Alhamdulillah aku dapat kerja. Dah seminggu kerja kat company kecik aja..tapi banyak benda aku belajar. Sebabnya banyak benda dah lupa..haha.. Sebab kerja la ni guna ilmu-ilmu time degree dulu. So memang dah lama la tinggal.
Bila banyak benda dah lupa, banyak kerja yang aku tak tau macam mana nak start. Oleh yang demikian banyak la yang aku tanya sebab aku tak reti buat. Disebabkan banyak sangat tanya, kena la tembak dulu dengan orang-orang yang sememangnya sudah tahu buat kerja. Tang tu yang aku tak berapa nak tahan. Haha.
Bukan apa. Memang aku accept yang aku ni tak tau banyak perkara. Tapi aku ni bukan jenis malu bertanya. Bila aku tak tau aku akan tanya. Walaupon soalan-soalan yang dianggap remeh dan bodoh.
Sejak aku praktikal lagi aku dok perati dalam alam kerjaya ni ada satu perangai yang aku tak suka. Perangai yang mana bila orang tu tak tau, kita biar dia carik sendiri. Ramai yang memegang prinsip "Kau punya kerja kau settle la sendiri". Ya memang betoi yang kita masing-masing dibayar gaji oleh bos so kena la buat kerja masing-masing. Tapi tak rugi kalau kita share apa yang kita tau pada orang yang tak tau.
Kelmarin aku dengar kat radio depa dok sembang pasai Sheikh Yusuf Al-Qardawi yang tak pernah lokek ilmu dia sepanjang dia hidup. Dia sentiasa share dengan semua orang keliling dia. Dalam dok cerita pasai Sheikh Yusuf Al-Qardawi ni, ustaz tu sebut pasai satu pepatah arab yang maksud dia lebih kurang macam ni.
Ilmu itu ada 3 jengkal. Siapa yang dapat jengkal pertama, hidung dia akan tinggi. Maknanya dia akan rasa berlagak dan sombong. Siapa yang dapat jengkal kedua, dia akan berasa tawaduk dan rendah diri. Tetapi tiada siapa yang akan dapat jengkal yang ketiga.
Pepatah ni sangatlah benar bila kita tengok diri kita sendiri. Bilamana kita tau sesuatu yang baru kita akan rasa excited. Disebabkan excited tu kita rasa semangat and nak cerita pada orang lain. Bila datang orang yang tak tau kita mula rasa kita lebih pada dia. Kat situ yang boleh datangkan rasa tinggi diri atau takabbur.
Tapi bila kita explore lagi apa yang kita tau, kita akan dapati yang sangat banyak lagi benda yang kita tak tau. Kita jugak akan kagum pada orang-orang yang reka or cipta knowledge tersebut. Maka kita akan rasa rendah diri sebab kita tau yang ramai lagi orang-orang yang lebih tinggi ilmunya dari kita. Malah kita jugak sedar yang yang paling berlimu tu hanya Allah yang disebabkan Dialah manusia dapat ilham untuk buat kapal terbang mahupon masak char kuew tiaw sungai dua (telur ayam dibasuh). Haha.
Dari hari pertama aku kerja aku bertanya dengan semua orang. Malah trainee pon aku belajaq dengan depa. Sampai nak potostat pon aku tanya orang. Dari benda kecik sampai la benda besaq. Memang aku tak malu nak bertanya. Sejak aku belajar time degree aku tak pernah malu nak bertanya. Satu lagi perkara aku tak pernah takut kalau-kalau kena marah or maki sebab aku tanya soalan. Dah berapa kali kena aku buat tak tau aja. Pada aku lebih teruk kalau kita tak tau tapi kita takut nak bertanya. Bodoh sombong kata orang Jepun.
Baru seminggu aku kerja macam-macam aku dapat tengok. Yang paling obvious bila aku tengok budaya kerja yang meletakkan kerja sebagai tuhan. Bukan sembah kerja macam sembah berhala. Maksud aku dilupakan kewajipan kita pada Allah sebab dok tumpu sangat kat kerja. Perkara ni yang sangat menggelisahkan aku at the moment. Aku takut kalau aku jugak akan jadi macam tu. Hari-hari aku cuba tanamkan kat diri aku sendiri yang rezeki itu semuanya datang dari Dia. Bukan bos kita.
Sunggoh kali ini aku terasa tercabar dek kerana aku dikelilingi orang-orang yang kurang perihatin pada taggungjawab asas seorang muslim. Specifically dalam bab solat. Mungkin ini lah ujian pertama aku bergelar pekerja makan gaji. Dilemma antara mengejar dateline dengan menjaga waktu solat. Nampak macam mudah, tapi aku percaya ramai yang berasa sukar macam aku. Aku rasa cukup lemah. Moga aku diberi kekuatan untuk teruskan hidup di dunia yang tak lama ni.
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai