Saturday, October 2, 2010

Sup Kambing

Dah lama sungguh aku tak membloq. Dan entah berapa lama lagi pulak lepas ni aku pon taktau. Aku start bloq waktu di utm. Walaupon tak lama kat sana, tapi banyak benda baru yang aku belajar kat sana.

Aku ingat lagi hari pertama aku jejakkan kaki ke skudai ialah pada 1/7/2009. Sebelum tu paling jauh aku pernah pi pon Batu Pahat. First day dah pi pekena sup kambing kat JB. Sampai hari ni dok pekena sup kambing. Kalu abis meeting selalu pekena sup kambing dengan Mat Karem Kundang. Baik punya!

Peringkat awal aku di skudai memang agak tak stabil. Dengan tak ada family or member yang aku kenal kat utm, kira aku start dari zero lah. Waktu tu lah dapat kenai ramai member baru.

Waktu sem satu kat utm aku suka betoi layan Nur Kasih. Haha. Tiap hari Jumaat kalau tak sialp aku waktu tu dok tayang kat tv3. Kompem lepas isya aku pi makan kat kedai yang tayang crita ni. Kadang-kadang kalu terlepas aku akan download esoknya jugak. Punya dahsyat penangan Nur Kasih kat aku waktu tu. Haha.

Alhamdulillah minggu lepas aku selamat konvo. Selama setahun aku belajar kat sana, macam-macam pengalaman aku dapat, macam-macam ilmu aku belajar. Terima kasih semua.

Hat ni kira permualaan la. Dah lama tak membloq rasa macam dah tak biasa. Esok-esok tulis lagi kalau ada masa. Errr nama posting kali ni sebenaqnya aku pon taktau nak bagi apa. Disebabkan sup kambing sedap maka aku pon berbesar hati menjadikan ianya tajuk posting kali ni. Haha.

Selamat Hari Raya =D

Sunday, August 8, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan




Ramadhan menjelang lagi membawa rahmat dan maghfirah,
Sambutlah ketibaannya dengan penuh tanggungjawab,
Dengan penuh keiklhlasan, jangan sia-siakan...

Minggu lepas merupakan minggu yang agak thrill bagi aku. Sebabnya ada musibah kecil yang membuatkan aku sedar yang aku ni memang seorang manusia. Bukan malaikat. Bukan juga kereta kebal.

Alhamdulillah setelah sekian lama tak eksiden, minggu lepas dapat rasa eksiden lagi sekali. Walaupon tak teruk mana tapi cukup buat aku rasa macam Bruce Willis dalam Diehard 4. Haha.

Disebabkan projek yang aku involve la ni adalah projek design and build, so kira aku kerja bawah contractor lah. Jumaat minggu lepas aku pi lah opis contractor ni nak buat kerja yang tertinggal untuk payment depa. Masa pon dah suntuk, aku pi la sana sebab nak cepat. Short the story, aku terlepas simpang ke opis dia so kena lah u turn balik. Nak u turn tu naik flyover. Bila turun biasa la kita break sikit bagi slow. Kebetulan aku break atas jalan yang ada kesan minyak. Dan waktu tu tayar motor pon botak macam kepala Bruce Willis. Memang tersungkur macam superman la jadinya.

Aku tertiarap dan berputar menghadap arah lawan jalan sambil terseret kira-kira 5 meter. Waktu tu yang aku risau takut ada kereta follow dari belakang. Terus aku tahan guna tangan yang mengakibatkan sedikit burn pada tapak tangan kanan. Memang dah macam Sivaji the boss. Haha. Kesannnya aku injured kat lutut sikit. Terus call contractor cancel appoinment. Balik rumah pi klinik kena cucuk kancing gigi. Lutut yang injured gigi menjadi mangsa. Haha.

Itulah namanya musibah. Aku anggap ini sebagai satu kifarah yang seharusnya menyedarkan aku. Tambah-tambah lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Tak sabaq rasanya nak mula puasa. Pada aku bulan puasa lah bulan yang paling seronok dalam hidup aku sejak aku kecik sampai la aku besar macam ni. Macam-macam kenangan dalam bulan puasa.

Seingat aku, aku start puasa penuh waktu darjah 4. Punya la lambat. Haha. Kalau sebelum darjah 4 memang tak pernah penuh. Ada ponteng bukak puasa dengan kawan ada jugak bukak puasa kat rumah. Aku ingat lagi aku pi beli air kat kedai dengan kawan aku time tengah hari. Lepas tu menyorok kat taman minum takut orang nampak. Kat rumah pon ada waktu petang pi ke dapur bukak peti ais minum air sejuk. Pastu pura-pura puasa sampai waktu berbuka. Haha.

Banyak jugak kenangan puasa time study. Lagi-lagi kat uia dulu. Aku and the geng selalu tak tinggal terawih. Tapi tak nak solat terawih kat masjid uia. Sebab panjang sangat imam baca. Kami pi solat kat luar. Ada satu masjid kami panggil masjid turbo. Sebab pak imam dia baca laju!! Haha. Tu pasai kami solat kat sana. Habis ja lapan rakaat terus balik uia singgah masjid uia. Bukan sambung terawih tapi makan moreh. Haha. Kadang-kadang singgah kedai klasik tempat selalu lepak petang-petang. Waktu bulan puasa dia meniaga malam. Ada menu special bulan puasa iaitu kerang rebus. Haha. Kadang-kadang kalu rajin baru kami pii solat kat masjid uia. Punya la malas.

Banyak sangat kenangan bulan puasa. Gigi aku patah pon waktu bulan puasa lah. Orang dok solat terawih aku main dengan kawan kat belakang. Lepas tu tersembam gigi patah sikit. Macam cawan sumbing. Sampai la ni gigi tu ada lagi. Haha.

Marilah sama-sama kita ambik peluang bulan puasa ini. Untuk buat ibadah sebanyak yang mungkin. Jangan jadi macam aku dulu pi solat kat masjid turbo. La ni taktau la masjid tu masih lagi mengekalkan turbo dia ka dak. Kalau malas cari lah masjid yang ada imam-imam yang baca sedap. Mungkin dari situ kita akan rasa seronok nak solat terawih. Gunakan Ramadhan kali ni dengan sebaik-baiknya. Banyakkan amalan bukan banyakkan makanan. Mungkin ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita, siapa pon tak tahu.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. 

Monday, July 26, 2010

Kerja Kerja Kerja

Rasa macam dah malas nak berbloq. Maybe sebab la ni dah kerja..plus dok rumah. Dah tak sama macam dok hostel..ada ja masa nak menaip.

Alhamdulillah aku dapat kerja. Dah seminggu kerja kat company kecik aja..tapi banyak benda aku belajar. Sebabnya banyak benda dah lupa..haha.. Sebab kerja la ni guna ilmu-ilmu time degree dulu. So memang dah lama la tinggal.

Bila banyak benda dah lupa, banyak kerja yang aku tak tau macam mana nak start. Oleh yang demikian banyak la yang aku tanya sebab aku tak reti buat. Disebabkan banyak sangat tanya, kena la tembak dulu dengan orang-orang yang sememangnya sudah tahu buat kerja. Tang tu yang aku tak berapa nak tahan. Haha.

Bukan apa. Memang aku accept yang aku ni tak tau banyak perkara. Tapi aku ni bukan jenis malu bertanya. Bila aku tak tau aku akan tanya. Walaupon soalan-soalan yang dianggap remeh dan bodoh.

Sejak aku praktikal lagi aku dok perati dalam alam kerjaya ni ada satu perangai yang aku tak suka. Perangai yang mana bila orang tu tak tau, kita biar dia carik sendiri. Ramai yang memegang prinsip "Kau punya kerja kau settle la sendiri". Ya memang betoi yang kita masing-masing dibayar gaji oleh bos so kena la buat kerja masing-masing. Tapi tak rugi kalau kita share apa yang kita tau pada orang yang tak tau.

Kelmarin aku dengar kat radio depa dok sembang pasai Sheikh Yusuf Al-Qardawi yang tak pernah lokek ilmu dia sepanjang dia hidup. Dia sentiasa share dengan semua orang keliling dia. Dalam dok cerita pasai Sheikh Yusuf Al-Qardawi ni, ustaz tu sebut pasai satu pepatah arab yang maksud dia lebih kurang macam ni.

Ilmu itu ada 3 jengkal. Siapa yang dapat jengkal pertama, hidung dia akan tinggi. Maknanya dia akan rasa berlagak dan sombong. Siapa yang dapat jengkal kedua, dia akan berasa tawaduk dan rendah diri. Tetapi tiada siapa yang akan dapat jengkal yang ketiga.

Pepatah ni sangatlah benar bila kita tengok diri kita sendiri. Bilamana kita tau sesuatu yang baru kita akan rasa excited. Disebabkan excited tu kita rasa semangat and nak cerita pada orang lain. Bila datang orang yang tak tau kita mula rasa kita lebih pada dia. Kat situ yang boleh datangkan rasa tinggi diri atau takabbur.

Tapi bila kita explore lagi apa yang kita tau, kita akan dapati yang sangat banyak lagi benda yang kita tak tau. Kita jugak akan kagum pada orang-orang yang reka or cipta knowledge tersebut. Maka kita akan rasa rendah diri sebab kita tau yang ramai lagi orang-orang yang lebih tinggi ilmunya dari kita. Malah kita jugak sedar yang yang paling berlimu tu hanya Allah yang disebabkan Dialah manusia dapat ilham untuk buat kapal terbang mahupon masak char kuew tiaw sungai dua (telur ayam dibasuh). Haha.

Dari hari pertama aku kerja aku bertanya dengan semua orang. Malah trainee pon aku belajaq dengan depa. Sampai nak potostat pon aku tanya orang. Dari benda kecik sampai la benda besaq. Memang aku tak malu nak bertanya. Sejak aku belajar time degree aku tak pernah malu nak bertanya. Satu lagi perkara aku tak pernah takut kalau-kalau kena marah or maki sebab aku tanya soalan. Dah berapa kali kena aku buat tak tau aja. Pada aku lebih teruk kalau kita tak tau tapi kita takut nak bertanya. Bodoh sombong kata orang Jepun.

Baru seminggu aku kerja macam-macam aku dapat tengok. Yang paling obvious bila aku tengok budaya kerja yang meletakkan kerja sebagai tuhan. Bukan sembah kerja macam sembah berhala. Maksud aku dilupakan kewajipan kita pada Allah sebab dok tumpu sangat kat kerja. Perkara ni yang sangat menggelisahkan aku at the moment. Aku takut kalau aku jugak akan jadi macam tu. Hari-hari aku cuba tanamkan kat diri aku sendiri yang rezeki itu semuanya datang dari Dia. Bukan bos kita.

Sunggoh kali ini aku terasa tercabar dek kerana aku dikelilingi orang-orang yang kurang perihatin pada taggungjawab asas seorang muslim. Specifically dalam bab solat. Mungkin ini lah ujian pertama aku bergelar pekerja makan gaji. Dilemma antara mengejar dateline dengan menjaga waktu solat. Nampak macam mudah, tapi aku percaya ramai yang berasa sukar macam aku. Aku rasa cukup lemah. Moga aku diberi kekuatan untuk teruskan hidup di dunia yang tak lama ni. 

Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai