Tuesday, March 30, 2010

Yasir Bin Mohd Yusop

Tiba-tiba aku teringat kepada seseorang. Seseorang yang dah lama aku tak jumpa. Seseorang yang sudah lama meninggalkan aku. Meninggalkan kedua ibu bapa aku. Meninggalkan kami semua...

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas abang aku selamat bernikah. Lelaki pertama dalam adik-beradik aku berjaya jugak kahwin akhirnya. Satu lagi titik tolak yang akan membuka lebih banyak cerita kahwen lepas ni. Sebab lepas ni ada 5 orang lagi lelaki yang menunggu turn, ataupon tak menunggu, sapa cepat dia kahwen. Dan pada hari ahad majlis kenduri berjalan dengan baik. Alhamdulillah.

بارك الله لكم‏ وبارك عليكم وجمع بينكما في خير
May Allah bless you, surround you with blessings, 
and bring you both together in virtue and prosperity

Pagi ni aku bangkit tidoq, lepas solat subuh, aku dengar lagu-lagu lama. Lagu-lagu yang membuatkan aku teringat zaman aku kanak-kanak dulu. Kira-kira sekitar 17 tahun yang lalu. Waktu tu rumah aku takda radio. Yang ada tv. Pernah sekali ayah aku beli radio. Tapi tak lama lepas tu jahanam. Pomen ramai sangat. Semua gatai nak repair radio. Nak tunjuk skill. Padahal radio tu tak rosak pon. Daripada elok terus tak boleh pakai..!!

Biasanya waktu tu, selain daripada tv, kami hanya dengar lagu bila naik kereta. Sebab kat situ ja yang ada radio. Ayah aku memang peminat nasyid. Aku ingat lagi waktu tu adalah zaman kegemilangan Nadamurni. Boleh kata semua album Nadamurni ayah aku ada. Selain Nadamurni ada The Zikr. Harga kaset waktu tu pon tak mahai. Sekitar lima ringget ja. Selalu aku ikut ayah aku beli kat PKNS shah alam. Satu-satunya shopping mall yang ada di shah alam waktu tu.


Hari-hari naik kereta, kami dengar lagu-lagu Nadamurni, The Zikr dan yang lain aku dah tak berapa ingat. Banyak lagu-lagu depa masih lagi aku ingat. Tajuk mungkin dah tak ingat. Tapi kalau aku terdengar kat mana-mana, pasti aku boleh cam lagu-lagu depa. Lagi-lagi lagu yang ada kenangan. Macam lagu yang aku dengar pagi ni. Yang membuatkan aku teringat pada seorang lagi abang aku. Yang pernah bermain dengan aku waktu kecik dulu. Yang pernah sama-sama dengar lagu-lagu ini dalam kereta. Yasir namanya...

Jarak umur aku dengan Yasir tak jauh. Hanya setahun. Aku darjah satu, Yasir darjah dua. Disebabkan begitu, waktu sekolah aku sama dengan Yasir, tahap satu. Kami sama-sama sekolah agama sesi pagi. Dan sekolah kebangsaan sesi petang. Waktu tu aku yang paling kecik yang bersekolah. Adik aku tadika lagi. Kami pi sekolah naik bas. Sebab sekolah jauh di seksyen 4 berbanding dengan rumah aku di seksyen 19. Walaupon ada sekolah di seksyen 19.

Kasut Sekolah Pertama

Kalau waktu darjah satu, kami 3 beradik jalan kaki pi sekolah. Sebab waktu tu rumah dekat seksyen 4. Aku masih ingat lagi kasut sekolah pertama aku. Ada zip..!! Punya canggih. La ni aku dah tak jumpa kasut sekolah ada zip. Yang adik aku pakai la ni yang berpelekat. Naik darjah dua, abang aku first, dah tak sama sesi. Dia la yang menikah baru ni. So tinggai aku dengan Yasir. Pi sekolah dengan dia. Balik sekolah dengan dia.

Tapi semua tu tak lama. Kira-kira setahun. Yasir kena cancer tulang. Penyakit yang membuatkan seorang budak kecil terhalang untuk bermain. Membuatkan dia berjalan menggunakan tongkat, pada peringkat awal. Tapi Yasir seorang yang ceria. Suka senyum. Setiap kali aku terkenangkan Yasir, semua wajahnya dengan senyuman. Tak ada kenangan dalam ingatan aku wajah sedih dia. Seorang budak kecil, yang suka menolong orang lain. Tak pernah pentingkan diri sendiri. Punya semangat yang tinggi. Walaupun bertongkat tapi tak pernah dia jadikan alasan untuk tidak pergi ke sekolah. Malah dia selalu berkeras mahu ke sekolah, walaupun berkali-kali dipujuk oleh mak aku yang dia lebih elok duduk di rumah.

Beberapa bulan bertongkat, akhirnya Yasir tidak perlu bertongkat lagi. Kerana cancer tulang di pehanya semakin besar. Membuatkan dia tak mampu untuk berjalan. Hanya terbaring di rumah. Kadang-kadang di hospital. Tapi dia tetap Yasir. Selalu senyum. Waktu dia terlantar di hospital, dia tetap nak buat kerja sekolah. Sebab dia sangat suka pi sekolah. Waktu tu dia merupakan top student dalam kelas. Mak yang merupakan cikgu math selalu ajar dia buat kerja sekolah. Di atas katil di hospital. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Pergi Tak Kembali

Sejak Yasir tak boleh berjalan, aku pi sekolah sorang-sorang. Naik bas sendiri. Balik sekolah sendiri. Satu petang, sejurus naik bas sekolah untuk pulang, geng-geng bas sekolah aku waktu tu semua sebut pasal Yasir. Itulah di mana aku menerima berita pemergian Yasir. Sampai ja kat rumah. Tak ada lagi senyuman Yasir. Tak ada lagi kelibat dia yang sangat peramah dengan orang lain. Tak ada lagi budak kecil yang sangat suka tolong orang lain. Yasir sudah terbaring kaku atas katil. Ramai orang sudah mula ziarah petang tu. Yasir meninggalkan kami di pangkuan Mak. Selepas solat asar...pada 7 Januari 1995.


Aku masih ingat lagi waktu tu awal sekolah darjah 3. Yasir darjah 4. Baru beberapa minggu sekolah. tapi Yasir tak dapat pi sekolah. Sebab keadaan dia dah kritikal. Tapi ayah aku beli jugak buku sekolah dia. Sebab Yasir yang nak. Dia tak sabar-sabar nak masuk darjah 4. Walaupun dia tau keadaan tak membenarkan dia ke sekolah, dia sering meminta di bawa ke sekolah. Pada waktu tu kaki dia sangat sensitif. Jangan gerak sikit, pasti dia mengerang kesakitan. Yasir hanya mampu terbaring atas katil. Mak aku selalu cerita sepanjang dia jaga Yasir, bila masuk waktu, Yasir akan solat. Bukan sebab Mak yang suruh, tapi dia sendiri yang nak solat. Dia akan mintak dibawa untuk ambil wudhu walaupun dia tak boleh banyak bergerak.

Lepas Yasir pergi, naik darjah 4, ayah aku tukarkan aku ke sekolah ke seksyen 19. Yasir ada seorang kawan baik. Aku tak ingat nama dia. Tapi aku masih ingat dia datang menziarah jenazah Yasir di rumah. Berbaju melayu, duduk di hadapan jenazah. Sambil menangis dia baca fatihah. Dia pernah cerita Yasir suka tolong kawan-kawan. Pernah sekali dia tak ada duit nak makan waktu rehat, Yasir yang belanja dia. Bukan dia yang minta tapi Yasir yang nak belanja.

Kalau dulu aku ada 2 orang abang. La ni tinggal seorang. Aku pulak jadi abang kepada 6 lagi adik-adik aku. Walaupun kami ramai, kadang-kadang bila terkenangkan Yasir, aku rasa sepi. Barangkali kerana sudah lama aku tak berjumpa Yasir. Aku harap suatu masa nanti aku dapat bertemu lagi dengan Yasir...

Allahummaghfir lahu warhamhu, wa‘aafihi wa’fu ‘anhu… ameen.
 

