke-memprovoke sebelum kami sampai. Cis melepas nak tengok WWE. Mana tau Undertaker dengan Stone Cold buat kemunculan semula kan. Haha. Tapi yang pasti salah satu clan yang terlibat ialah clan berbaju merah. Kalau tengok muka semua aku yakin hangpa pon kata depa ni budak-budak sekolah. Siap balik ramai-ramai naik satu bas kilang warna biru. Haha berapa duit la depa ni dapat. Macam lawatan sambil belajar menyalak pon ada!!

Lepas ke Rasa kami pi solat asar di Masjid Jamek KKB di pekan KKB. Yang aku heran pasai apa polis kena jaga gate utama masjid tak kasi kereta masuk. Orang nak pi masuk masjid kena parking luar. Tapi takpa la janji dia tak halang orang nak solat sudahlah. Kebanyakan yang aku nampak di masjid waktu tu clan dari PKR dan PAS serta geng baju kuning SPR. Tak perasan pulak clan BN. Depa solat on time kot. Tu pasai Kamal boleh menang. Baguih dok ada. Lagipon waktu tu dah pukul 6.

Solat di balai polis

Lepas solat asar kami pi lepak kat satu mapley di pekan KKB. Pekena nasi goreng teloq goyang. Tapi time tu order sampai lambat. Mungkin sebab anney tak cukup kat situ. Orang pulak ramai. Dalam kami dok makan terdengar geng PKR kata Zaid Ibrahim dah lead seribu lebih. Waktu tu dah start kira undi. Sempat jugak kami tengok depan mata Lancer PDRM yang baru. Mai KKB nak kejaq sapa? Malam pon dah makin gelap kami pon pi berjalan carik mana-mana surau or masjid yang ada nak solat maghrib. Kalu nak pi masjid tadi kena patah balik dah jauh. dalam mencari surau terjumpa dengan markas PKR. Depa dok update kiraan undi sambil orang ramai kerumun. Kami pon teruskan perjalanan mencari surau.

Waktu tu terdengar azan dari arah bali polis KKB. So kami pon pi la balai polis tu. Tanya sorang pakcik polis dia pon terus tunjuk arah surau. Baik jugak pakcik polis ni rupanya. Aku ingat dia nak suruh kami pi carik surau lain sebab orang awam tak boleh masuk ka. Lagi-lagi dengan baju Tok Janggut warna biru, putih, merah tu. Aku rasa ni kali kedua aku solat di surau balai polis. Kali pertama kat satu balai polis area KL tak ingat aku kat mana entah.

Lepas solat kami pi lepak kat markas PKR dok tengok depa update kiraan undi. Ada Eli dengan Xavier dok tolong update sekali. Mula-mula kami dengar sorakan tiap kali depa update kat scrin besar tu. Tapi lepas tu keluhan demi keluhan. Sorang-sorang bangkit balik. Kat situ kami terserempak dengan Tukar Tiub dengan gaya sempoinya. Dia kata tweet KJ update BN menang. Lepas tu ada orang melaung "Najib on the way". Sahla BN menang. Ditambah lagi update dari Malaysiakini pon dah kata BN unofficially menang. Tanpa buang masa, kami pon tinggalkan tempat tu dan jalan-jalan ke pekan KKB. Singgah sat kat stadium KKB pekena bihun sup. Kebetulan lepas waktu dok makan bihun sup ada majlis penutup dari Pakatan Rakyat.

Berbudi bahasa tak kira parti

Khalid, Zaid, Tian, Fauziah and Lim berucap. Bermula dengan Tan, kami x sempat dengar, Khalid berucap dengan nada agak sedih, Fauziah pula cuba memberi kata-kata semangat. Tapi yang menarik Zaid berucap sambil senyum ja. Sikit pon tak nampak sedih atau gundah gulana dengan kekalahan. Dan penutup bagi pada LKS yang terkenal dengan broken malaynya. Yang ni lagi ceria dari Zaid! Macam menang pon ada aku tengok. Aku selalu gelak kalu dengar dia ni berucap sebab slang dia tu. Haha. Tapi antara kata-kata paling semangat dia, "Dulu Khalid kalah di PRK Ijok, tapi PRU12 Khalid jadi MB, kali ni Zaid kalah PRK, PRU13 Zaid ke Putrajaya!!" dia pon kata "Jadikan Hulu Selangor sebagai Ijok nombor dua!!" semua pakat tepuk tangan dengan laungan semangat.

Sejak dari Zaid berucap dah dengar riuh rendah di luar stadium geng BN celebrate. Dari bunyi hon kereta sampai mercun pon ada. Dah macam malam merdeka aku tengok. Kami pon gerak awal sbelum LKS habis berucap sebab nak tengok celebration kat luar. Sampai luar ja rupa-rupanya geng BN dah beratur panjang kat seberang jalan dok kibarkan bendera dan melaung-laung. Pantang geng PR lalu habis depa maki. Yang paling best depa duk belakang kereta kami. Ada sorang budak dan sorang pakcik pegang bendera BN dok belakang kereta. Tapi Tok Janggut terus ajak kami pi naik kereta buat taktau. Waktu nak reverse tu aku senyum ja kat budak tu dan dia pon senyum kat aku. Macam ni =) Haha. Pakcik tadi siap tolong tengokkan jalan waktu kami nak keluarkan kereta. Aku pon cakap "Terima kaseh Pak Cik" and dia reply "Sama-sama". Baguih yang ni aku suka. Berbudi bahasa tak kira parti!!

Bila kami jalan sikit ke depan, geng-geng muda BN dah dok bebaris tepi jalan. Kami buat taktau ja depa dok melaung. Siap ada yang kata "Jaga kepala, jaga kepala!". Aku pon taktau dia dok suruh kawan dia jaga kepala ka dia duk provoke kami suh jaga kepala. Kepala apa nak jaga pon aku taktau. Haha. Aku pon keluarkan tangan kiri sambil kibarkan bendera. Terus kena laung baik punya daripada depa. Haha. Kami pakat gelak aja. So long KKB..!!

Muslim itu bersaudara

Sepanjang dua kali aku pi jalan ke KKB perkara yang biasa aku tengok samaada di intenet or dari pengalaman aku sendiri sebelum ni ialah gelagat yang tak beradab dan kata-kata kesat, makian, carutan dan yang paling teruk sampai bergaduh. Pada aku mereka ini tidak cukup ilmu sebab terlalu emosi dan tak sabar. Kalau nak sokong janganlah guna kata-kata kesat, aksi-aksi lucah dan keterlaluan. Lebih-lebih lagi depa ni kebanyakkan dari kalangan orang Islam. Kalau mengaku perjuangkan Islam, tindak-tanduk kena lah ikut ajaran Islam. Kalau mengaku pembela rakyat Palestin, hentikan hubungan dengan orang Zionist!!

Bila kita selalu dok baca, tengok dan dengar perkara negative, perlakuan kita akan turut ikut sama. You are what you read, what you listen and what you watch. Kita boleh menulis apa saja, tetapi tindak tanduk kita akan memperlihatkan siapa sebenarnya diri kita. Tak ada siapa antara kita tidak pernah buat dosa. Kita bukan ma'sum. Macam kata kawan aku bila melawak dengan dia "Aku bukan Nabi". Tapi ketidaksempurnaan kita itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus menerus dalam kesilapan dan dosa.

Usaha memperbetulkan kesilapan dan mencari ilmu untuk menjadi lebih baik perlu sentiasa berjalan. Redha dan insaf bila kesusahan dan malang itu datang, sebagai suatu kifarah dosa semalam. Bagi aku tak ada faedah nak bergaduh hanya kerana kita berbeza ideologi politik. Ikatan silaturrahim itu lebih penting dari sibuk mempertahankan ideologi masing-masing sampai ada family yang bermusuh sesama sendiri hanya kerana berbeza parti. Bukankah muslim itu bersaudara? Tak perlu bergaduh dan bermusuhan sesama muslim. In the end, kita semua tetap akan kembali padaNya.    

Aku dan engkau seumpama dua jari ini...

Wednesday, April 21, 2010

Terima Kasih

Mengapa perlu dicerca kesilapan dulu? Mengapa perlu diungkit kesalahan lampau? Manusia berubah. Engkau, aku, dia, mereka, semua sama-sama manusia. Hamba pada Tuhan. Dek kerana terlalu mahu mempertahankan kumpulan sendiri kita mencerca kisah silamnya. Dek kerana mahu melihat dia tersungkur kita suka dia dimalukan. Buka semula cerita lama. Ungkit semua kejahilannya. Hukum dia kerana dia pernah berdosa. Apa kita tak pernah silap?  

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Sepanjang dua minggu lepas aku banyak habiskan masa study dan exam. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik walaupon ada paper yang tak berapa ok. Cuma kali ini lain daripada exam-exam yang pernah aku lalui sebelum ni. Mungkin sebab inilah exam yang terakhir dalam hidup aku. Mungkin jugak sebab study aku ni dah nak habis. Barangkali...

Tapi kali ini aku rasa cukup berbeza. Tak segelisah dulu. Kalau dulu aku banyak hafal nota-nota, point-point untuk aku jawab. Boleh kata setiap exam sejak aku degree dulu sampaila exam sem lepas mesti aku akan buat abbreviation sendiri, contohnya macam "Ali Pergi Kedai Beli Submarine Tapi Bila Balik Submarine Tak Boleh Selam". Setiap huruf depan ada maksud tersendiri. Tapi diolah dalam bahasa yang senang aku nak ingat.


Tapi kali ini langsung tak ada. Aku lebih banyak baca, pahamkan dan cuba hapal sikit-sikit mana yang boleh. Walaupon point-pointnya masih banyak lebih kurang macam subjek-subjek yang aku pernah amik dari dulu. Mostly aku tak hapal sebenarnya. Lepas baca dan pahamkan, aku masuk exam dengan tawakkal padaNya saja. Dan sebab tu jugak lah aku rasa exam kali ni lebih bersahaja daripada exam-exam sebelum ni. Nak kata aku terlalu yakin tak jugak sebab aku sedar yang aku tak hapal banyak point. Dan nak kata aku boleh jawab semua soalan pon tak jugak sebab ada banyak soalan yang aku goreng ja. Sampai hangus!!

Entah kenapa kali ni aku rasa kebergantungan aku pada takdir sangat tinggi. Boleh kata dalam dua minggu lepas aku tenang ja hadapi exam. Kalau itu nikmat yang Allah berikan pada aku Alhamdulillah syukur padaNya. Ada satu perasaan yang mana ada sesuatu yang lebih besar daripada exam yang aku akan alami. Sebab tu jugak focus aku kali ni tak berapa baik compare dengan exam-exam sbelum ni. Aku lebih banyak fikirkan perkara lain.


Semoga hari-hari yang mendatang dihapan aku, pada semua, kita diberi pertolongan olehNya. Aku ucapkan terima kaseh yang tak terhingga pada doa yang telah ditujukan untuk aku. Terutama daripada mak dan abah, adik beradik dan semua kawan-kawan. Semoga kamu semua diberkati dan dipermudahkan semua urusan olehNya. Terima Kasih.