Tuesday, March 30, 2010

Yasir Bin Mohd Yusop

Tiba-tiba aku teringat kepada seseorang. Seseorang yang dah lama aku tak jumpa. Seseorang yang sudah lama meninggalkan aku. Meninggalkan kedua ibu bapa aku. Meninggalkan kami semua...

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas abang aku selamat bernikah. Lelaki pertama dalam adik-beradik aku berjaya jugak kahwin akhirnya. Satu lagi titik tolak yang akan membuka lebih banyak cerita kahwen lepas ni. Sebab lepas ni ada 5 orang lagi lelaki yang menunggu turn, ataupon tak menunggu, sapa cepat dia kahwen. Dan pada hari ahad majlis kenduri berjalan dengan baik. Alhamdulillah.

بارك الله لكم‏ وبارك عليكم وجمع بينكما في خير
May Allah bless you, surround you with blessings, 
and bring you both together in virtue and prosperity

Pagi ni aku bangkit tidoq, lepas solat subuh, aku dengar lagu-lagu lama. Lagu-lagu yang membuatkan aku teringat zaman aku kanak-kanak dulu. Kira-kira sekitar 17 tahun yang lalu. Waktu tu rumah aku takda radio. Yang ada tv. Pernah sekali ayah aku beli radio. Tapi tak lama lepas tu jahanam. Pomen ramai sangat. Semua gatai nak repair radio. Nak tunjuk skill. Padahal radio tu tak rosak pon. Daripada elok terus tak boleh pakai..!!

Biasanya waktu tu, selain daripada tv, kami hanya dengar lagu bila naik kereta. Sebab kat situ ja yang ada radio. Ayah aku memang peminat nasyid. Aku ingat lagi waktu tu adalah zaman kegemilangan Nadamurni. Boleh kata semua album Nadamurni ayah aku ada. Selain Nadamurni ada The Zikr. Harga kaset waktu tu pon tak mahai. Sekitar lima ringget ja. Selalu aku ikut ayah aku beli kat PKNS shah alam. Satu-satunya shopping mall yang ada di shah alam waktu tu.


Hari-hari naik kereta, kami dengar lagu-lagu Nadamurni, The Zikr dan yang lain aku dah tak berapa ingat. Banyak lagu-lagu depa masih lagi aku ingat. Tajuk mungkin dah tak ingat. Tapi kalau aku terdengar kat mana-mana, pasti aku boleh cam lagu-lagu depa. Lagi-lagi lagu yang ada kenangan. Macam lagu yang aku dengar pagi ni. Yang membuatkan aku teringat pada seorang lagi abang aku. Yang pernah bermain dengan aku waktu kecik dulu. Yang pernah sama-sama dengar lagu-lagu ini dalam kereta. Yasir namanya...

Jarak umur aku dengan Yasir tak jauh. Hanya setahun. Aku darjah satu, Yasir darjah dua. Disebabkan begitu, waktu sekolah aku sama dengan Yasir, tahap satu. Kami sama-sama sekolah agama sesi pagi. Dan sekolah kebangsaan sesi petang. Waktu tu aku yang paling kecik yang bersekolah. Adik aku tadika lagi. Kami pi sekolah naik bas. Sebab sekolah jauh di seksyen 4 berbanding dengan rumah aku di seksyen 19. Walaupon ada sekolah di seksyen 19.

Kasut Sekolah Pertama

Kalau waktu darjah satu, kami 3 beradik jalan kaki pi sekolah. Sebab waktu tu rumah dekat seksyen 4. Aku masih ingat lagi kasut sekolah pertama aku. Ada zip..!! Punya canggih. La ni aku dah tak jumpa kasut sekolah ada zip. Yang adik aku pakai la ni yang berpelekat. Naik darjah dua, abang aku first, dah tak sama sesi. Dia la yang menikah baru ni. So tinggai aku dengan Yasir. Pi sekolah dengan dia. Balik sekolah dengan dia.

Tapi semua tu tak lama. Kira-kira setahun. Yasir kena cancer tulang. Penyakit yang membuatkan seorang budak kecil terhalang untuk bermain. Membuatkan dia berjalan menggunakan tongkat, pada peringkat awal. Tapi Yasir seorang yang ceria. Suka senyum. Setiap kali aku terkenangkan Yasir, semua wajahnya dengan senyuman. Tak ada kenangan dalam ingatan aku wajah sedih dia. Seorang budak kecil, yang suka menolong orang lain. Tak pernah pentingkan diri sendiri. Punya semangat yang tinggi. Walaupun bertongkat tapi tak pernah dia jadikan alasan untuk tidak pergi ke sekolah. Malah dia selalu berkeras mahu ke sekolah, walaupun berkali-kali dipujuk oleh mak aku yang dia lebih elok duduk di rumah.

Beberapa bulan bertongkat, akhirnya Yasir tidak perlu bertongkat lagi. Kerana cancer tulang di pehanya semakin besar. Membuatkan dia tak mampu untuk berjalan. Hanya terbaring di rumah. Kadang-kadang di hospital. Tapi dia tetap Yasir. Selalu senyum. Waktu dia terlantar di hospital, dia tetap nak buat kerja sekolah. Sebab dia sangat suka pi sekolah. Waktu tu dia merupakan top student dalam kelas. Mak yang merupakan cikgu math selalu ajar dia buat kerja sekolah. Di atas katil di hospital. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Pergi Tak Kembali

Sejak Yasir tak boleh berjalan, aku pi sekolah sorang-sorang. Naik bas sendiri. Balik sekolah sendiri. Satu petang, sejurus naik bas sekolah untuk pulang, geng-geng bas sekolah aku waktu tu semua sebut pasal Yasir. Itulah di mana aku menerima berita pemergian Yasir. Sampai ja kat rumah. Tak ada lagi senyuman Yasir. Tak ada lagi kelibat dia yang sangat peramah dengan orang lain. Tak ada lagi budak kecil yang sangat suka tolong orang lain. Yasir sudah terbaring kaku atas katil. Ramai orang sudah mula ziarah petang tu. Yasir meninggalkan kami di pangkuan Mak. Selepas solat asar...pada 7 Januari 1995.


Aku masih ingat lagi waktu tu awal sekolah darjah 3. Yasir darjah 4. Baru beberapa minggu sekolah. tapi Yasir tak dapat pi sekolah. Sebab keadaan dia dah kritikal. Tapi ayah aku beli jugak buku sekolah dia. Sebab Yasir yang nak. Dia tak sabar-sabar nak masuk darjah 4. Walaupun dia tau keadaan tak membenarkan dia ke sekolah, dia sering meminta di bawa ke sekolah. Pada waktu tu kaki dia sangat sensitif. Jangan gerak sikit, pasti dia mengerang kesakitan. Yasir hanya mampu terbaring atas katil. Mak aku selalu cerita sepanjang dia jaga Yasir, bila masuk waktu, Yasir akan solat. Bukan sebab Mak yang suruh, tapi dia sendiri yang nak solat. Dia akan mintak dibawa untuk ambil wudhu walaupun dia tak boleh banyak bergerak.

Lepas Yasir pergi, naik darjah 4, ayah aku tukarkan aku ke sekolah ke seksyen 19. Yasir ada seorang kawan baik. Aku tak ingat nama dia. Tapi aku masih ingat dia datang menziarah jenazah Yasir di rumah. Berbaju melayu, duduk di hadapan jenazah. Sambil menangis dia baca fatihah. Dia pernah cerita Yasir suka tolong kawan-kawan. Pernah sekali dia tak ada duit nak makan waktu rehat, Yasir yang belanja dia. Bukan dia yang minta tapi Yasir yang nak belanja.

Kalau dulu aku ada 2 orang abang. La ni tinggal seorang. Aku pulak jadi abang kepada 6 lagi adik-adik aku. Walaupun kami ramai, kadang-kadang bila terkenangkan Yasir, aku rasa sepi. Barangkali kerana sudah lama aku tak berjumpa Yasir. Aku harap suatu masa nanti aku dapat bertemu lagi dengan Yasir...

Allahummaghfir lahu warhamhu, wa‘aafihi wa’fu ‘anhu… ameen.
 

6 comments:

Hafizi said...

tak pnh pn dgr ko cite pasal abg ko bo..
penulisan persis novel..! hebat..

zulfadhli said...

teringat aku kat arwah adik aku bila bace cerita ko ni.. hmm

kaloimerah said...

karem: ada..hang lupa la ni..

fader: alfatihah buatnya juga..

bedm@n said...

walaupun aku takda kaitan dgn cite ni, ia mmpu buat hati aku sedih bila baca...mcmana pulak agaknya perasaan mereka2 yg terdekat...huhuh

zulfadhli said...

Yg pasti desertation ko mesti mantap.. ko mmg hebat menulis.. hehe

kaloimerah said...

bed: satu hari kita pon akan pergi...it just a matter of time.

fader: mana ada. aku tak tera macam pelajar manchester. hehe.

Post a Comment