Thursday, March 25, 2010

Kerikil Jalanan by Azhan Atan


Di bumimu bagaikan tak lagi bernadi,
Hanya jasad dengan nafas terhenti,
Balik runtuhan kotamu,
Namun tak kau sesal hidup di neraka dunia,
Kerna yakinmu pada syurga Ilahi,


Suara rintihan terdengar kepiluan,
Bergetar diselang tangisan kehilangan,
Meratapi insan yang tersayang,
Hilang nyawa di depan mata,

 
Oh alam pun bagai turut merasa,
Penderitaan dan sengsara mereka,
Tersudut di hujung senjata,
Musuh menyerbu dari setiap penjuru,
Bertalu bumimu disimbah peluru,
Mengalir darah ditanahmu,


Bergema laungan perjuanganmu,
Tak gentar walau senjata,
Hanya kerikil jalanan,


Oh alam pun bagai turut merasa,
Penderitaan dan sengsara mereka,
Tersudut di hujung senjata,


Ayuh hulurkan tangan tanda bantuan,
Ringankan bebanan,
Walaupun dunia tak mampu hentikan sengketa,


Tertanyaku mana hilang rasa manusia,
Oh cukupkah hanya memandang...




Tuesday, March 9, 2010

Thesis Episode 1

Keputusan sambung belajar straight lepas habis degree di UIA bukannya aku buat dalam masa satu minit. Bukan satu jam. Bukan juga satu minggu. Rasanya tak kurang dari 5 bulan untuk aku timbang-tara such decision. Satu keputusan yang pada masa itu pada pandangan aku suatu yang sangat sukar dibuat. Yang akibatnya aku tidak dapat menikmati gaji macam mana rakan-rakan aku yang lain pada waktu ini. Keputusan yang membuatkan aku terus wajib pergi kelas. Buat assignment. Dan yang paling perit sekali...

Kena buat thesis lagi..!!

Kena halau

Pengalaman buat dissertation time degree dulu banyak mengajar aku erti kehidupan. Tak kurang dari 60 firm contractor aku serbu nak buat survey dan interview. Dengan baju tight-in. Kad metric sangkut dileher, Aku mengemudi EX5 V-Tech kesayanganku meredah kota Kuala Lumpur, Setiawangsa, Gombak dan Shah Alam. Bila sampai ja mana-mana firm dah lenjun aku berpeluh. Penat tak usah kata. Tapi senyum kena selalu. Takkan nak masuk ofis orang muka masam. Dah la kita yang nak mintak tolong kat dia.


Aku seronok bila ramai yang tolong. Walaupon aku pi secara mengejut. Call tak, surat pon takdak. Main serbu ja. Macam orang pi perang tak pakai topi. Akibatnya? Ada yang halau. Haha. Siap kata depa punya prosedur tak boleh layan questionnaire. Walaupon berkali-kali aku try convincekan depa yang aku cuma nak 10 minit ja. Depa reject awai-awai. Dah macam salesman juai jam dah aku jadinya. Haha.

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦
Verily, along with every hardship is relief.
Verily, along with every hardship is relief. (94:5-6)

Tapi aku suka. Sebab ramai yang mula-mula kata takdak masa, busy, ada kerja tolak taknak buat, lepas aku try explain dan yakinkan depa yang soalan aku ni budak sekolah rendah pon boleh jawab, depa pon layan. Siap ada yang offer kerja lagi lepas tu. Mula-mula nampak garang. Tapi kalau kita buat cara baik, bahasa pon baik, confirm depa berubah hati. Haha. Alhamdulilah.

Kong-Kong Laut

Minggu lepas aku dapat mesej dari kawan semaster aku yang juga merupakan kawan di uia dulu yang juga merupakan naib presiden post-graduate student society kat Fakulti Alam Bina (FAB) tempat aku belajaq. Dia ajak aku join University Social Responsibility (USR). Mula-mula aku baca mesej dia aku dah malas. Sebab aktiviti dia gotong-royong, cat dinding, lastik tebuan. Haha. Mana ada lastik tebuan. Saja tambah. Satu lagi sebab kebetulan hari nak buat program ni ada career talk and interview di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA). Teruih aku pening. Sebab company yang datang tu besaq-besaq. MMHE, Ranhill, IKRAM antaranya.

Geng postgraduate Kong-Kong

Hari dah jumaat. Program hari Sabtu. Aku pon call committee career talk tu tanya boleh tak aku hantar resume tapi tak pi talk. Kira aku mintak dia tolong drop aku punya resume lah. Dia kata boleh. "Chantekk!!" Aku kata. Teruih aku siapkan resume hantaq kat depa. Kalau ikutkan depa buat booth promote career talk tu sampai pukul 4. Tapi nasib baik adik-adik ni baik tunggu aku sampai pukul 5. Sebab aku memang tak sempat so aku tanya depa kot-kot depa boleh tunggu sat. Alhamdulillah aku berjaya hantar resume kat depa. Aku belanja la depa sikit sebab penat tunggu aku. Terima kaseh semua.

So dapat la aku pi USR sabtu lepas. Kami budak-budak postgraduate ada 10 orang. Yang lain semua budak Undergraduate. Ada 4 bas semua. Kampung Kong-Kong Laut kat Pasir Gudang. Aku pikiaq padia la menatang Kong-Kong ni. Kangkung aku tau la. Rupanya bila ditanya pada Tuan Guru Besar Bashir sekolah rendah di sana asainya dulu tempat tu ada banyak anjing. Anjing-anjing ni bising la selalu "kong-kong!!" Haha. Macam tu punya nama pon dok ada!! Tambah dia lagi sebab tempat tu hujung dunia "terkongkong". Tu pasai depa bagi nama Kong-Kong.

Naik bot dengan geng Kong-Kong sambil menyalak "Kongkong!!" Haha

Dapat la aku enjoy sat satu hari. Dicelah-celah tension buat assignment yang banyak tambah dengan pening dok pikiaq tajuk untuk research proposal minggu ni. Aku ingat kalu boleh timbang kati mau 50 kilo semua. Haha. Apapon seronok jugak dapat pi USR ni. Merasa la aku jalan-jalan pi pasir gudang. Dapat bawak bot. Jumpa orang-orang kampung buat kerepek. Jumpa budak-budak sekolah rendah kat sana. Seronok la bagi aku yang suka dengan keindahan kampung ni. Sebab rumah aku takdak kampung. Takdak laut. Yang ada parit monsoon drain 5000 mm. Measure by meter. Haha.

Minggu lepas tajuk asai untuk thesis aku kena reject dengan lecturer. Terpaksa aku cari tajuk lain. Semalam aku pi jumpa lagi dengan Man Pekan Nenas. Man Pekan Nenas punya kena reject. Aku punya pulak kena tambah lagi info. Tension aku dibuatnya. So masing-masing tak dak tajuk yang confirm lagi. Teruih malam tadi aku carik cases sampai pukul 2 pagi. Pagi ni pi tunjuk kat lecturer. Dia pon baca-baca, angkat tangan kat aku. Dengan senyum lebar dia kata "Bagus!!" Macam iklan TC Boy, "Emm Tataa!!" Iklan kegemaran Mat Karem Kundang. Haha.

Alhamdulillah satu permulaan yang baik. Dapat pon aku isu yang kali ini tak kena reject. Penat pening aku berbaloi untuk ketika ini. Tapi kalau dia jadi supervisor aku nanti memang aku penat. Sebab expectation dia tinggi. Semua dia nak detail. Lagi-lagi dia ni lawyer yang pernah belajar dengan founder Ahmad Ibrahim Kulliyyah Of Law (AIKOL) UIA sendiri, Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim. Dia kalau tak silap aku batch ke2 budak AIKOL UIA. Memang hebat. Ilmu law dia sangat dahsyat. Explaination dia memang detail. Mudah paham la kalau dia mengajar.

Aku percaya apa jua usaha yang kita lakukan itu akan dibalas dengan dibukakan jalan kesenangan oleh Allah. Setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan dihujungnya. Semoga situasi aku ketika ini yang sarat dengan assignment dan thesis yang nak mula dah ni, aku diberi kemudahan dan pertolongan dariNya. Diajuhi dari kemalasan dan semangat yang lemah. Aku doakan hangpa semua diberikan kemudahan dalam apa jua yang hanpa dok buat. Yakinlah selepas susah pasti ada kesenangan. Jangan putus semangat. Semoga kita semua sentiasa diberi pertolongan dariNya. Amin.

اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ ، وَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ ، وَ الْبُخْلِ وَ الْجُبْنِ ، وَ ضَلَعِ الدِّيْنِ وَ غَلَبَةِ الرِّجَالِ
O Allah!  I seek refuge in You from grief and sadness, from weakness and from laziness, from miserliness and from cowardice, from being overcome by debt and from being overpowered by men (other people)